Utama Muka 7 Skincare Routines Untuk Kulit Berjerawat

7 Skincare Routines Untuk Kulit Berjerawat

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 3 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Anda perlu bijak dalam memilih produk skincare yang tepat bagi yang memiliki kulit berjerawat. Jika anda salah dalam memilih produk skincare, ia boleh menyebabkan kulit muka menjadi lebih teruk dan berjerawat. Dengan melakukan skincare routine secara kerap dan teratur, anda akan mendapatkan kulit muka yang sihat, cantik dan berseri. Berikut adalah tujuh skincare routine untuk kulit berjerawat iaitu:

1. Double Cleansing

7 Skincare Routines Untuk Kulit Berjerawat 1

Anda perlu memilih cleansing oil daripada cleansing water untuk kulit berjerawat. Hal ini kerana ia mengandungi alkohol yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Seterusnya bagi facial wash, anda juga perlu memilih produk yang diperkaya dengan tea tree atau witch hazel untuk meredakan jerawat dan bersifat non-comedogenic agar tidak menyumbat pori-pori muka yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka. Produk yang dicadangkan iaitu Shu Uemura POREfinist Sakura Refreshing Cleansing Oil dan Cosmoderm Tea Tree Oil Facial Cleanser.

2. Exfoliating Toner

7 Skincare Routines Untuk Kulit Berjerawat 2

Exfoliating toner ini berfungsi untuk menghilangkan sel-sel kulit mati dan mampu mencerahkan kulit muka. Hal ini kerana ia mengandungi beberapa bahan asid yang boleh disesuaikan dengan keadaan dan keperluan kulit. Bagi yang mempunyai kulit berjerawat, anda perlu memilih produk exfoliating toner yang mengandungi salicylic acid untuk mengatasi masalah jerawat dan parut jerawat. Penggunaan exfoliating toner juga tidak digalakkan setiap hari kerana boleh membuatkan kulit muka over exfoliate dan menjadi kering. Produk yang dicadangkan iaitu Benton Aloe BHA Skin Toner dan Cosrx One Step Pimple Clear Pads.

3. Hydrating Toner

7 Skincare Routines Untuk Kulit Berjerawat 3

Hydrating toner ini mampu menyeimbangkan pH kulit supaya kulit muka anda lebih lembap dan tidak kering. Selain itu, ia mempunyai tekstur yang sedikit pekat dan cara menggunakannya adalah dengan dituang ke tapak tangan dan ditepuk-tepuk secara perlahan dan sekata pada kulit muka. Anda perlu memilih produk hydrating toner yang sesuai dengan jenis kulit agar jerawat tidak semakin teruk dan meradang. Produk yang dicadangkan iaitu The Body Shop Aloe Calming Toner dan Dear, Klairs Supple Preparation Facial Toner.

4. Serum

7 Skincare Routines Untuk Kulit Berjerawat 4

Serum ini merupakan produk skincare yang agak mahal kerana ia sangat spesifik dalam menangani masalah kulit. Anda perlu memilih serum vitamin C yang dapat mencerahkan kulit dan menghilangkan bekas jerawat. Bagi memperbaiki tekstur kulit dan mengecilkan pori-pori, anda perlu memilih serum yang mengandungi snail extract. Produk yang dicadangkan iaitu The Ordinary Vitamin C Suspension 23 HA Spheres 2% dan Bio-Essence Bio Energy Snail Secretion Repair Serum.

5. Essence

7 Skincare Routines Untuk Kulit Berjerawat 5

Apakah perbezaan di antara serum dan essence? Tetapi pada asasnya, fungsi kedua-duanya sama sahaja iaitu untuk mengatasi masalah kulit secara spesifik. Namun, essence mempunyai bahan aktif yang sedikit lebih rendah daripada serum. Bagi yang kulit berjerawat, anda perlu memilih essence yang mengandungi snail extract yang dapat mengawal minyak pada kulit dan meredakan jerawat. Produk yang dicadangkan iaitu Benton Snail Bee High Content Essence dan Etude House Wonder Pore Tightening Essence.

6. Pelembap

7 Skincare Routines Untuk Kulit Berjerawat 6

Anda perlu menghindari pelembap yang mengandungi mineral oil kerana ia dapat menyumbat pori-pori muka dan menyebabkan tumbuhnya jerawat yang baru. Jadi, anda perlu memilih pelembap muka yang memiliki tekstur gel atau air kerana ia lebih cepat menyerap dan ringan pada kulit muka. Produk yang dicadangkan iaitu Kiehl’s Ultra Facial Oil-Free Lotion dan Clinique Acne Solutions All-Over Clearing Treatment.

7. Sunscreen/Sunblock

7 Skincare Routines Untuk Kulit Berjerawat 7

Bagi yang mempunyai kulit berjerawat, anda tentu risau dalam memilih sunscreen kerana biasanya tekstur yang pekat dan melekit. Sedangkan, untuk mencegah jerawat yang teruk dan meradang, sunscreen sangat penting untuk melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB. Terdapat banyak sunscreen di pasaran pada hari ini yang memiliki tekstur ringan, tidak melekit dan cepat menyerap pada kulit muka anda. Produk yang dicadangkan iaitu Biore UV Aqua Rich Watery Essence SPF 50 dan Cetaphil UVA/UVB Defense SPF50.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...