Utama Muka 8 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Berminyak 2018/2019

8 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Berminyak 2018/2019

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 4 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Kulit berminyak merupakan salah satu masalah yang sering berlaku pada wanita mahupun lelaki. Bagi mengatasi masalah ini, anda perlu menggunakan pelembab muka yang dirumus khas untuk kulit berminyak seperti yang bersifat oil free dan ringan pada kulit. Berikut adalah lapan pelembab muka untuk kulit berminyak iaitu:

1. Belif The True Cream Aqua Bomb

8 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Berminyak 2018/2019 1

Belif The True Cream Aqua Bomb ini berbentuk gel dan bersifat oil-free yang membantu dalam melembapkan kulit muka. Selain itu, ia dapat mengecilkan pori-pori muka dan membuatkan tekstur kulit menjadi lebih anjal. Produk ini juga turut mengandungi antioksidan untuk meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit muka anda.

2. Kiehl’s Ultra Facial Oil-Free Gel-Cream

8 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Berminyak 2018/2019 2

Pelembab muka ini adalah krim yang berbentuk gel, bebas minyak dan cepat meresap ke dalam kulit. Dengan imperata cylindrica root extract, antarcticine dan cucumber fruit extract ini dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit dan melindunginya daripada menjadi kering. Ianya juga mampu mengurangkan minyak yang berlebihan pada kulit muka anda. Produk ini tidak mengandungi paraben, wangian dan bebas pewarna.

3. Olay Total Effect Gentle UV Cream

8 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Berminyak 2018/2019 3

Olay Total Effect Gentle UV Cream ini mengandungi UV Protection, oil-free dan non-comedogenic yang tidak akan menyumbat pori-pori pada muka. Selain itu, ia telah dirumus khas untuk membantu melawan tujuh tanda-tanda penuaan seperti mengurangkan bintik-bintik gelap, membuatkan kulit lebih tegang, memberikan kulit yang berseri dan bersinar dari dalam, mengurangkan garis-garis halus dan kedutan, menjadikan kulit lebih lembut dan licin, membuatkan warna kulit lebih sekata dan mengurangkan saiz pori-pori pada kulit muka.

4. Laneige Water Bank Gel Cream

8 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Berminyak 2018/2019 4

Produk ini diperkaya dengan ekstrak tumbuhan yang menenangkan dan hydro ion mineral water yang dapat memberikan kelembapan untuk kulit yang kering atau iritasi. Selain itu, ia dapat mengurangkan kemerahan kulit, mengawal sebum yang berlebihan dan menghalang daripada penyumbatan pori-pori pada kulit muka anda. Dengan formula yang lembut dapat membantu kulit muka anda lebih sihat, berseri dan cantik sepanjang hari.

5. Hada Labo Premium Whitening Water Cream

8 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Berminyak 2018/2019 5

Produk ini memiliki tekstur krim yang ringan dan tidak berminyak serta memberikan kelembapan yang berpanjangan pada kulit muka anda. Ia mengandungi tranexamic acid yang dapat memberikan tiga kali faedah mencerahkan iaitu membantu melawan bintik-bintik gelap, menyeimbangkan semula warna kulit dan memulihkan kulit agar lebih berseri. Selain itu, ia mengandungi hyaluronic acid, vitamin C & E, meadowfoam seed oil dan shea butter yang dapat melembapkan, menenangkan dan menghilangkan kulit kusam yang disebabkan oleh sinaran UV. Produk ini sesuai untuk digunakan bagi semua jenis kulit dan tidak mengandungi animal test, fragrances, colorant, mineral oil serta alcohol.

6. Safi Balqis Oxywhite Pelembap Gel

8 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Berminyak 2018/2019 6

Produk ini berasaskan air dan memiliki tekstur yang ringan serta memberikan kelembapan pada kulit muka selama 24 jam secara berterusan. Ianya mengandungi vitamin B3 untuk membuatkan warna kulit lebih sekata dan dirumus khas dengan hyaluronic acid yang dapat melembapkan kulit dengan lebih mendalam.

Selain itu, ia mampu menyerikan, merawat kerengsaan kulit dan menyerap ke dalam kulit tanpa meninggalkan rasa melekit pada kulit muka anda. Produk ini juga sangat sesuai untuk kulit berminyak dan kombinasi serta boleh digunakan pada waktu siang ataupun malam hari.

7. Nanowhite Double Action Whitening Gel Cream

8 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Berminyak 2018/2019 7

Nanowhite Double Action Whitening Gel Cream ini mempunyai tekstur gel yang ringan, tidak berminyak dan mudah untuk diserap ke dalam kulit muka. Ianya mengandungi nanowhite super antioxidant™(Vitamin E & C) yang dapat mencerahkan dua kali ganda kulit muka, mengurangkan penampilan bintik-bintik gelap dan mencegah pengoksidaan untuk kulit yang lebih tahan lama. Dengan penggunaan yang berterusan, anda akan mendapatkan kulit muka yang lebih cerah, lembap dan licin sepanjang hari.

8. Origins Original Skin™ Matte Moisturizer with Willowherb

8 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Berminyak 2018/2019 8

Origins Original Skin™ Matte Moisturizer with Willowherb ini mengandungi pink rock rose, chestnut seed extract dan canadian willowherb yang dapat membantu memperbaiki tekstur kulit dan mengurangkan penampilan pori-pori agar kelihatan lebih halus dan licin. Selain itu, ia bebas minyak dan kemasan matte serta meningkatkan kelembapan pada kulit muka anda. Produk ini juga memberikan aroma terapi yang menyegarkan untuk pengalaman yang menenangkan.

Baca Lagi: 6 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Kering 2019

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...