Utama Muka 7 Produk Toner Muka Terbaik Untuk Kulit Berminyak

7 Produk Toner Muka Terbaik Untuk Kulit Berminyak

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 3 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Toner merupakan langkah kedua dalam proses pembersihan muka selepas mencuci muka. Ianya berfungsi untuk menyeimbangkan pH pada kulit, menghilangkan racun, menambahkan khasiat pada kulit dan membantu mengetatkan pori-pori muka.

Selain itu, ia juga dapat menghilangkan minyak yang berlebihan dan sel-sel kulit mati pada kulit muka anda. Anda harus memilih produk toner yang tidak melekit dan tidak menghasilkan minyak yang berlebihan pada muka apabila anda memiliki kulit yang berminyak. Berikut adalah tujuh produk toner muka untuk kulit berminyak pada tahun ini iaitu:

1. Etude House Wonder Pore Freshner

7 Produk Toner Muka Terbaik Untuk Kulit Berminyak 1

Etude House Wonder Pore Freshner ini mengandungi bahan anti pore-dex yang berfungsi untuk menghilangkan minyak dan kotoran jauh ke dalam pori-pori muka. Selain itu, ia juga sangat berkesan dalam mengawal minyak yang berlebihan pada muka. Penggunaan toner ini secara teratur dapat mengecilkan pori-pori pada kulit muka anda.

2. Fresh Rose Floral Toner

7 Produk Toner Muka Terbaik Untuk Kulit Berminyak 2

Produk ini memiliki aroma floral semulajadi yang dapat menenangkan fikiran anda. Selain itu, ia juga mengandungi rosewater yang dijadikan sebagai bahan asas untuk melembapkan kulit muka. Fresh Rose Floral Toner ini bukan hanya sesuai untuk kulit berminyak sahaja tetapi untuk semua jenis kulit.

3. The Face Shop Clean Face Mild Toner

7 Produk Toner Muka Terbaik Untuk Kulit Berminyak 3

The Face Shop Clean Face Mild Toner ini berfungsi untuk mengawal minyak yang berlebihan dan sebum pada kulit muka. Ianya sangat sesuai untuk anda yang mempunyai kulit berminyak. Selain itu, ia juga sangat sesuai untuk pemilik kulit berjerawat kerana mengandungi bahan tea tree extract untuk membasmi bakteria yang menyebabkan jerawat. Kulit muka akan menjadi lebih segar dan cerah apabila anda menggunakan toner ini secara teratur.

4. Kiehl’s Ultra Facial Oil-Free Toner

7 Produk Toner Muka Terbaik Untuk Kulit Berminyak 4

Terdapat bahan-bahan semulajadi di dalam toner ini yang berfungsi untuk menjaga kelembapan kulit dan menyeimbangkan pH kulit muka anda. Selain itu, ia mampu menyerap minyak yang berlebihan dan tidak mengandungi alkohol yang dapat membuatkan kulit muka menjadi kering. Produk ini juga tidak mengandungi perfume dan selamat digunakan untuk kulit yang sensitif.

5. Sebamed Clear Face Deep Cleansing Facial Toner

7 Produk Toner Muka Terbaik Untuk Kulit Berminyak 5

Toner ini mengandungi hamamelis extract yang berfungsi untuk mengecilkan pori-pori muka dan dapat meredakan iritasi yang disebabkan oleh jerawat. Ianya turut mengandungi panthenol untuk memulihkan luka yang disebabkan jerawat. Selain sesuai untuk kulit berjerawat, ia juga sangat sesuai untuk kulit yang berminyak.

6. Clarins Toning Lotion With Iris

7 Produk Toner Muka Terbaik Untuk Kulit Berminyak 6

Clarins Toning Lotion With Iris ini hadir dalam bentuk lotion yang dapat mengurangkan minyak yang berlebihan pada muka sehingga kulit muka anda kelihatan lebih bersih dan segar. Selain itu, ia juga bebas alkohol, tidak melekit dan selamat digunakan untuk kulit yang sensitif. Produk ini sangat sesuai untuk anda yang memiliki kulit berminyak.

7. Clean & Clear Essentials Oil Control Toner

7 Produk Toner Muka Terbaik Untuk Kulit Berminyak 7

Clean & Clear Essentials Oil Control Toner ini diperkaya dengan salicylic acid yang mampu mengatasi jerawat. Selain itu, ia dapat mengawal minyak yang berlebihan pada muka dan sangat sesuai untuk anda yang mempunyai kulit berjerawat. Toner ini akan membuatkan kulit muka anda menjadi lebih bersih dan segar sepanjang hari.

Baca Lagi: 5 Produk Exfoliating Toner Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...