Utama Muka 7 Produk Toner Muka Terbaik Untuk Kulit Bersih Dan Sihat

7 Produk Toner Muka Terbaik Untuk Kulit Bersih Dan Sihat

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 3 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Toner muka merupakan produk penjagaan kulit yang membolehkan kulit bernafas dengan lebih baik sehinggakan kulit muka anda kelihatan lebih lembut dan sihat. Penggunaan toner muka juga dapat memberikan kesegaran bagi kulit, melembapkan dan menyeimbangkan pH kulit muka anda. Berikut adalah tujuh produk toner muka terbaik pada tahun ini iaitu:

1. Fresh Rose Deep Hydration Facial Toner

7 Produk Toner Muka Terbaik Untuk Kulit Bersih Dan Sihat 1

Produk ini diperkaya dengan kelopak mawar sebenar yang dapat membersihkan kulit anda daripada kotoran, sisa makeup, pencemaran dan debu dengan lembut. Selain itu, ia dapat melembutkan kulit, mengecilkan pori-pori besar, menghasilkan kulit yang kelihatan lebih sihat, segar dan berseri. Produk ini juga sangat sesuai untuk anda yang memiliki kulit kering kerana dapat meningkatkan kelembapan kulit sehingga 46% selama enam jam selepas penggunaannya.

2. The Body Shop Tea Tree Skin Clearing Mattifying Facial Toner

7 Produk Toner Muka Terbaik Untuk Kulit Bersih Dan Sihat 2

The Body Shop Tea Tree Skin Clearing Mattifying Toner ini mengandungi serbuk pelegap yang dapat membuatkan kulit muka anda bebas daripada berkilat. Ianya dapat menghilangkan makeup dan kotoran yang melekat pada kulit muka. Selain itu, ia boleh merawat jerawat anda dengan kuasa tea tree. Produk ini juga dirumus khas untuk pemilik kulit berminyak dan berjerawat.

3. Simple Soothing Facial Toner

7 Produk Toner Muka Terbaik Untuk Kulit Bersih Dan Sihat 3

Toner muka ini diperkaya dengan pro vitamin B5 dan B3, chamomilewitch hazel extract dan allantoin yang dapat membuatkan kulit muka kelihatan lebih cerah dan berseri. Selain itu, ia dapat menghilangkan makeup pada mata, bibir dan jerawat tanpa menimbulkan rasa perih pada kulit muka. Produk ini juga sangat sesuai untuk anda yang mempunyai kulit sensitif kerana ia tidak mengandungi bahan alkohol.

4. Sebamed Clear Face Deep Cleansing Facial Toner

7 Produk Toner Muka Terbaik Untuk Kulit Bersih Dan Sihat 4

Sebamed Clear Face Deep Cleansing Facial Toner ini mengandungi witch hazel yang dapat mengurangkan iritasi dan menegangkan pori-pori pada muka. Selain itu, ia mengandungi cucumber extract dan panthenol yang mampu untuk melembapkan kulit secara semulajadi dan membantu dalam memulihkan luka yang disebabkan oleh jerawat. Toner muka ini juga sangat efektif dalam melawan jerawat, blackheads dan menghilangkan minyak yang berlebihan serta kotoran pada kulit muka. Produk ini dirumus khas untuk kulit yang berminyak dan berjerawat.

5. Innisfree Jeju Volcanic Pore Toner

7 Produk Toner Muka Terbaik Untuk Kulit Bersih Dan Sihat 5

Innisfree Jeju Volcanic Pore Toner ini dapat membantu melembapkan dan melembutkan kulit. Dengan sebum control technology™, ia dapat mengeluarkan kotoran dari dalam pori-pori, mengawal sebum pada muka dan menjadikan kulit muka kelihatan lebih segar serta halus. Produk ini juga bebas daripada paraben, pewarna, wangian sintetik dan mineral oil.

6. Safi Balqis Oxywhite Penyegar

7 Produk Toner Muka Terbaik Untuk Kulit Bersih Dan Sihat 6

Safi Balqis Oxywhite Penyegar ini mengandungi ekstrak cendawan yang dapat menegangkan pori-pori agar kulit muka lebih kekal bersih dan sihat. Selain itu, ia mampu menyediakan kulit untuk menerima penggunaan produk dengan lebih berkesan dan menyegarkan kulit muka tanpa menyebabkan anda rasa melekit. Produk ini juga tidak mengandungi bahan alkohol.

7. Clean & Clear Essentials Oil Control Toner

7 Produk Toner Muka Terbaik Untuk Kulit Bersih Dan Sihat 7

Toner muka ini mengandungi salicylic acid yang sangat baik dalam mencegah jerawat dan blackheads pada muka. Selain itu, ia dapat meresap ke dalam pori-pori muka, mampu mengawal penghasilan minyak yang berlebihan dan mengurangkan pertumbuhan jerawat daripada lapisan kulit yang paling dalam pada kulit muka anda. Dengan penggunaan yang berterusan, anda akan mendapatkan kulit muka yang lebih bersih, halus dan bebas minyak.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...