Utama Muka Double Toning: Exfoliating Toner dan Hydrating Toner

Double Toning: Exfoliating Toner dan Hydrating Toner

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 2 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Setelah melakukan double cleansing, langkah-langkah penting seterusnya dalam menjaga kulit muka yang sihat dan bersih adalah double toning. Double toning ini sama pentingnya dengan double cleansing yang perlu dilakukan sebagai rutin penjagaan kulit muka anda.

Antara kebaikan melakukan double toning pada kulit muka adalah untuk mengembalikan keadaan kulit setelah proses pembersihan wajah yang dikenali sebagai double cleansing. Hal ini kerana untuk mengembalikan keseimbangan ph kulit dan juga lapisan kelembapan pada kulit muka sehingga kulit anda tidak akan mudah untuk terkena masalah kulit seperti breakout.

Toner yang baik untuk kulit semestinya mempunyai empat fungsi iaitu balancing, exfoliating, hydrating dan penetrationBalancing adalah untuk mengembalikan keseimbangan ph kulit pada muka. Seterusnya, exfoliating mempunyai fungsi untuk menghilangkan sel-sel kulit mati daripada lapisan kulit muka manakala hydrating pula untuk mengembalikan kelembapan pada wajah.

Akhirnya, penetration berfungsi bagi mempersiapkan kulit untuk menerima dan menyerap produk skincare yang anda akan gunakan seterusnya. Tetapi jarang sekali untuk anda menemukan produk toner yang ada kempat-empat fungsi tersebut sekali, jadi kerana inilah anda perlukan dua produk toner yang lain berdasarkan fungsi masing-masing.

Exfoliating Toner

Double Toning: Exfoliating Toner dan Hydrating Toner 1

Exfoliating toner atau dikenali sebagai acid toner adalah produk yang pertama digunakan setelah anda membersihkan wajah dan berfungsi untuk mengembalikan keseimbangan ph kulit serta menghilangkan sel-sel kulit mati yang terdapat pada permukaan kulit muka.

Exfoliating toner atau acid toner haruslah mengandungi asid iaitu glygolic acid (AHA) khusus untuk kulit kering dan salicylic acid (BHA) khusus untuk kulit berminyak.

Hydrating Toner

Double Toning: Exfoliating Toner dan Hydrating Toner 2

Hydrating toner pula adalah untuk mengembalikan kelembapan pada kulit muka anda sesuai dengan namanya hydrating iaitu melembapkan kerana selepas membersihkan kulit wajah, anda akan merasa kulit muka menjadi lebih kering dan inilah kegunaan hydrating toner untuk menjalankan fungsinya ke atas kulit muka.

Seterusnya, hydrating toner pula perlulah mengandungi bahan yang melembapkan, membuat kulit anda kenyal dan menenangkan kulit sesudah penggunaannya. Bahan-bahannya ialah hyaluronic acid dan gliserin yang membuatkan kulit anda terasa lembap dengan menggunakan bahan-bahan tersebut.

Jadi, dengan melakukan seperti yang dinyatakan diatas dan mengamalkannya sebagai rutin penjagaan kulit seharian, anda akan mampu menghasilkan kulit muka yang lebih halus, cerah, lembap, bersih dan sihat.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

8 Produk Scrub Muka Untuk Kulit Berminyak

Kulit berminyak ialah keadaan yang mana kelenjar sebum menghasilkan terlalu banyak minyak pada kulit muka. Hasilnya, kulit kelihatan lebih berkilat dan berkilau. Sebenarnya minyak...

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...