BeJelita
Penjagaan Kecantikan Untuk Semua

8 Produk Scrub Muka Untuk Kulit Berminyak

0 107

Kulit berminyak ialah keadaan yang mana kelenjar sebum menghasilkan terlalu banyak minyak pada kulit muka. Hasilnya, kulit kelihatan lebih berkilat dan berkilau. Sebenarnya minyak yang terdapat pada muka dapat membantu mengekalkan kulit yang lembap tetapi jika pengeluaran minyak terlalu banyak akan menyebabkan pelbagai masalah kulit yang timbul.

Antara masalah kulit tersebut seperti jerawat, pori-pori yang tersumbat, blackhead, whitehead dan sel-sel kulit mati yang akan menyebabkan kulit muka kelihatan lebih kusam dan tidak bermaya. Dengan menggunakan scrub muka dua kali seminggu dalam rutin penjagaan kulit muka anda, masalah ini akan dapat di atasi. Berikut adalah 8 produk scrub muka terbaik untuk kulit berminyak iaitu:

1. The Face Shop Jeju Volcanic Lava Pore Scrub Foam

The Face Shop Jeju Volcanic Lava Pore Scrub Foam ini mengandungi bahan utama iaitu jeju volcanic lava, jeju sasa, jeju akebia dan jeju fusiforme yang mampu mengetatkan pori-pori, mencipta pelindung kelembapan kulit, mencerahkan tona kulit, mengekalkan kulit yang licin dan kaya dengan mineral.

Selain itu, ia melindungi kulit daripada pencemaran dan mampu membersihkan pori-pori untuk menyerlahkan kecantikan semulajadi anda. Produk ini juga dapat membantu menghilangkan kekotoran dan sel-sel kulit mati untuk kulit yang lebih bersih dan licin.

2. Eucerin Pro Acne Solution Scrub

Produk ini diperkaya dengan lactic acid yang dapat menghilangkan kekotoran tanpa mengeringkan kulit dan sesuai untuk digunakan pada muka serta badan. Dengan secara perlahan-lahan dapat mengeksfoliasi kulit dengan zarah mikro, melegakan kerengsaan tanpa mengeringkan kulit dan mengurangkan saiz pori-pori.

Hasilnya, tekstur kulit anda kelihatan lebih licin dan halus dengan penggunaan secara rutin. Eucerin Pro Acne Solution Scrub ini telah dirumus khas untuk kulit berminyak dan boleh digunakan semasa kehamilan.

3. Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub

Diformulasikan dengan BHA blackhead complex fighting yang dapat menembusi jauh ke dalam kulit untuk menghilangkan bintik-bintik hitam, mengeluarkan kotoran dan minyak yang terperangkap di dalam liang pori.

Seterusnya, microbeads yang mengandungi cedrus atlantica bark extract secara efektif dan perlahan-lahan dapat menghilangkan sel-sel kulit mati untuk membantu mencegah pori-pori daripada tersumbat. Skrub ini juga dapat mengekalkan keseimbangan minyak dan air pada kulit bagi mengelakkan kekeringan pada kulit muka anda.

4. Melvita Nectar Pur Organic Mask & Scrub

Dengan mengandungi peppermint essential oil, ia dapat menghalang pembiakan kuman dan bakteria yang menyebabkan cela pada kulit serta mengetatkan pori-pori. Selain itu, ia mampu menghilangkan sebum yang berlebihan, membersihkan kulit dengan lembut tanpa mengeringkannya dan memperbaiki tekstur kulit muka anda. Produk ini juga boleh digunakan sebagai scrub dan mask serta sangat sesuai untuk kulit kombinasi dan berminyak.

5. Utena Everich Scrub Wash Charcoal Extract

Utena Everich Scrub Wash Charcoal Extract ini dirumus khas dengan charcoal powder dan walnut granules untuk membersihkan kulit secara mendalam, mengeluarkan sebum yang berlebihan, menghilangkan minyak dan kotoran bagi mengelakkan jerawat serta cela pada wajah anda. Tambahan pula, ia juga dapat menghilangkan bintik-bintik hitam dan sel-sel kulit mati secara menyeluruh. Dengan penggunaan yang kerap, anda akan mendapatkan kulit yang halus, bersih dan berseri sepanjang hari.

6. St Ives Apricot Scrub Blemish & Blackhead Control

Produk ini mengandungi 2% salicylic acid dan diperbuat dengan 100% natural exfoliants extracts yang dapat membantu mengurangkan breakouts dan mencegah jerawat. Dengan adanya crushed walnut shell powder, pori-pori muka anda akan lebih bersih untuk kulit yang cantik dan glowing. Produk ini juga bebas minyak, paraben dan non-comedogenic.

7. Nanowhite Fresh Anti Dullness Scrub

Nanowhite Fresh Anti Dullness Scrub ini dirumus dengan vitamin C, tea tree oil dan sea algae. Ianya dapat membersihkan kulit dan menghilangkan sebum yang berlebihan untuk kulit segar, cerah dan sempurna. Selain itu, ia mengandungi walnut shell dan macadamia seed oil yang dapat menghilangkan sel-sel kulit mati serta membantu menyuburkan kulit untuk mengelakkan kekeringan.

Ianya juga boleh menghilangkan bintik-bintik hitam dan memperbaiki kulit muka anda dengan lebih efektif. Produk ini sangat sesuai untuk kulit berminyak dan boleh digunakan dua kali seminggu untuk hasil yang terbaik.

8. Garnier Pure Active Anti-Acne White Acne & Oil Clearing Scrub

Skrub ini diperkaya dengan gentle micro beads dan salicylic acid yang membantu dalam menghilangkan bintik-bintik hitam, sel-sel kulit mati dan membersihkan kulit secara menyeluruh pada muka. Seterusnya, ia mampu melawan dua belas tanda jerawat dan minyak iaitu bekas jerawat, jerawat, pori-pori besar, minyak berlebihan, debu pencemaran, sisa makeup, kekusaman, warna kulit yang tidak sekata, bintik hitam dan putih. Herbaclear dari ekstrak blueberry untuk kulit yang kelihatan lebih cerah dan bersinar.

Langgan emel kami
Daftar dan dapatkan kandungan premium terus ke emel anda!
Anda boleh henti langgan bila-bila masa dan jangan risau kami bebas SPAM.
Comments
Memuatkan...