BeJelita
Penjagaan Kecantikan Untuk Semua

Tips Memilih Bedak Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit Muka

0 382

Setiap orang memiliki jenis kulit muka yang berbeza-beza seperti kulit berminyak, kulit kering atau kulit sensitif. Pemilihan bedak juga perlu disesuaikan dengan jenis kulit muka anda.

Kebanyakan wanita sering menggunakan bedak padat atau compact powder untuk penampilan yang sempurna. Walau bagaimanapun, tidak semua jenis kulit sesuai dengan bedak padat atau compact powder. Berikut adalah tips memilih bedak yang sesuai dengan jenis kulit muka anda iaitu:

Kulit Normal

Bagi yang memiliki jenis kulit normal, anda sememangnya sangat beruntung kerana jenis kulit ini dapat menggunakan semua jenis bedak.

Kulit Berminyak

Penggunaan bedak padat atau compact powder tidak disarankan bagi anda yang mempunyai kulit berminyak kerana akan membuatkan kulit muka kelihatan tidak sekata. Selain itu, anda juga tidak disarankan menggunakan compact powder yang mengandungi foundation berlebihan kerana akan membuatkan kulit muka kelihatan cakey.

Jadi, anda disarankan untuk memilih bedak tabur yang mempunyai tekstur yang lebih halus dan dapat membuatkan kulit muka anda masih boleh bernafas walaupun menggunakan makeup.

Kulit Kering

Jenis kulit muka ini sangat mudah untuk terkena masalah pada kulit seperti bersisik, kasar dan mengelupas jika anda kerap terdedah dengan cahaya matahari. Bagi pemilik kulit kering, anda boleh menggunakan bedak padat yang memiliki kandungan minyak yang berlebihan supaya kelembapan kulit dapat dikekalkan. Oleh itu, anda perlu menggunakan compact powder yang mempunyai formula khusus untuk kulit kering.

Kulit Sensitif

Bagi kulit sensitif, anda perlu menghindari bedak yang mengandungi bahan-bahan seperti silicone, paraben dan fragrance kerana boleh menyebabkan berlakunya iritasi pada kulit kering. Jadi, anda disarankan untuk memilih bedak yang memiliki bahan selamat untuk kulit dan jangan lupa untuk membersihkan bedak sponge secara rutin agar tidak dilekati kuman yang boleh menyebabkan alergi pada kulit muka.

Kulit Kombinasi

Kulit kombinasi merupakan kulit yang memiliki keadaan kulit kering dan berminyak. Oleh itu, anda disarankan untuk menggunakan bedak tabur dan compact powder secara sekaligus jika anda memiliki kulit kering kombinasi. Anda perlu mengaplikasikan bedak tabur pada kawasan yang berminyak terutamanya pada kawasan T-zone dan compact powder pada kawasan yang kering.

Langgan emel kami
Daftar dan dapatkan kandungan premium terus ke emel anda!
Anda boleh henti langgan bila-bila masa dan jangan risau kami bebas SPAM.