BeJelita
Penjagaan Kecantikan Untuk Semua

Tips Memilih Warna Eyeshadow Yang Sesuai Dengan Warna Kulit Anda

0 1,101

Penggunaan produk makeup dapat meningkatkan keyakinan diri anda daripada sebelumnya. Dengan pemilihan kosmetik dan gaya pakaian yang betul, anda dapat mencapai banyak kejayaan. Namun, anda tentu mengalami kesukaran dalam menentukan warna eyeshadow yang mana sesuai untuk warna kulit.

Jadi, anda perlu untuk menentukan warna eyeshadow yang betul mengikut warna kulit. Berikut adalah cara memilih warna eyeshadow yang sesuai dengan warna kulit anda iaitu:

Kulit Putih

Bagi yang memiliki kulit putih, anda sangat sesuai menggunakan hampir semua warna eyeshadow iaitu warna pastel, warna terang ataupun warna gelap. Warna eyeshadow gelap seperti coklat gelap dan coklat muda yang berbeza dengan warna kulit muka anda dapat membuatkan eye makeup kelihatan semakin menonjol.

Selain itu, penggunaan lapisan warna eyeshadow yang nipis pada kelopak mata anda akan kelihatan lebih penuh daripada wanita yang berkulit gelap. Warna eyeshadow seperti taupe, pink dan hijau pastel juga sangat sesuai untuk anda yang memiliki warna kulit ini.

Anda juga boleh melakukan contouring ringan dengan eyeshadow yang warnanya sedikit lebih gelap daripada tona kulit semulajadi sekiranya anda ingin memberikan kesan kelopak mata yang lebih dalam daripada biasanya.

Kulit Kuning Langsat

Kebanyakan wanita Asia memiliki kulit kuning langsat, warna pastel sebenarnya kurang menarik apabila digunakan. Namun, untuk mendapatkan daily look yang natural anda boleh menggunakan warna pastel dengan pigmented tinggi yang dapat menonjolkan warna tersebut.

Selain itu, warna eyeshadow seperti merah, orange, coklat dan kuning muda boleh digunakan untuk anda yang ingin kelihatan semakin cantik manakala warna eyeshadow seperti caramel atau gold boleh juga digunakan untuk eye makeup yang elegant.

Jika anda ingin menampilkan sesuatu yang lebih berani, maka warna-warna yang menyala tetapi sedikit lebih gelap seperti cranberry dan berry sangat sesuai untuk digunakan pada kelopak mata. Sapukan pada kelopak mata secara nipis sahaja. Kemudian, blend dengan berus yang lebih lembut.

Kulit Sawo Matang

Kulit sawo matang akan semakin catchy dengan warna eyeshadow seperti coklat, orange coklat dan kelabu. Bagi warna cerah boleh menggunakan merah, ungu dan kuning kunyit. Anda perlu elakkan daripada menggunakan warna-warna pastel kerana akan membuatkan muka anda kelihatan lebih pucat.

Selain itu, warna eyeshadow dengan hasil akhir yang matte kelihatan kurang menarik pada kelopak mata anda. Dengan adanya sedikit glitter pada warna eyeshadow akan dapat mencerahkan sekaligus menjadikan penampilan kelihatan lebih mewah dan gorgeous. Bagi mendapatkan warna eyeshadow yang glitter lebih tahan lama, anda perlu menggunakannya dengan cara menepuk ringan dan bukan mengoleskannya pada kelopak mata.

Anda boleh menghasilkan kesan gradation antara warna pertama dan kedua dengan blending brush iaitu menggunakan warna gelap pada bahagian dalam kelopak mata. Kemudian, berikan sapuan warna eyeshadow dengan warna yang lebih terang pada bahagian atas.

Kulit Gelap

 

Bagi yang memiliki kulit gelap, warna eyeshadow seperti coklat gelap dan kemerahan sangat sesuai untuk digunakan pada kelopak mata. Dengan menggunakan warna merah akan dapat membuatkan muka kelihatan lebih bersinar dan segar. Selain itu, anda boleh menggunakan warna eyeshadow dengan pigmented tinggi seperti warna emas metalik dan ungu yang dapat membuatkan penampilan lebih menarik.

Elakkan daripada menggunakan warna-warna pastel atau warna putih kerana akan membuatkan muka kelihatan lebih kusam. Untuk menyempurnakan keseluruhan solekan mata, anda perlulah menggunakan eyeliner dengan warna gelap dan menghindari warna coklat serta keabu-abuan (berwarna agak kelabu)

Langgan emel kami
Daftar dan dapatkan kandungan premium terus ke emel anda!
Anda boleh henti langgan bila-bila masa dan jangan risau kami bebas SPAM.