Utama Muka Kenali Apa Itu Eksfoliasi (Exfoliation)

Kenali Apa Itu Eksfoliasi (Exfoliation)

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 4 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Umum mengetahui bahawa eksfoliasi adalah sangat penting dalam rutin penjagaan kulit muka. Jadi, anda perlu mengetahui cara-cara yang betul untuk mengeksfoliasi kulit muka dengan betul di rumah dan apa itu eksfoliasi serta kenapa eksfoliasi itu sangat penting pada kulit muka.

Apa itu eksfoliasi?

Kenali Apa Itu Eksfoliasi (Exfoliation) 1

Eksfoliasi adalah membantu dalam melepaskan sel-sel kulit mati pada permukaan kulit muka.

Kenapa eksfoliasi itu sangat penting pada kulit muka?

Kenali Apa Itu Eksfoliasi (Exfoliation) 2

Kulit muka terdiri daripada sel-sel kulit yang mampu mengalami proses regenerasi kulit dengan sendirinya. Biasanya kulit mengambil masa selama 28 hari untuk menggantikannya kepada sel-sel kulit baru.

Jadi, eksfoliasi itu sangat penting kerana seiring dengan berjalannya waktu kulit anda tidak lagi mengalami proses regenerasi kulit yang sempurna dan pelepasan sel-sel kulit mati pada permukaan kulit muka anda juga turut tidak sempurna seperti sediakala.

Sedangkan pelepasan sel-sel kulit mati yang sempurna adalah kunci kepada kulit yang sihat, lebih halus, bersih dan kelihatan lebih muda.

2 Cara Dalam Mengeksfoliasi Kulit Muka

1. Physical exfoliation

Kenali Apa Itu Eksfoliasi (Exfoliation) 3

Physical exfoliation adalah pelepasan sel-sel kulit mati daripada permukaan kulit muka yang menggunakan sebuah alat.

Misalnya berbentuk skrub dan pembersih wajah yang mekanikal atau cleansing brush iaitu jenama clarisonic serta fiore luna. Penggunaan physical exfoliation adalah sekali atau dua kali seminggu kerana dikhuatiri berlakunya iritasi ke atas kulit muka anda.

2. Chemical exfoliation

Kenali Apa Itu Eksfoliasi (Exfoliation) 4

Chemical exfoliation adalah menggunakan bahan-bahan kimia untuk membantu menghilangkan sel-sel kulit mati daripada permukaan kulit muka. Umumnya bahan kimia yang digunakan ialah AHA dan BHA.

Selain itu, terdapat juga chemical exfoliation yang mengandungi kedua-dua bahan ini iaitu AHA dan BHA. Bagi remaja yang berusia di bawah 25 tahun tidak mengapa menggunakan physical exfoliation kerana proses regenerasi kulit dan pelepasan sel-sel kulit mati pada ketika itu masih sempurna.

Bagi yang meningkat usia dari 25 tahun ke atas lebih efektif untuk menggunakan chemical exfoliation walaupun physical exfoliation membantu permukaan kulit muka kita lebih halus, bersih dan sedikit lebih cerah tetapi ia kurang efektif seperti menggunakan chemical exfoliation bagi menghilangkan sel-sel kulit mati.

Ok katakanlah anda telah berumur 25 tahun keatas dan anda mahu memulakan dengan menggunakan chemical exfoliation. Apa yang perlu anda lakukan? Bagaimanakah untuk memulakannya?

Ok kebiasanya eksfoliasi itu dilakukan seminggu sekali atau juga setiap hari.

2 Waktu Eksfoliasi Kulit Muka

1. Eksfoliasi harian

Kenali Apa Itu Eksfoliasi (Exfoliation) 5

Eksfoliasi harian biasanya dilakukan dengan menggunakan exfoliating toner ataupun acid toner. Exfoliating toner ini mengandungi bahan-bahan kimia iaitu AHA, BHA dan yang baru lagi PHA dengan kepekatan yang lebih rendah walaupun mild tetapi tetap mengeksfoliasi kulit muka anda seharian. Cara-cara penggunaan adalah setelah membasuh muka dengan double cleansing dan seterusnya exfoliating toner dengan menggunakan kapas.

Selepas itu, pula ke hydrating toner yang berfungsi untuk melembapkan dan akhirnya ke langkah-langkah penjagaan kulit berikutnya. Produk yang disarankan iaitu: Benton Aloe BHA Skin Toner, Hada Labo Tamagohada Mild Peeling Lotion, Cosrx AHA/BHA Clarifying Treatment Toner, Cosrx One Step Pimple Clear Pad, Nip + Fab Exfoliate Glycolic Fix Night Pad Extreme.

2. Eksfoliasi mingguan

Kenali Apa Itu Eksfoliasi (Exfoliation) 6

Eksfoliasi mingguan berbentuk serum, liquid peel dan kebiasaanya eksfoliating serum ataupun eksfoliating treatment memang digunakan sekali atau dua kali seminggu bergantung kepada keadaan kulit yang kepekatanya lebih tinggi.

Jika sebelum ini anda belum pernah menggunakan chemical exfoliation anda turut disarankan untuk menggunakan exfoliating toner kerana ia lebih mild berbanding dengan exfoliating treatment dan exfoliating serum yang kepekatanya lebih tinggi.

Sekiranya anda berasa takut untuk menggunakan exfoliating toner kerana risau dengan reaksi terhadap kulit muka, anda disarankan untuk tidak menggunakannya setiap hari tetapi dua atau tiga kali seminggu pada malam hari. Cara-cara penggunaan adalah setelah membasuh muka, toner dan seterusnya ke exfoliating treatment.

Perhatikan juga kepada arahan daripada masing-masing produk. Produk yang disarankan iaitu: Alpha-H Liquid Gold With Glycolic Acid, Pixi Skintreats Glow Peel Pads, Pixi Skintreats Overnight Glow Serum, Cosrx AHA7 Whitehead Power Liquid, Cosrx BHA Blackhead Power Liquid, Novexpert The Peeling Night Cream

Secara umumnya, bahan-bahan chemical exfoliation terdiri daripada Alpha Hydroxy Acid (AHA), Beta Hydroxy Acid (BHA) dan Poly Hydroxy Acid (PHA). Exfoliating toner yang paling banyak ditemui dalam kandunganya ialah Alpha Hydroxy Acid (AHA) yang terdiri daripada jenis Glycolic Acid, Lactic Acid, Citric Acid dan Malic Acid.

AHA ini selalu ditemui pada tumbuh-tumbuhan atau buah-buahan dan sangat terkenal dengan bahan-bahan yang boleh menghilangkan sel-sel kulit mati dan mampu untuk membuatkan kulit anda lebih cerah, glowing,  meratakan warna kulit serta mempunyai anti-aging yang boleh menghilangkan garis-garis halus pada kulit muka dan sekitar mata.

AHA juga sesuai untuk kulit yang kering dan lebih mature kerana mempunyai skin water binding properties iaitu menahan air pada kulit muka yang membuatkan kulit muka anda lembap, menebalkan bahagian dalam kulit sehingga boleh membuatkan kulit muka berasa lebih fresh, garis-garis halus di sekitar mata dan wajah kelihatan berkurangan.

Begitu juga dengan Beta Hydroxy Acid (BHA) yang terdiri daripada jenis Salicylic Acid atau Betaine Salicylate. BHA pula sesuai untuk kulit yang cenderung berminyak dan acne-prone kerana ia adalah oil soluble yang boleh larut dalam minyak.

Ia juga boleh menembusi pori-pori yang tertutup disebabkan pengumpulan minyak, blackhead, membantu mengeluarkan blackhead tersebut daripada kulit anda dan membersihkan pori-pori muka supaya terhindar dari jerawat sekaligus melepaskan sel-sel kulit mati.

Dalam pada itu, terdapat jenis asid yang jarang anda dengar iaitu Poly Hydoxy Acid (PHA). PHA ini mempunyai fungsi yang sama dengan AHA iaitu melepaskan sel-sel kulit mati, membantu proses regenerasi kulit, membuat kulit kelihatan lebih cerah, mengurangkan garis-garis halus dan lebih sesuai untuk kulit yang sensitif.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

8 Produk Scrub Muka Untuk Kulit Berminyak

Kulit berminyak ialah keadaan yang mana kelenjar sebum menghasilkan terlalu banyak minyak pada kulit muka. Hasilnya, kulit kelihatan lebih berkilat dan berkilau. Sebenarnya minyak...

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...