BeJelita
Penjagaan Kecantikan Untuk Semua

Clay Mask Untuk Pemilik Kulit Berjerawat dan Kulit Berminyak

0 558

Clay mask memang sangat terkenal untuk kulit yang berminyak dan acne-prone. Biasanya masker ini mengandungi bahan seperti clay atau mud dan berfungsi untuk menyerap racun, lebihan minyak, kotoran daripada pori-pori, serta membantu dalam melancarkan peredaran darah.

Akhir-akhir ini, terdapat clay mask yang ditambahkan dengan bahan charcoal ataupun nama sebenar activated charcoal yang fungsi lainnya menghilangkan bau-bauan dan juga boleh membersihkan gigi supaya kelihatan lebih putih. Istilah dalam bahasa Jepun bagi Activated charcoal ialah bamboo charcoal. 

Cara penggunaan adalah selepas membersihkan wajah dengan double cleansing lalu menggunakan clay mask atau mud mask sehingga kering. Seterusnya, basuh dengan air sampai kering dan akhirnya ke langkah-langkah penjagaan kulit berikutnya.

4 Jenis Clay Mask

1. Bentonite clay

Clay Mask Untuk Pemilik Kulit Berjerawat dan Kulit Berminyak 1

Clay mask ini mempunyai daya serap yang kuat, membantu dalam memperbaiki tekstur kulit berjerawat dan terbukti berkesan dalam menghilangkan racun serta kotoran daripada pori-pori kulit.

2. Fuller’s earth clay

Clay Mask Untuk Pemilik Kulit Berjerawat dan Kulit Berminyak 2

Fuller’s earth clay ini juga mempunyai fungsi yang hampir sama dengan bentonite clay dengan daya serap yang kuat, menyerap lebihan minyak, kotoran, melancarkan peredaran darah dan membuat kulit muka lebih cerah.

3. Kaolin clay

Clay Mask Untuk Pemilik Kulit Berjerawat dan Kulit Berminyak 3

Jenis mild seperti clay mask ini memang sesuai untuk kulit sensitif yang dapat memberikan kesan gentle exfoliation ke atas kulit wajah dan biasanya mempunyai warna putih, kuning, merah dan pink.

4. French green clay

Clay Mask Untuk Pemilik Kulit Berjerawat dan Kulit Berminyak 4

French green clay ini sangat banyak ditemui di Perancis dan ia adalah satu jenis clay yang berwarna hijau iaitu semakin hijau warnanya semakin baik kualitinya serta berfungsi juga dalam melancarkan peredaran darah.

Ia juga biasanya disebut sebagai Illite Clay atau Sea Clay. Terdapat juga yang namanya Rhassoul Clay yang banyak ditemui di Morocco dan memiliki banyak mineral serta sangat baik untuk kulit muka.

Seterusnya, mempunyai fungsi yang sama dengan clay mask yang lain seperti boleh mengeluarkan racun, bakteria dan membersihkan pori-pori dari kulit muka anda.

Clay mask ini juga sangat sesuai untuk anda yang mempunyai banyak blackhead pada muka, tidak membuatkan kulit menjadi kering, amat sesuai digunakan setiap hari dan boleh digunakan pada rambut untuk menyerap lebihan minyak di folikel rambut anda.

Clay mask atau mud mask ini memang cenderung membuatkan kulit menjadi kering makanya untuk anda yang memiliki kulit tidak terlalu berminyak atau cenderung kering di bawah ini adalah tips-tipsnya:

  1. Hanya menggunakan sekali seminggu sahaja dan gunakan lebih banyak hydrating mask pada hari lainnya.
  2. Jangan membiarkan masker ini betul-betul kering. Ini berlaku kepada semua jenis clay mask kerana ia mampu menyerap kotoran dan minyak dengan sangat baik. Jadi, minyak semulajadi pada muka anda boleh sekali diserap dan ini yang membuatkan kulit anda menjadi lebih kering setelah menggunakannya. Jangan biarkan itu berlaku dan bersihkannya sebelum ia menjadi sangat kering di muka.

Setelah kering, clay mask atau mud mask ini akan berubah warna menjadi terang. Sewaktu warnanya agak terang tetapi selepas disentuh merasa masih sedikit basah, itulah waktunya yang paling sesuai untuk anda membersihkan muka kira-kira 10 minit selepasnya.

Langgan emel kami
Daftar dan dapatkan kandungan premium terus ke emel anda!
Anda boleh henti langgan bila-bila masa dan jangan risau kami bebas SPAM.