Utama Make Up 8 Pilihan Primer Makeup Terbaik Untuk Kulit Berjerawat

8 Pilihan Primer Makeup Terbaik Untuk Kulit Berjerawat

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 3 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Primer merupakan asas makeup yang digunakan sebelum menggunakan foundation supaya solekan yang anda gunakan kelihatan lebih flawless dan menyamarkan pori-pori. Tetapi anda perlu memilih primer yang sesuai dengan jenis kulit muka anda. Berikut adalah 10 pilihan primer makeup terbaik untuk anda yang memiliki jenis kulit berjerawat.

1. Wet N Wild Coverall Face Primer

8 Pilihan Primer Makeup Terbaik Untuk Kulit Berjerawat 1

Primer ini adalah pilihan yang sangat baik bagi anda yang mempunyai kulit berjerawat. Selain itu, ia berfungsi untuk menyamarkan pori-pori, garis halus dan kedutan pada muka, meratakan warna kulit dan menjadikan makeup anda tahan lebih lama dan tidak muidah pudar apabila anda berpeluh.

2. Make Up For Ever Step 1 Skin Equalizer

8 Pilihan Primer Makeup Terbaik Untuk Kulit Berjerawat 2

Jenama kosmetik yang berasal dari Perancis ini memiliki primer yang berwarna hijau yang mana berfungsi untuk menjadikan warna kulit sekata dan menyamarkan warna kulit muka yang kemerahan disebabkan oleh jerawat. Selain itu, ia juga mempunyai pelembap yang menjadikan makeup anda tahan dengan lebih lama.

3. UV Under Base Mousse POREraser CC

8 Pilihan Primer Makeup Terbaik Untuk Kulit Berjerawat 3

Primer ini mempunyai tekstur yang berbentuk mousse, sangat ringan pada muka dan menyamarkan pori-pori pada kulit muka anda. Produk ini terdiri daripada empat warna yang sesuai untuk kulit normal, kering dan berjerawat serta boleh menjadikan warna kulit anda lebih sekata.

4. Revlon Photoready Color Correcting Primer

8 Pilihan Primer Makeup Terbaik Untuk Kulit Berjerawat 4

Produk primer dari Revlon ini dapat mengurangkan pori-pori dan garis halus pada kawasan muka anda. Selain itu, ia juga boleh menjadikan warna kulit anda lebih sekata, halus dan cerah. Revlon Photoready Color Correcting Primer ini adalah pilihan yang sangat sempurna untuk anda yang memiliki kulit berminyak dan berjerawat.

5. Colorbar Perfect Match Primer

8 Pilihan Primer Makeup Terbaik Untuk Kulit Berjerawat 5

Primer produk ini berasaskan silikon yang mempunyai bahan bebas minyak yang akan memberikan sentuhan lembut ketika digunakan pada muka dan garis-garis halus pada kulit muka akan hilang. Selain itu, formula gel transparent ini telah diuji secara dermatologi yang sangat sesuai bagi pemilik kulit berminyak dan berjerawat.

6. MAC Matte Cream Matifiante

8 Pilihan Primer Makeup Terbaik Untuk Kulit Berjerawat 6

Krim primer yang sedikit mengkilat ini mempunyai fungsi yang sangat sesuai untuk mengawal kulit berminyak dan berjerawat anda. Selain itu, ia juga memiliki formula no-shine yang dapat mengawal minyak pada muka dan memberikan tekstur yang halus dengan menghasilkan solekan yang matte.

7. L’Oreal Paris BaseMagique Transforming Smoothing Primer

8 Pilihan Primer Makeup Terbaik Untuk Kulit Berjerawat 7

Produk ini menghasilkan solekan muka yang tahan lama dengan menyamarkan pori-pori pada muka anda. Selain itu, ia juga mampu meratakan warna kulit yang kemerahan. Primer ini boleh dijadikan sebagai pilihan yang baik untuk anda yang memiliki kulit berjerawat.

8. Revlon Photoready Perfecting Primer

8 Pilihan Primer Makeup Terbaik Untuk Kulit Berjerawat 8

Produk ini mengeluarkan primer dengan lima jenis sekaligus yang mana berfungsi untuk menghasilkan solekan yang matte serta menutup pori-pori muka dengan sempurna dan bebas kilat. Selain itu, ia juga sangat sesuai digunakan untuk anda yang memiliki jenis kulit yang berjerawat dan berminyak. Tambahan pula, ia juga memiliki bahan brightening yang berfungsi untuk mencerahkan kulit

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

8 Produk Scrub Muka Untuk Kulit Berminyak

Kulit berminyak ialah keadaan yang mana kelenjar sebum menghasilkan terlalu banyak minyak pada kulit muka. Hasilnya, kulit kelihatan lebih berkilat dan berkilau. Sebenarnya minyak...

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...