BeJelita
Penjagaan Kecantikan Untuk Semua

Apa Itu Double Cleansing

0 284

Double cleansing adalah cara untuk membersihkan kulit muka dengan melakukan dua tahap pembersihan supaya sisa-sisa makeup, debu mahupun kotoran dan minyak yang melekat pada permukaan kulit muka dapat dibersihkan secara sempurna.

Sebenarnya, istilah double cleansing ini diperkenalkan pertama kali oleh sebuah skincare yang berasal dari Jepun. Double cleansing adalah membersihkan kulit muka dengan melalui dua tahap iaitu:

1. Pembersih Muka / Makeup Remover

Apa Itu Double Cleansing 1

Selepas selesai melakukan aktiviti seharian, anda wajib untuk membersihkan muka dengan menggunakan produk pembersih muka atau makeup remover pada waktu malam sebelum tidur.

Setelah seharian menggunakan serum, moisturizer, sunscreen, foundation dan makeup anda perlu segera untuk membersihkan semua produk yang melekat pada kulit muka. Pastikan semua sisa-sisa makeup dapat ditanggalkan dan tidak ada lagi sisa-sisa yang masih melekat pada permukaan kulit muka anda.

Selain itu, terdapat banyak jenis produk pembersih muka yang boleh disesuaikan dengan jenis kulit muka anda dimulai daripada cleansing oil, cleansing milk, cleansing cream dan micellar water makeup remover. Ikuti arahan penggunaan yang tertera pada produk agar kulit muka anda dapat dibersihkan dengan sebaiknya.

2. Facial Wash

Apa Itu Double Cleansing 2

Meskipun anda telah membersihkan muka dengan cleansing oil, cleansing milk ataupun cleansing cream sekalipun. Seterusnya, anda tetap wajib untuk membersihkan kulit muka dengan facial wash atau sabun muka.

Sekiranya produk pembersih muka yang biasa anda gunakan menyatakan bahawa ia mampu untuk menanggalkan sisa-sisa makeup dan kotoran, walaupun begitu anda tetap perlu melakukan pembersihan tahap kedua. Inilah yang disebut sebagai double cleansing. Sesetengah pakar Dermatologist juga menyarankan supaya anda rutin untuk mencuci muka dengan face wash sebanyak dua kali sehari.

Mengapa anda wajib untuk meneruskan proses pembersihan wajah dengan mencuci muka sekali lagi? Hal ini kerana face wash akan membersihkan secara keseluruhan sisa-sisa makeup, minyak, debu, kotoran mahupun sisa daripada produk pembersih muka pertama yang masih melekat pada permukaan kulit muka dan menanggalkan sel-sel kulit mati. Selain itu, facial wash dapat membersihkan pori-pori muka dengan lebih berkesan sehingga tidak ditutupi oleh kotoran.

Selepas membaca artikel ini anda sudah tentu dapat memahami lebih lanjut mengenai cara-cara untuk membersihkan kulit muka dengan kaedah double cleansing. Oleh itu, apa yang anda tunggu lagi? Marilah amalkan kaedah double cleansing ini setiap hari!

Baca Lagi: 4 Cara Double Cleansing Yang Betul Ala Korea

Langgan emel kami
Daftar dan dapatkan kandungan premium terus ke emel anda!
Anda boleh henti langgan bila-bila masa dan jangan risau kami bebas SPAM.