Utama Muka 8 Produk Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Berminyak

8 Produk Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Berminyak

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 3 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Muka berminyak memerlukan pencuci muka yang tidak berasaskan minyak. Anda perlu memilih pencuci muka yang berasaskan mineral atau air sekiranya anda ingin memilih pencuci muka yang khusus untuk kulit berminyak. Artikel ini akan mencadangkan lapan produk pencuci muka terbaik untuk kulit berminyak iaitu:

1. Clinique Liquid Facial Soap Oily Skin Formula

8 Produk Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Berminyak 1

Clinique Liquid Facial Soap Oily Skin Formula ini dapat membersihkan sisa makeup pada muka anda. Selain itu, ia juga mampu menyerap minyak yang berlebihan pada muka tanpa membuatkan kulit muka menjadi kering. Produk ini sangat sesuai untuk anda yang mempunyai kulit berminyak.

2. Origins Zero Oil Deep Pore Cleanser

8 Produk Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Berminyak 2

Pencuci muka ini dapat mengurangkan minyak yang berlebihan dan menghilangkan kotoran pada pori-pori kulit muka. Selain itu, ia dapat mencegah jerawat, blackhead dan memberikan kesan dingin yang menyegarkan pada kulit anda. Produk ini juga selamat untuk digunakan bagi pemilik kulit sensitif kerana tidak mengandungi pewarna, perfume dan paraben.

3. Cetaphil Dermacontrol Oil Control Foam Wash

8 Produk Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Berminyak 3

Cetaphil Dermacontrol Oil Control Foam Wash ini dapat menghilangkan minyak yang berlebihan, jerawat dan membuatkan kulit menjadi lebih halus dengan sangat efektif. Produk ini juga dibuat khusus untuk anda yang memiliki kulit berminyak dan acne-prone.

4. Murad Daily Cleansing Foam

8 Produk Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Berminyak 4

Produk ini sangat baik dalam mengurangkan minyak yang berlebihan pada kulit muka tetapi tidak akan membuatkan kulit menjadi sangat kering. Selain itu, ia dapat menghilangkan kotoran pada pori-pori muka dengan pembersihan yang sempurna. Ianya dapat memberikan kesan yang lembut dan menyegarkan bagi kulit muka anda. Murad Daily Cleansing Foam ini juga sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.

5. Neutrogena Oil-Free Acne Wash

8 Produk Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Berminyak 5

Neutrogena Oil-Free Acne Wash ini dapat mengurangkan minyak yang berlebihan pada kulit muka. Selain itu, ia juga sangat disarankan bagi anda yang memiliki kulit berjerawat. Bahan salicylic acid yang terdapat di dalam produk ini terbukti dapat mengurangkan jerawat dan kemerahan atau iritasi yang disebabkan oleh jerawat.

6. Garnier Pure Active Acne & Oil Clearing Foam

8 Produk Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Berminyak 6

Produk ini mengandungi bahan anti-bakteria dan ekstrak blueberry semulajadi yang akan membantu melawan 12 masalah kulit yang biasanya dialami oleh pemilik kulit berminyak dan berjerawat.

Antara masalah kulit tersebut adalah jerawat, minyak yang berlebihan, bekas jerawat, warna kulit tidak sekata, kulit kusam, kulit gelap, kesan sinaran matahari, blackhead, kulit tidak halus, pori-pori besar dan tersumbat. Dengan penggunaan secara teratur, anda akan dapat memiliki kulit muka yang halus, lembut, bersih, cerah dan sempurna tanpa sebarang cela.

7. Himalaya Purifying Neem Face Wash

8 Produk Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Berminyak 7

Himalaya Purifying Neem Face Wash ini mengandungi gabungan bahan neem dan kunyit yang akan membantu mengurangkan minyak, melawan bakteria penyebab jerawat dan mengatasi masalah jerawat tanpa membuatkan kulit muka anda menjadi kering. Produk ini sangat sesuai untuk anda yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat.

8. Pond’s Acne Solution Anti-Acne Facial Foam

8 Produk Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Berminyak 8

Dengan teknologi Thymo-T Essence, produk ini dapat membantu mengatasi masalah jerawat dalam masa tiga hari sahaja. Selain itu, ia mengandungi salicylic acid yang sangat berkesan dalam membersihkan pori-pori muka manakala niacinamide pula dapat mencerahkan kulit untuk membantu menghilangkan bekas jerawat dan cela pada kulit muka anda. Ianya juga mampu melindungi kulit muka daripada bakteria sehingga dapat mencegah jerawat daripada muncul semula.

Baca Lagi: 8 Produk Pencuci Muka Untuk Kulit Kering

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

8 Produk Scrub Muka Untuk Kulit Berminyak

Kulit berminyak ialah keadaan yang mana kelenjar sebum menghasilkan terlalu banyak minyak pada kulit muka. Hasilnya, kulit kelihatan lebih berkilat dan berkilau. Sebenarnya minyak...

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...