Utama Badan 8 Cara Mengatasi Rambut Bercabang Dengan Mudah

8 Cara Mengatasi Rambut Bercabang Dengan Mudah

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 3 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Rambut bercabang merupakan salah satu masalah yang sering berlaku pada kaum wanita terutamanya bagi mereka yang jarang merawatnya. Biasanya hal ini boleh terjadi disebabkan rambut yang kering dan kurang mendapatkan khasiat. Bahagian rambut yang mempunyai masalah ini adalah hujung rambut kerana bahagian ini adalah yang paling lama dibandingkan dengan rambut yang lain. Berikut adalah lapan cara merawat rambut yang bercabang dengan mudah.

Cara Menghilangkan Rambut Bercabang

1. Potong Hujung Rambut

8 Cara Mengatasi Rambut Bercabang Dengan Mudah 1

Salah satu cara untuk menghilangkan rambut bercabang dan kering yang perlu dilakukan ialah memotong hujung rambut untuk mencegah kerosakan yang lebih teruk. Potong hujung rambut anda secara rutin setiap enam hingga lapan minggu sekali.

2. Conditioner

8 Cara Mengatasi Rambut Bercabang Dengan Mudah 2

Conditioner merupakan penyelesaian yang terbaik bagi masalah rambut bercabang. Anda perlu untuk mengetahui produk conditioner yang terbaik bagi merawat masalah rambut bercabang. Sekiranya sering melakukan teknik blow dry, anda perlu mencari produk conditioner yang dapat memberikan perlindungan tambahan agar rambut tidak rosak.

3. Gunakan Sikat Yang Betul

8 Cara Mengatasi Rambut Bercabang Dengan Mudah 3

Sekiranya anda menyikat rambut dengan menggunakan sikat yang kurang tepat, ia dapat mempengaruhi kesihatan rambut anda. Sebaiknya gunakanlah sikat yang mempunyai gigi yang lebih renggang dan hindari sikat yang giginya terlalu rapat.

4. Elakkan Menyikat Rambut Dengan Kerap

8 Cara Mengatasi Rambut Bercabang Dengan Mudah 4

Hindari daripada menyikat rambut dengan kerap kerana ia boleh mempercepatkan berlakunya kerosakan pada rambut. Hal ini kerana adanya geseran rambut secara berlebihan. Oleh itu, jangan menyimpan rambut yang terlalu panjang dan tidak dirawat dengan sempurna kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada rambut dan kulit kepala anda.

5. Hindari Penggunaan Alatan Dandanan Rambut Secara Kerap

8 Cara Mengatasi Rambut Bercabang Dengan Mudah 5

Kehadiran alatan dandanan rambut yang bersifat panas sepertiĀ hair curler, vise dan hair dryer dapat digunakan untuk menggayakan rambut supaya lebih kemas dan rapi. Namun, anda tidak digalakkan untuk menggunakan alatan tersebut secara kerap kerana ia dapat membuatkan rambut anda semakin bercabang dan kering.

6. Gunakan Serum Atau Spray Pelindung Panas

8 Cara Mengatasi Rambut Bercabang Dengan Mudah 6

Anda perlu menggunakan serum atau spray pelindung panas bagi melindungi rambut daripada panas matahari dan alatan dandanan rambut. Jadi, rambut anda tidak akan mudah rosak walaupun terdedah kepada sinaran matahari.

7. Rajin Dalam Melakukan Rawatan Pada Rambut

8 Cara Mengatasi Rambut Bercabang Dengan Mudah 7

Lakukan rawatan pada rambut dengan menggunakan minyak zaitun. Caranya adalah dengan menyapukan minyak zaitun pada rambut terutamanya hujung rambut yang memerlukan lebihan lembapan. Seterusnya, biarkan selama lebih kurang lima minit dan basuh dengan air yang bersih.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan buah avokado bagi merawat rambut. Avokado bukan sahaja baik untuk badan tetapi juga ia boleh digunakan untuk merawat rambut yang kurang mendapatkan khasiat sehingga mengalami kerosakan. Caranya adalah dengan menghaluskan buah avokado bersama putih telur. Seterusnya, campuran tadi dijadikan sebagai masker rambut dan biarkan selama lebih kurang sepuluh minit serta basuh dengan air sejuk.

8. Pengambilan Makanan Berkhasiat

8 Cara Mengatasi Rambut Bercabang Dengan Mudah 8

Jangan lupa untuk mengambil makanan yang dapat memenuhi keperluan nutrien badan khususnya yang dapat memberikan lebih banyak khasiat pada rambut. Bagi yang mempunyai masalah rambut bercabang, anda boleh memakan makanan yang kaya dengan protein untuk membantu mengatasi masalah tersebut.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...