BeJelita
Penjagaan Kecantikan Untuk Semua

8 Cara Makeup Tahan Lama Sepanjang Hari Walaupun Kulit Berminyak

0 485

Penghasilan minyak yang berlebihan pada muka dapat menyebabkan makeup tidak tahan lama dan memerlukan anda untuk selalu touch up. Anda tentu sekali menginginkan makeup yang tahan lama tanpa perlu di touch up sepanjang hari. Berikut adalah lapan cara makeup tahan lama yang boleh menjadi penyelesaian bagi masalah ini iaitu:

1. Bersihkan Kulit Muka

8 Cara Makeup Tahan Lama Sepanjang Hari Walaupun Kulit Berminyak 1

Anda perlu mencuci muka terlebih dahulu sebelum mula menggunakan makeup supaya minyak dan kotoran pada muka dapat dibersihkan sepenuhnya. Selain itu, anda juga perlu menggunakan pencuci muka yang mengandungi glycolic acid atau salicylic acid untuk mengurangkan penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit muka.

2. Guna Moisturizer Pada Muka

8 Cara Makeup Tahan Lama Sepanjang Hari Walaupun Kulit Berminyak 2

Kulit berminyak masih memerlukan moisturizer atau pelembap sama seperti kulit kering ataupun kulit yang normal. Lapisan dermis akan terus menghasilkan sebum atau minyak sehingga minyak pada muka semakin bertambah banyak apabila kulit muka tidak diberikan pelembap. Jadi, anda perlu menggunakan pelembap yang berasaskan air seperti gel atau lotion yang ringan agar muka tidak kelihatan semakin berminyak.

3. Guna Primer Pada Muka

8 Cara Makeup Tahan Lama Sepanjang Hari Walaupun Kulit Berminyak 3

Primer ini berfungsi untuk membuatkan makeup yang digunakan tahan dengan lebih lama. Bagi anda yang memiliki kulit berminyak disyorkan untuk menggunakan primer terlebih dahulu sekurang-kurangnya di kawasan yang paling berminyak seperti T-zone (dahi,hidung dan dagu).

4. Elakkan Menggunakan Concealer Sebagai Primer Pada Mata

8 Cara Makeup Tahan Lama Sepanjang Hari Walaupun Kulit Berminyak 4

Dengan menggunakan concealer sebagai eye primer pada kulit anda yang berminyak akan dapat menyebabkan creasing. Jadi, anda disarankan untuk menggunakan primer yang sememangnya dibuat khas untuk mata. Primer ini akan menyerap minyak yang mana boleh menyebabkan creasing pada mata sepanjang hari sehingga solekan pada mata anda dapat bertahan dengan lebih lama.

5. Jangan Menggunakan Bedak Dengan Terlalu Banyak

8 Cara Makeup Tahan Lama Sepanjang Hari Walaupun Kulit Berminyak 5

Penggunaan bedak secara berlebihan dapat merangsang pori-pori muka untuk mengeluarkan lebih banyak minyak sehingga membuatkan kulit muka anda semakin berminyak. Anda perlu menggunakan bedak pada kawasan yang berkilat sahaja dan pastikan bedak dengan formula yang matte serta transparent.

6. Sediakan Blotting Paper

8 Cara Makeup Tahan Lama Sepanjang Hari Walaupun Kulit Berminyak 6

Blotting paper adalah penyelesaian yang paling mudah untuk menghilangkan minyak yang berlebihan pada kulit muka anda. Anda perlu selalu menyediakan blotting paper dan cara yang paling tepat untuk menggunakannya adalah dengan menekan secara perlahan-lahan pada kawasan yang berminyak supaya anda tidak perlu untuk melakukan touch up lagi.

7. Guna Produk Makeup Yang Bebas Minyak (Oil-Free)

8 Cara Makeup Tahan Lama Sepanjang Hari Walaupun Kulit Berminyak 7

Bagi anda yang memiliki kulit berminyak adalah disarankan untuk menggunakan produk makeup yang bebas minyak (oil-free). Hal ini kerana pemilik kulit berminyak secara semulajadi telah menghasilkan minyak yang berlebihan pada muka. Oleh itu, anda perlu menggunakan produk makeup seperti foundation, blush, primer, sunscreen dan lain-lain lagi yang bebas minyak serta non-comedogenic (tidak menyumbat pori-pori).

8. Guna Produk Makeup Yang Tahan Lebih Lama

8 Cara Makeup Tahan Lama Sepanjang Hari Walaupun Kulit Berminyak 8

Pemilik kulit berminyak perlu memilih produk makeup yang tahan lama agar kulit muka kelihatan lebih segar dan tidak kusam. Selain itu, anda perlu memilih produk makeup yang berkualiti dan mempunyai label waterproof, water-resistant atau long wear terutamanya untuk solekan mata.

Langgan emel kami
Daftar dan dapatkan kandungan premium terus ke emel anda!
Anda boleh henti langgan bila-bila masa dan jangan risau kami bebas SPAM.