BeJelita
Penjagaan Kecantikan Untuk Semua

8 Cara Menghilangkan Jerawat Secara Semulajadi Dengan Mudah

0 262

Jerawat yang degil tentu sahaja dapat membuatkan penampilan anda menjadi kurang menarik. Bahkan juga, jerawat boleh mengurangkan keyakinan diri seseorang wanita mahupun lelaki. Namun anda tidak perlu risau kerana terdapat lapan cara untuk menghilangkan jerawat secara semulajadi dengan mudah.

1. Betik

8 Cara Menghilangkan Jerawat Secara Semulajadi Dengan Mudah 1

Betik mengandungi papain yang berfungsi untuk menghilangkan sel-sel kulit mati. Selain itu, ia juga mengandungi antioksidan dan vitamin yang dapat mencerahkan kulit muka, mengatasi kulit kemerahan dan mengurangkan terjadinya peradangan pada kulit.

Caranya adalah dengan membersihkan buah betik dan memotongnya menjadi beberapa bahagian kecil. Kemudian, haluskan buah betik sehingga menjadi masker dan sapukan pada kawasan muka yang berjerawat. Seterusnya, biarkan selama lebih kurang 15 minit dan basuh dengan air suam.

2. Putih Telur

8 Cara Menghilangkan Jerawat Secara Semulajadi Dengan Mudah 2

Putih telur mengandungi lysozyme yang dapat memusnahkan dinding sel-sel bakteria yang menyebabkan jerawat. Selain itu, ia dapat mengecilkan pori-pori kulit dan mengurangkan lebihan minyak yang merupakan penyebab kepada munculnya jerawat pada kulit muka.

Ianya juga terbukti berkesan bagi menghilangkan blackheads yang biasanya banyak terdapat di bahagian hidung. Caranya adalah dengan mengambil satu biji telur dan pisahkan kuning serta putihnya. Kemudian, ambil putih telur dan pukul ia sehingga mengembang. Seterusnya, sapukan putih telur tersebut pada muka anda dan biarkan sehingga mengering. Basuh dengan air suam sehingga bersih.

3. Lemon

8 Cara Menghilangkan Jerawat Secara Semulajadi Dengan Mudah 3

Di dalam buah lemon terdapat L-ascorbic acid yang dapat mengurangkan masalah peradangan pada kulit berjerawat dan membersihkan pori-pori muka yang tersumbat. Bahkan juga, ia baik dalam mencerahkan kulit, menghilangkan cela pada muka dan sangat berkesan sekali digunakan sebagai cara untuk menghilangkan jerawat pada kulit muka secara semulajadi serta mudah.

Sediakan satu lemon, tekan sedikit lemon untuk mendapatkan lebih banyak airnya apabila diperah. Kemudian, potong lemon menjadi dua bahagian dan perahnya ke dalam bekas. Seterusnya, sapukan air lemon tersebut ke muka anda dan biarkan selama lebih kurang 15 minit. Basuh dengan air sejuk dan keringkan dengan tuala. Lakukan rawatan ini secara kerap untuk mengatasi masalah jerawat anda.

4. Madu

8 Cara Menghilangkan Jerawat Secara Semulajadi Dengan Mudah 4

Antiseptic yang terdapat di dalam madu mampu membunuh bakteria dan mengurangkan masalah peradangan pada kulit yang disebabkan oleh jerawat. Selain itu, ia memiliki fungsi sebagai probiotic semulajadi yang bukan sahaja dapat mengurangkan jerawat tetapi juga mencegah daripada timbulnya jerawat baru.

Caranya adalah dengan menyediakan beberapa titis madu. Kemudian, sapukan madu tersebut pada bahagian yang berjerawat dengan menggunakan kapas dan biarkan selama lebih kurang 45 minit. Selepas madu mengering dan berasa melekit, basuh dengan air sejuk dan keringkan. Rawatan ini anda boleh lakukan selama lebih kurang tiga kali dalam seminggu.

5. Timun

8 Cara Menghilangkan Jerawat Secara Semulajadi Dengan Mudah 5

Timun bukan sahaja kaya dengan antioksidan yang penting untuk kulit tetapi juga mineral, acid amino dan juga vitamin C. Bahan-bahan tersebut sangat berkhasiat untuk mengeluarkan racun dari dalam tubuh badan anda, membersihkan jerawat dan melembapkan kulit.

Hiris timun secara tipis-tipis. Kemudian, sapukan pada muka yang berjerawat dan biarkan selama lebih kurang 15 minit. Seterusnya, basuh muka dengan menggunakan air suam. Bagi mendapatkan hasil yang terbaik, anda disarankan untuk meminum jus timun yang telah dicampurkan dengan limau nipis. Hal ini kerana jus timun dapat membersihkan tubuh badan anda dan membantu mengeluarkan racun dari dalam.

6. Kulit Limau

8 Cara Menghilangkan Jerawat Secara Semulajadi Dengan Mudah 6

Penggunaan vitamin C dan alpha hydroxy acid yang terdapat di dalam kulit limau dipercayai boleh menjadi cara untuk menghilangkan jerawat secara semulajadi dan mudah. Hal ini kerana kulit limau mampu membersihkan pori-pori muka yang tersumbat, debu, kotoran dan menghilangkan sel-sel kulit mati.

Kupas kulit limau dan keringkan di bawah sinaran matahari selama beberapa hari sehingga mengering. Kemudian, haluskan kulit limau yang telah dikeringkan tadi sehingga menjadi serbuk. Seterusnya, tambahkan air sedikit pada serbuk tadi dan kacau sehingga menjadi paste. Sapukan paste tersebut pada muka yang berjerawat dan biarkan selama beberapa minit. Basuh dengan menggunakan air suam sehingga bersih.

7. Lidah Buaya

8 Cara Menghilangkan Jerawat Secara Semulajadi Dengan Mudah 7

Lidah buaya mengandungi banyak bahan aktif yang dapat menghilangkan jerawat. Antaranya adalah hormon gibberellin dan polysaccharide yang mampu membunuh bakteria penyebab jerawat. Selain itu, ia juga mengandungi antioksidan, mineral, vitamin C dan E yang mempercepatkan penyembuhan kulit berjerawat.

Caranya adalah dengan memotong lidah buaya menjadi dua bahagian dan asingkan bahagian yang berduri. Kemudian, ambil gel lidah buaya dan masukkan ke dalam bekas. Seterusnya, haluskan gel lidah buaya tersebut dan sapukan gelnya pada kawasan kulit yang berjerawat. Biarkan selama lebih kurang tiga-lima minit. Basuh dengan air sejuk.

8. Tomato

8 Cara Menghilangkan Jerawat Secara Semulajadi Dengan Mudah 8

Tomato mengandungi bahan vitamin A dan C sehingga baik dan berkesan untuk menghilangkan jerawat yang degil. Terdapat dua cara menggunakan tomato sebagai masker. Cara yang pertama adalah dengan menghiris tomato secara tipis-tipis lalu tutup muka anda dengan hirisan tomato. Cara yang kedua pula adalah dengan blender satu tomato dan sapukan pada kulit muka anda. Seterusnya, biarkan selama lebih kurang 15 minit dan basuh dengan air suam.

Langgan emel kami
Daftar dan dapatkan kandungan premium terus ke emel anda!
Anda boleh henti langgan bila-bila masa dan jangan risau kami bebas SPAM.