Utama Make Up 8 Jenis Bedak Dan Fungsinya Yang Perlu Anda Tahu

8 Jenis Bedak Dan Fungsinya Yang Perlu Anda Tahu

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 4 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Bedak merupakan salah satu produk makeup yang biasa digunakan dan sangat penting bagi setiap wanita. Terdapat pelbagai jenis bedak pada hari ini yang memiliki fungsi berbeza-beza bergantung kepada jenis kulit muka. Anda perlu memilih jenis bedak dan fungsinya dengan betul supaya keadaan kulit muka anda tidak menjadi lebih teruk.

Pemilihan jenis bedak yang salah boleh menyebabkan timbulnya jerawat, muka menjadi berminyak atau kering dan alergi pada kulit muka anda. Berikut adalah lapan jenis bedak dan fungsinya iaitu:

1. Bedak Tabur (Loose Powder)

8 Jenis Bedak Dan Fungsinya Yang Perlu Anda Tahu 1

Bedak tabur atau loose powder merupakan bedak favourite bagi setiap wanita kerana ia mudah untuk didapatkan dan paling biasa digunakan dalam makeup. Ia mempunyai tekstur yang sangat ringan dan digunakan selepas pelembap dan foundation terlebih dahulu.

Selain itu, ia boleh digunakan untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak kerana formulanya yang ringan dan sangat baik dalam menyerap minyak yang berlebihan pada kulit muka anda. Namun, bedak ini tidak akan membuatkan makeup anda tahan dengan lebih lama dan cepat pudar. Sekiranya bekas tidak ditutup dengan rapat ia akan mudah tumpah kerana memiliki tekstur seperti serbuk.

2. Bedak Padat (Compact Powder/Pressed Powder)

8 Jenis Bedak Dan Fungsinya Yang Perlu Anda Tahu 2

Jika kebanyakan wanita mengeluh bedak tabur mudah untuk tumpah maka anda perlu menggunakan bedak padat sebagai penyelesaiannya. Hal ini kerana ia lebih tahan lama dan tidak cepat pudar pada kulit muka anda. Bedak padat atau compact powder ini memiliki bentuk yang padat, lebih praktikal dimasukkan ke dalam beg dan biasanya digunakan sebagai touch up pada waktu siang ketika makeup kelihatan mulai memudar.

Selain itu, ia juga lebih mudah digunakan pada permukaan kulit muka untuk menutup pori-pori dengan baik dan pelbagai masalah lain pada muka anda. Penggunaan bedak ini adalah selepas pelembap dan foundation. Compact powder ini biasanya mengandungi moisturizer dan minyak dan sangat sesuai bagi anda yang memiliki kulit kering. Anda perlu memilih bedak yang mengandungi formula oil-free bagi pemilik kulit yang cenderung berminyak.

3. Bedak Two Way Cake

8 Jenis Bedak Dan Fungsinya Yang Perlu Anda Tahu 3

Meskipun ia hampir menyerupai compact powder, bedak two way cake ini mempunyai formula dan fungsi yang berbeza dengan compact powder. Ianya memiliki dua fungsi iaitu sebagai foundation dan bedak. Anda boleh menggunakannya sebagai foundation dengan sponge basah dan menggunakannya sebagai bedak dengan sponge kering.

Bedak ini mengandungi minyak dan teksturnya yang cukup berat boleh membuatkan kulit muka menjadi lebih berminyak. Jadi, anda perlu memilih bedak two way cake dengan formula oil-free bagi anda yang memiliki kulit berminyak.

4. Bedak Glitter (Shimmer Powder)

8 Jenis Bedak Dan Fungsinya Yang Perlu Anda Tahu 4

Bedak glitter atau shimmer powder ini memiliki fungsi untuk mencerahkan muka dan memberikan kesan shine pada kulit muka anda kerana ia kerap sekali digunakan bagi solekan yang glamour supaya kelihatan lebih sempurna.

Selain itu, ia juga boleh digunakan pada anggota badan lainnya seperti leher, tangan, punggung mahupun dada. Bedak ini hadir dengan pelbagai pilihan warna dan anda boleh sesuaikan mengikut tema penampilan.

5. Bedak Meteorite

8 Jenis Bedak Dan Fungsinya Yang Perlu Anda Tahu 5

Pada hari ini tidak ramai wanita yang tahu menggunakan bedak meteorite. Namun, makeup artist kerap sekali menggunakan bedak yang berbentuk bulat kecil beraneka warna ini untuk sentuhan akhir makeup.

Selepas solekan selesai, bedak meteorite ini akan digunakan pada kulit muka agar kelihatan lebih berseri-seri dan biasanya berus besar akan disapukan pada bulatan-bulatan bedak tersebut. Kemudian, ia akan dikenakan pada bahagian dahi, dagu dan pipi sehinggakan muka anda kelihatan lebih shiney dan segar.

6. Bedak Translucent (Translucent powder)

8 Jenis Bedak Dan Fungsinya Yang Perlu Anda Tahu 6

Bedak translucent ini mengandungi formula ringan dan tekstur yang berbentuk serbuk. Ia biasanya digunakan untuk set makeup, mengawal kilatan dan memberikan kemasan matte pada kulit muka anda. Tambahan pula, ia disebut sebagai translucent kerana sebaik sahaja ia digunakan ia sepatutnya tidak kelihatan.

7. Mineral Powder

8 Jenis Bedak Dan Fungsinya Yang Perlu Anda Tahu 7

Mineral powder ini mengandungi formula yang ringan, bahan mineral atau air. Selain itu, ia mempunyai tekstur yang halus dan sangat sesuai untuk anda yang memiliki kulit sensitif bagi mengelak daripada berlakunya iritasi pada kulit muka.

8. Finishing Powder

8 Jenis Bedak Dan Fungsinya Yang Perlu Anda Tahu 8

Finishing powder ini berfungsi untuk membuatkan solekan akhir anda sempurna supaya makeup lebih sekata dan halus. Ia biasanya menggunakan berus besar untuk disapukan pada bahagian kulit muka anda dan hanya bertujuan untuk teknik contouring dalam photo shoot atau makeup show. Sebaiknya bedak ini tidak digunakan untuk produk makeup setiap hari kerana formulanya yang sangat berat pada muka.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...