Utama Muka Rutin Penjagaan Kulit Untuk Remaja Dan Pemula

Rutin Penjagaan Kulit Untuk Remaja Dan Pemula

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 4 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Bagi yang baru belajar rutin penjagaan kulit muka, anda akan merasa terlalu banyak maklumat dan juga jenis produk yang terdapat di pasaran pada masa kini.

Misalnya, exfoliating toner, serum, essence, booster, emulsion dan pelbagai jenis masker yang terdapat di pasaran. Sebenarnya untuk kulit muka yang baru ingin memulai rutin merawat kulit muka dan apa sahaja yang penting serta pastinya anda tentu ingin bermula dari sesuatu yang ringkas dahulu.

Jadi, anda tidak perlu risau akan hal-hal tersebut walaupun jenis produk penjagaan kulit itu memang banyak terdapat di pasaran pada masa sekarang tetapi bukan bererti anda perlu menggunakan semua jenis produk tersebut apatah lagi anda baru pemula dalam rutin penjagaan kulit ini.

Hal-hal yang paling penting adalah sentiasa kerap dalam merawat kulit wajah dengan mengikuti dan mengamalkan rutin penjagaan kulit yang betul serta dijadikan sebagai rutin seharian yang wajib diikuti.

4 Tahap Penjagaan Kulit Untuk Remaja dan Pemula

1. Cleansing

Rutin Penjagaan Kulit Untuk Remaja Dan Pemula 1

Pada waktu pagi atau sewaktu bangun tidur kulit anda cenderung berminyak dan wajib untuk dibersihkan dengan produk pencuci muka dan haruslah disesuaikan dengan jenis kulit anda, misalnya kulit normal, kulit berminyak atau acne-prone, kulit kering, dan kulit kombinasi.

Bagi pemilik kulit berminyak atau acne-prone anda turut disarankan menggunakan facial wash atau produk pencuci muka untuk jerawat manakala untuk pemilik kulit kering pula anda turut disarankan menggunakan produk yang bentuknya gel atau krim.

Biasanya pada waktu pagi anda hanya menggunakan satu pencuci muka sahaja tetapi berbeza pula pada waktu malam iaitu menggunakan prinsip yang dikenali dengan istilah double cleansing. Anda harus memastikan kebersihan kulit muka dalam keadaan sempurna disebabkan pada waktu pagi anda telah menggunakan makeup, terkena debu, minyak, kotoran yang melekat dan lain-lain lagi.

First cleanser berbentuk oil base, krim dan milk yang mana lebih efektif untuk menghilangkan makeup dan juga sunscreen daripada kulit muka. Jadi, tidak cukup dengan hanya satu pemcuci muka sahaja. Produk micellar water pula boleh dijadikan sebagai pre-cleanse untuk membersihkan makeup yang agak sukar untuk dibersihkan dengan first cleanser atau second cleanser seperti maskara, eyeliner dan gincu yang matte ataupun long lasting.

Umumnya, ia hanya boleh dibersihkan dengan pencuci yang lainnya misalnya berbentuk eye lip makeup remover atau dengan micellar water. Hal ini kerana micellar water sebagai first cleanser tidak mencukupi untuk menghilangkan makeup dan sunscreen daripada kulit muka.

Setelah itu, second cleanser yang berbentuk facial wash, facial foam dan gel cleanser. Sekirannya kulit berminyak atau acne-prone, anda turut disarankan menggunakan produk pencuci muka yang mengandungi salicylic acid (BHA). Tetapi, jika anda mempunyai kulit yang kering jangan menggunakan produk yang mengandungi kandungan Sodium Lauryl Sulfate (SLS) kerana akan membuatkan kulit muka terlalu kering dan teruk.

Gunakanlah produk berbentuk gel dan soapless yang ertinya tidak mengandungi SLS. Produk yang disarankan iaitu: The Body Shops Drops of Light Brightening Cleansing Foam, Hadalabo Tamagohada Mild Peeling Makeup Remover, The Body Shop Camomile Sumptous Cleansing Butter dan Halabo Gokujyun Ultimate Moisturizing Cleansing Oil.

2. Toning

Rutin Penjagaan Kulit Untuk Remaja Dan Pemula 2

Toning ini walaupun cuma hanya ada satu sahaja langkahnya tetapi sebenarnya terdapat dua toner yang harus anda aplikasikan pada muka. Dua toner ini mempunyai fungsi yang berbeza-beza contohnya, exfoliating toner sesuai dengan namanya berfungsi untuk mengeksfoliasi kulit, membantu dalam pelepasan sel-sel kulit mati daripada permukaan kulit dan mengimbangi ph pada kulit muka.

Sementara, hydrating toner pula adalah untuk memberikan kelembapan dan juga mempersiapkan kulit wajah anda untuk produk skincare berikutnya. Jika anda pemula mungkin akan merasa double toning ini agak sukar untuk dilakukan dan sangat banyak yang perlu diikuti tetapi percayalah ini tidak serumit yang anda fikirkan.

Bagi kulit muka yang cenderung berminyak ataupun acne-prone biasanya disyorkan menggunakan produk toner yang mengandungi BHA manakala kulit yang cenderung kering atau mutual skin itu biasanya turut disarankan menggunakan produk toner yang mengandungi AHA dan berbentuk mild.

Produk yang disarankan iaitu: Benton Aloe BHA Skin Toner, Cosrx AHA/BHA Clarifying Treatment Toner, Hada Labo Gokujyun Ultimate Moisturizing Lotion, Goodness Be Cool Mist Toner.

3. Moisturizing

Rutin Penjagaan Kulit Untuk Remaja Dan Pemula 3

Jangan skip langkah ini walaupun anda mempunyai kulit berminyak tetapi tetap harus menggunakan moisturizer cuma pastikan formula moisturizing itu harus disesuaikan dengan jenis kulit muka anda. Bagi pemilik kulit berminyak digalakkan memilih produk moisturizing berasaskan gel, krim atau losyen.

Pada waktu malam tidak digalakkan memakai produk moisturizer yang memgandungi SPF dan disyorkan menggunakan produk yang tidak mempunyai SPF. Produk yang disarankan iaitu: Pond’s Flawless White Dewy Rose Cream Whitening Soft Cream Spf 30, Hadalabo Gokujyn Ultimate Moisturizing Lotion dan Hada Labo Perfect Concentrate Perfect 3d Gel.

4. Protecting

Rutin Penjagaan Kulit Untuk Remaja Dan Pemula 4

Protecting atau menggunakan sunscreen sekiranya ingin kulit yang sentiasa awet muda, sihat, bersih dan tidak banyak kedutan. Jadi, gunakanlah sunscreen sekerap mungkin pada muka anda untuk melindungi dan menghindari daripada sinaran UVA dan UVB.

Seterusnya, sunscreen ini memang telah terbukti secara ilmiah bahawa boleh mencegah tanda-tanda penuaan pada kulit muka. Sekiranya anda melakukan aktiviti di luar yang terdedah dengan sinaran matahari seperti UVA dan UVB gunakanlah sunscreen yang mengandungi SPF 30.

Sebagai contoh, anda hanya berada di rumah sahaja dan tidak kemana-mana, sebenarnya sinaran matahari itu tetap sahaja boleh menembusi kaca di rumah anda. Jadi, jangan lupa untuk menggunakan sunscreen yang mengandungi SPF 30 dan minima SPF 15.

Pada waktu malam langkah ini tidak perlu. Produk yang disarankan iaitu: Emina Sun Protection SPF 30+++, Biore Uv Perfect Milk SPF 50+ PA++++ dan Biore Uv Aqua Rich Watery Essence SPF 50+ PA++++.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...