Utama Muka 8 Jenis Masker Muka Yang Perlu Anda Tahu!

8 Jenis Masker Muka Yang Perlu Anda Tahu!

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 3 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Masker muka adalah home-treatment yang menjadi kegemaran semua wanita yang menginginkan kulit muka lebih segar dan cerah seketika. Pada masa kini, terdapat banyak jenis masker yang baru berada dipasaran dan menarik untuk anda cuba. Berikut adalah 7 jenis masker muka iaitu:

8 Jenis Masker Muka Yang Perlu Anda Tahu! 1

1. Wash-Off Mask

Masker jenis ini biasanya mempunyai tekstur krim dan pelbagai jenis kandungan seperti clay ataupun charcoal. Masker ini harus dibiarkan beberapa minit sehingga menyerap lalu dibersihkan dengan air. Bagi anda yang memiliki kulit kering dan normal haruslah memilih tekstur yang krim manakala kulit berminyak, kombinasi dan berjerawat pula sangat sesuai menggunakan clay mask atau charcoal mask.

8 Jenis Masker Muka Yang Perlu Anda Tahu! 2

2. Peel-Off Mask

Masker ini biasanya memiliki kandungan paraffin wax dan tidak begitu menyerap dibandingkan dengan wash-off mask. Ia juga berfungsi untuk membantu mengetatkan kulit dan melancarkan peredaran darah pada muka serta sesuai untuk kulit kering dan mature. Kebanyakan orang sukakan jenis masker ini kerana rasanya menyenangkan untuk mengelupas kulit muka dengan bersih.

8 Jenis Masker Muka Yang Perlu Anda Tahu! 3

3. Jelly Mask

Salah satu jenis masker yang sedang hangat diperkatakan ialah Jelly Mask. Ianya mempunyai tekstur yang ringan, bouncy dan menjadikannya lebih mudah untuk digunakan. Lebih-lebih lagi, masker ini mengandungi glycerin yang baik untuk memberikan kelembapan pada kulit muka dan beberapa produk juga membantu dalam mencerahkan kulit.

8 Jenis Masker Muka Yang Perlu Anda Tahu! 4

4. Rubber Mask

Ini adalah salah satu jenis masker baru yang perlu anda cuba kerana keunikannya. Masker ini hadir dalam bentuk sheet ataupun powder yang perlu anda campurkan dengan air. Rubber mask ini berfungsi untuk menciptakan barrier pada kulit dan membantu dalam penyerapan nutrisi. Hal ini kerana teksturnya yang tebal, kandungan di dalamnya dan nutrisi yang baik dari masker dapat meresap sehingga ke bahagian lapisan kedua kulit (dermis).

8 Jenis Masker Muka Yang Perlu Anda Tahu! 5

5. Exfoliating Mask / Scrub Mask

Anda disarankan untuk memilih exfoliating mask yang mengandungi butiran skrub sekiranya anda memerlukan masker yang dapat menghilangkan sisa kotoran, bintik hitam (blackhead), sebum dan boleh mencerahkan kulit muka sekaligus. Hanya biarkan muka seketika, semasa menggunakan masker ini dan ketika kering gosok secara lembut agar skrub dapat mengeksfoliasi kulit muka anda. Selepas itu, bersihkan muka dengan air sehingga bersih.

8 Jenis Masker Muka Yang Perlu Anda Tahu! 6

6. Sheet Mask

Kebanyakan orang menyukai masker ini dan sangat popular pada masa kini kerana senang untuk digunakan. Hanya buka kemasannya dan letakkan sheet mask pada muka anda. Kelebihan daripada masker ini juga adalah memberikan kelembapan yang sangat tinggi pada kulit muka. Sekiranya anda memerlukan sesuatu yang boleh membantu untuk membuatkan kulit muka anda menjadi glowing, jadi sheet mask inilah jawapannya.

8 Jenis Masker Muka Yang Perlu Anda Tahu! 7

7. Sleeping Mask

Seperti namanya, sleeping mask ini biasanya digunakan pada waktu malam sebelum tidur sebagai pengambilan nutrisi kulit muka ketika anda tidur dan juga dapat menjadi pengganti kepada pelembap muka anda pada waktu malam. Ia juga mengandungi tekstur yang ringan, watery dan selesa semasa diaplikasikan ke kulit muka. Tambahan pula, kulit muka akan menjadi lebih segar dan tidak kusam apabila anda bangun pada keesokan harinya.

8 Jenis Masker Muka Yang Perlu Anda Tahu! 8

8. Splash Mask

Inilah jenis masker terbaru yang cukup unik dan sangat berbeza dengan jenis masker yang lain. Produk ini mempunyai tekstur yang sangat cair dan tidak akan melekat pada kulit muka seperti peel-off mask atau sheet mask.

Trend masker yang muncul dari Korean Skincare ini terinspirasi daripada rutin kecantikan wanita Korea pada zaman dahulu yang suka bersihkan muka dengan menggunakan air. Cara-cara menggunakan produk ini adalah campurkan ia ke dalam air yang bersih dengan nisbah 1:100 lalu tepuk-tepukkan muka dengan campuran air dan splash mask tersebut selama 20 saat sahaja.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...