Utama Muka 8 Produk Krim Pencerah Wajah Terbaik Yang Berbaloi Untuk Anda Cuba

8 Produk Krim Pencerah Wajah Terbaik Yang Berbaloi Untuk Anda Cuba

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 4 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Bagi yang mengalami kulit berminyak, kering, kusam dan warna kulit yang tidak sekata akan menyebabkan kulit muka anda tidak bermaya dan berseri lagi. Punca masalah kulit ini terjadi adalah disebabkan oleh bintik-bintik hitam, pori-pori terbuka dan sinaran UV. Selain itu, faktor penuaan juga merupakan salah satu punca masalah kulit seperti kedutan, garis-garis halus, jeragat dan kendur pada kulit muka. Berikut adalah lapan produk krim pencerah wajah terbaik yang dapat menyelesaikan masalah kulit anda dan berbaloi untuk dicuba pada tahun ini.

Krim Pencerah Muka Terbaik

1. Olay White Radiance Intensive Whitening Cream

8 Produk Krim Pencerah Wajah Terbaik Yang Berbaloi Untuk Anda Cuba 1

Olay White Radiance Intensive Whitening Cream ini mengandungi pelbagai vitamin yang mampu memberikan khasiat pada kulit muka sehingga menjadikannya lebih sihat dan berseri. Selain itu, ia mengandungi SPF 24 dan mampu melindungi kulit daripada sinaran UV yang dapat merosakkan sel-sel kulit muka anda. Ianya juga dapat menghilangkan bintik-bintik hitam dan mencerahkan kulit dengan sempurna. Produk ini sangat sesuai untuk anda yang mempunyai kulit normal dan kulit kering.

2. Loreal White Perfect Cream SPF17

8 Produk Krim Pencerah Wajah Terbaik Yang Berbaloi Untuk Anda Cuba 2

Produk ini diperkaya dengan melanin-vanish yang dapat membantu mengurangkan bintik-bintik hitam dan mencerahkan tona kulit untuk kulit muka yang lebih berseri sepanjang hari. Selain itu, ia juga mengandungi gemstone tourmaline yang mampu merangsang peredaran mikro untuk kulit muka yang lebih sihat dan bersinar. Ianya memiliki SPF 17 PA++ yang dapat memberikan perlindungan terhadap sinaran UV.

3. Brightening Day Cream Good Virtues Co SPF30

8 Produk Krim Pencerah Wajah Terbaik Yang Berbaloi Untuk Anda Cuba 3

Brightening Day Cream Good Virtues Co SPF30 ini memiliki habbatus sauda organik dengan penyerapan yang meringankan dan melembapkan kulit muka anda. Selain itu, ia juga mengandungi ekstrak himalaya semulajadi yang akan membuatkan kulit menjadi lebih cerah dan berseri setiap hari. Dengan penggunaan yang kerap, anda akan mendapatkan kulit muka yang cerah, lembap dan berseri dengan sempurna.

4. Bio-essence Bio-White Advanced Whitening Day Cream SPF20

8 Produk Krim Pencerah Wajah Terbaik Yang Berbaloi Untuk Anda Cuba 4

Bio-essence Bio-White Advanced Whitening Day Cream ini diperkaya dengan tanaka tree bark extract, camellia extract, arbutin dan tranexamic acid yang dapat melawan ketidaksempurnaan kulit, mencerahkan dan memberikan kulit yang lembut serta kemerah-merahan. Selain itu, ia dapat menyediakan kulit dengan kelembapan yang mendalam sambil mengekalkan kulit muka anda agar lebih segar dan sejuk. Produk ini juga mengandungi SPF 20 bagi melindungi kulit daripada sinaran matahari yang berbahaya.

5. Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin

8 Produk Krim Pencerah Wajah Terbaik Yang Berbaloi Untuk Anda Cuba 5

Produk ini merupakan jenama pencerahan wajah nombor 1 di Malaysia bagi kecerahan yang sempurna. Krim pencerah ini diformulasikan seperti melakukan rawatan pencerahan pada kulit muka anda dan telah diuji oleh ahli dermatologi serta terbukti berkesan. Ianya membantu dalam menangani masalah kekusaman kulit seperti mencerahkan dengan sempurna, muka lebih berseri dan sapuan serta penyerapan yang lebih berkesan. Malah, ia juga dapat membantu wanita dengan lima penyelesaian pakar pencerahan iaitu:

  • Kecelaan kulit yang dirawat seperti melakukan rawatan laser
  • Kulit perang yang dirawat seperti melakukan rawatan melicinkan kulit
  • Kulit kusam yang dirawat seperti melakukan rawatan pengelupasan
  • Lingkaran bawah mata yang dirawat seperti melakukan rawatan antioksidan
  • Pencerahan kulit yang dirawat seperti masker bervitamin.

6. Garnier Skin Naturals Light Oil Control

8 Produk Krim Pencerah Wajah Terbaik Yang Berbaloi Untuk Anda Cuba 6

Light Complete Multi-Action Whitening Cream ini memiliki tekstur yang ringan dan menghilangkan kekusaman, bintik-bintik hitam, bekas jerawat serta minyak yang berlebihan pada kulit muka. Ianya diperkaya dengan whitening vitamin B3 dan E, salicylic acid dan pure lemon essence.

Tambahan pula, formulanya telah diperbaharui yang mana dapat memberikan manfaat lebih sempurna sehingga tiga tona lebih cerah, memudarkan parut jerawat dan bintik-bintik hitam, bebas kilat sehingga 8 jam, membuatkan warna kulit lebih sekata dan memberikan kesan kawalan minyak yang tahan lama sepanjang hari.

7. Safi Fair Beauty Fairness Cream

8 Produk Krim Pencerah Wajah Terbaik Yang Berbaloi Untuk Anda Cuba 7

Produk ini bertindak dalam mencerahkan kulit dan memberikan perlindungan daripada sinaran UV. Ianya diperkaya dengan gabungan natural AHA complex dan vitamin B3 yang dapat membantu mempercepatkan pembaharuan sel-sel kulit sambil mencerahkan kulit muka anda dari dalam.

Selain itu, ia juga boleh melembapkan kulit dan melembutkan bagi mendapatkan kulit muka yang sehalus bayi serta dapat membuatkannya 8 kali lebih cerah sekelip mata. Sekiranya digunakan secara berterusan sepanjang dua minggu, anda akan mendapatkan kulit yang lebih cerah dan berseri berdasarkan kepada ujian klinikal makmal dan kajian ke atas 100 wanita di Malaysia.

8. Wardah Perfect Bright Lightening Moisturizer

8 Produk Krim Pencerah Wajah Terbaik Yang Berbaloi Untuk Anda Cuba 8

Wardah Perfect Bright Lightening Moisturizer ini diperkaya dengan tujuh active white complex dan brightening powder yang berfungsi dari dalam kulit untuk membantu membuatkan kulit kelihatan lebih cerah dengan melambatkan proses penghasilan melanin pada kulit muka. Ianya juga mengandungi sentuhan teknologi brightening powder yang dapat menjadikan muka kelihatan lebih cerah seperti anda menggunakan bedak.

Selain itu, ia dilengkapi dengan vitamin B3 dan licorice extract yang membantu dalam memberikan khasiat pada kulit muka. Produk ini memiliki SPF 30 PA+++ yang dapat melindungi kulit daripada sinaran matahari yang berbahaya dan sangat sesuai untuk digunakan oleh semua jenis kulit.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...