Utama Muka 8 Produk Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Kering

8 Produk Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Kering

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 4 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Kulit yang kering akan dapat membuatkan kulit muka anda terasa kasar dan kaku. Ini menyebabkan sebarang aktiviti yang anda lakukan menjadi kurang selesa dan rimas dengan keadaan kulit muka yang kering. Jadi, anda perlu untuk mengetahui setiap jenis kulit dan menggunakan produk yang bersesuaian agar kulit muka lebih lembap dan halus. Artikel ini akan mencadangkan lapan produk pencuci muka untuk kulit kering pada tahun ini iaitu:

1. Glamglow Galacticleanse Hydrating Jelly Balm Cleanser

8 Produk Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Kering 1

Glamglow Galacticleanse Hydrating Jelly Balm Cleanser ini mempunyai tekstur berwarna hitam dengan glitter yang dapat menghilangkan kotoran, melembapkan dan menghaluskan kulit muka anda. Selain itu, ia mengandungi minyak moonflower oil dan bamboo charcoal yang berfungsi untuk detoksifikasi kulit. Pencuci muka ini juga sangat sesuai digunakan untuk anda yang memiliki kulit kering, kulit kusam dan kulit muka yang mempunyai bekas jerawat.

2. Simple Moisturising Facial Wash

8 Produk Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Kering 2

Pencuci muka ini mengandungi pelbagai vitamin seperti pro vitamin B5, vitamin E dan bisabolol. Selain itu, ia dapat membersihkan kotoran, minyak dan debu pencemaran daripada kulit tanpa membuatkan kulit muka anda menjadi kering. Produk ini juga tidak mengandungi perfume, pewarna dan bahan kimia yang berbahaya pada kulit muka. Dengan penggunaan yang kerap, anda akan mendapatkan kulit muka yang lembap, bersih dan halus.

3. Origins Checks and Balances™ Frothy Face Wash

8 Produk Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Kering 3

Origins Checks and Balances™ Frothy Face Wash ini diperkaya dengan bahan-bahan semulajadi seperti bergamot, spearmint dan lavender. Selain itu, ia dapat berfungsi dengan memberikan kelembapan tambahan tanpa membuatkan kulit muka menjadi lebih berminyak. Produk ini juga dapat mengurangkan minyak yang berlebihan dan menjaga kelembapan semulajadi kulit muka anda.

4. Garnier Sakura White Pinkish Radiance Foam

8 Produk Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Kering 4

Garnier Sakura White Pinkish Radiance Foam ini mengandungi ekstrak sakura yang dapat membantu dalam menghidratkan kulit secara mendalam dan melembapkan kulit muka sepanjang hari. Selain itu, ia mampu membuatkan kulit muka anda lebih halus dan licin dengan penggunaan yang berterusan. Formula bagi produk ini adalah lembut dan sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif.

5. The Face Shop Rice Water Bright Foaming Cleanser

8 Produk Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Kering 5

Produk ini mengandungi bahan seperti rice water, moringa oil dan soapwort. Ia dapat membantu dalam mencerahkan muka dan memberikan khasiat yang diperlukan untuk kulit muka anda. Selain itu, ia juga mampu membersihkan kotoran, melembapkan dan menghalang kulit muka daripada kekeringan. Dengan penggunaan yang kerap, anda akan mendapatkan kulit muka yang lembap, halus dan cerah.

6. Nano White Fresh Milk Cleanser

8 Produk Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Kering 6

Nano White Fresh Milk Cleanser ini diperkaya dengan vitamin C, tea tree oil dan sea algae. Ianya sangat efektif dalam menghilangkan kotoran, minyak dan mengekalkan kelembapan yang secukupnya pada kulit muka anda. Produk ini juga sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Bagi mendapatkan kulit yang lebih lembap, cerah dan fresh sepanjang hari, anda perlu menggunakan pencuci muka ini secara rutin.

7. Su:m37 Skin Saver Essential Cleansing Foam

8 Produk Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Kering 7

Su:m37 Skin Saver Essential Cleansing Foam yang berasal dari Korea Selatan ini dirumuskan dengan bahan-bahan semulajadi termasuk 50 jenis tumbuhan yang ditapai selama lebih kurang dari 372 hari. Produk ini mengandungi fermented giant kelp, deep ocean water dan seaweed extracts yang berfungsi untuk melembapkan dan menegangkan kulit muka.

Selain itu, ia sangat berkesan dalam menghilangkan kotoran dan sel-sel kulit mati bagi mendapatkan kulit yang lembap dan halus. Produk ini juga tidak mengandungi fragrance, coloring dan synthetic preservatives untuk mengurangkan iritasi pada kulit muka anda.

8. Kiehl’s Ultra Facial Cleanser

8 Produk Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Kering 8

Pencuci muka ini mengandungi squalene, aprikot, kernel oil, vitamin E dan avocado oil untuk menjaga kelembapan kulit secara semulajadi. Selain itu, ia mampu membersihkan kotoran dan menghilangkan sisa makeup pada kulit muka anda. Produk ini sangat sesuai digunakan untuk anda yang mempunyai kulit kering.

Baca Lagi: 7 Produk Pencuci Muka Terbaik Di Malaysia 2018

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...