Utama Badan 9 Produk Minuman Diet Terbaik Di Malaysia 2019

9 Produk Minuman Diet Terbaik Di Malaysia 2019

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 4 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Mengamalkan diet bukan sekadar menahan diri daripada makanan tetapi juga mendidik kesabaran. Anda perlu mengatur diet dan bersenam secara teratur untuk memastikan bahawa pengambilan nutrisi badan dapat dipenuhi dengan baik. Artikel ini akan mencadangkan sembilan produk minuman diet terbaik di Malaysia pada tahun ini.

Produk Minuman Diet Terbaik

1. NH Detoxlim Vege F’bre Plus

9 Produk Minuman Diet Terbaik Di Malaysia 2019 1

NH Detoxlim Vege F’bre Plus ini kaya dengan nutrien dan mineral botani yang dapat menghalang badan daripada menyerap kalori yang berlebihan daripada makanan. Bahkan juga, ia merupakan sumber serat yang dapat membantu melegakan sembelit, menyingkirkan sisa, toksin dan lemak yang berlebihan daripada badan.

Produk ini juga turut mengandungi sumber sayur teh hijau yang mampu membantu mengimbangi tahap pH badan untuk fungsi tubuh badan yang optimum. Anda perlu minum air yang mencukupi sepanjang hari untuk mendapatkan hasil yang optimum.

2. Beauxlim Lemon Mix Fibre Complex

9 Produk Minuman Diet Terbaik Di Malaysia 2019 2

Produk ini diperbuat daripada 100% bahan yang berasaskan tumbuhan semulajadi. Ia dapat membantu mencapai pengambilan serat yang mencukupi, melegakan sembelit, menyahtoksik sistem tubuh badan dan menggalakkan penurunan berat badan secara semulajadi.

Selain itu, ia mengandungi buah lemon yang membantu dalam meningkatkan pencernaan dan menyahtoksik badan manakala ekstrak teh hijau dapat membantu menurunkan berat badan dengan meningkatkan metabolisme serta memudahkan tubuh untuk memecahkan lemaknya. Beauxlim Lemon Mix Fibre Complex ini juga tidak mempunyai pengawet tambahan atau bahan kimia tambahan yang lain. Anda digalakkan untuk meminum air secukupnya bagi mendapatkan hasil yang optimum.

3. 21 St Century Weight Loss Powder

9 Produk Minuman Diet Terbaik Di Malaysia 2019 3

21 St Century Weight Loss Powder ini mengandungi empat lipotropics iaitu choline, methionine, inositol dan betaine HCL. Ia mengandungi serat yang dapat menghalang anda daripada makan dengan lebih banyak. Hal ini kerana masalah utama dalam diet adalah kekerapan merasa lapar dan anda selalu memikirkan makanan. Dengan mengambil segelas weight loss powder akan mengurangkan perasaan yang tidak selesa ini dan anda akan dapat mengekalkan pola pemakanan agar mengambil kurang kalori daripada kebiasaannya.

4. Kitsui Royal Lipo Trim

9 Produk Minuman Diet Terbaik Di Malaysia 2019 4

Produk Kitsui Royal Lipo Trim ini diperkaya dengan african mango, hoodia, l-carnitine dan water soluble fiber yang dapat membakar lemak secara semulajadi. Tambahan pula, ia boleh mengurangkan selera makan, berat badan dan peningkatan metabolisme pada badan anda. Produk ini juga tidak mempunyai kesan sampingan. Anda perlu minum air yang mencukupi sepanjang hari bagi mendapatkan hasil yang terbaik.

5. NH Natural Clenx Tea

9 Produk Minuman Diet Terbaik Di Malaysia 2019 5

Produk ini adalah campuran halus teh hijau organik dan pelbagai herba semulajadi tanpa laxatives dan tiada gula tambahan. Ia dapat meningkatkan penghadaman untuk penyerapan nutrien yang lebih baik, melegakan masalah pencernaan, memudahkan sembelit dengan memulihkan pergerakan usus normal dengan perlahan dan membuang toksin serta sisa yang keras dari kolon.

Di samping itu, ia mampu menggalakkan penurunan berat badan, meningkatkan tahap tenaga dan kesihatan kulit yang lebih baik. NH Natural Clenx Tea ini juga telah diluluskan oleh kementerian kesihatan malaysia.

6. Lennox Garcinia Cambogia Chrysanthemum Tea Bag

9 Produk Minuman Diet Terbaik Di Malaysia 2019 6

Lennox Garcinia Cambogia Chrysanthemum Tea Bag ini mampu membantu anda dalam menurunkan berat badan dengan mengurangkan pengeluaran enzim yang dikenali sebagai citrate lyase. Seterusnya, ia dapat menghalang enzim secara berkesan yang mampu membakar karbohidrat yang berlebihan pada badan anda. Anda juga dapat mengurangkan lemak tanpa perlu ke gym dan mampu meningkatkan metabolisme badan. Produk ini sangat berguna bagi anda yang ingin mengurangkan lemak di paha, punggung dan perut.

7. Kinohimitsu Cut Oil Formula

9 Produk Minuman Diet Terbaik Di Malaysia 2019 7

Kinohimitsu Cut Oil Formula ini mengandungi enoki extract & konjac dan garcinia cambogi hydroxycitric acid (HCA) yang dapat mengurangkan penyerapan lemak di badan. Selain itu, ia diperkaya dengan green tea extract caffeine yang mampu meningkatkan metabolisme dan jumlah pembakaran kalori.

8. Bioxcellent Slender Bern White

9 Produk Minuman Diet Terbaik Di Malaysia 2019 8

Produk ini mengandungi plus+raspberry ketone green coffee, garcinia cambogia dan l-carnitine yang dapat mengurangkan selera makan, membakar lemak berlebihan dan mencerahkan kulit. Malah, ia dapat mengeluarkan toksin melalui air kencing dan meningkatkan metabolisme untuk bertindak sebagai pembakar lemak. Produk ini juga sangat sesuai untuk wanita dan lelaki. Anda digalakkan untuk rajin minum air sepanjang hari bagi mendapatkan hasil yang terbaik.

9. Orang Kampung Herbal Tea

9 Produk Minuman Diet Terbaik Di Malaysia 2019 9

Orang Kampung Herbal Tea ini mengandungi bahan aktif seperti senna maki tea leaf, sweet cumin dan cinnamon skin yang dirumus khas untuk mengurangkan berat badan dan mengeluarkan toksin dalam badan. Seterusnya, ia dapat mengatasi masalah sembelit, menstabilkan tahap gula dalam darah dan membantu menghilangkan bau badan serta sistem pencernaan. Produk ini juga sangat sesuai untuk wanita dan lelaki.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...