Utama Muka 7 Produk Sunblock/Sunscreen Muka Terbaik Di Malaysia

7 Produk Sunblock/Sunscreen Muka Terbaik Di Malaysia

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 3 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Penggunaan produk sunblock atau sunscreen ini perlu dilakukan setiap hari untuk menjaga kulit agar sentiasa sihat dan cantik terutamanya bagi anda yang sering meluangkan masa di luar dan terdedah kepada sinaran matahari. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan kulit kelihatan lebih gelap, kedutan dan kanser kulit. Berikut adalah tujuh produk sunblock atau sunscreen muka terbaik di Malaysia pada tahun ini iaitu:

1. Biore UV Aqua Rich Watery Essence SPF 50

7 Produk Sunblock/Sunscreen Muka Terbaik Di Malaysia 1

Produk Biore UV Aqua Rich Watery Essence ini mampu melindungi kulit muka anda daripada sinaran cahaya matahari dengan perlindungan SPF 50. Selain itu, ia memiliki formula watery capsule yang dapat menjadikannya tahan terhadap peluh mahupun air. Produk ini juga mengandungi beauty essence yang boleh digunakan sebagai base makeup pada kulit muka.

2. Kiehl’s Ultra Light Daily Defense SPF 50

7 Produk Sunblock/Sunscreen Muka Terbaik Di Malaysia 2

Produk ini mempunyai tekstur yang ringan, bebas minyak dan mudah meresap ke dalam kulit sehingga tidak meninggalkan kesan melekit pada kulit muka anda. Selain itu, ia juga tidak mengandungi bahan pengawet, paraben dan sangat selamat untuk digunakan setiap hari. Dengan perlindungan SPF 50 dan PA ++++, ia dapat melindungi kulit muka daripada sinaran matahari dalam masa yang lama.

3. Loreal Paris UV Perfect Aqua Essence City Mist SPF 50

7 Produk Sunblock/Sunscreen Muka Terbaik Di Malaysia 3

Loreal Paris UV Perfect Aqua Essence City Mist SPF 50 ini hadir dalam bentuk spray. Dengan perlindungan SPF 50 dan PA ++++, ia dapat melindungi kulit daripada sinaran cahaya matahari. Selain itu, ia juga mengandungi bahan waterproof yang tidak mudah luntur selama 12 jam ketika melakukan aktiviti luaran dan sangat sesuai untuk anda yang memiliki kulit berminyak.

4. Eau Thermale Avene Mineral Lotion SPF 50

7 Produk Sunblock/Sunscreen Muka Terbaik Di Malaysia 4

Produk ini mempunyai tekstur krim yang sangat berkesan dalam melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB dengan perlindungan SPF 50. Selain itu, ia tidak mengandungi bahan chemical filter, bebas daripada pewangi, pengawet dan bahan-bahan lainnya yang dapat menyebabkan berlakunya iritasi pada kulit muka. Ianya memiliki formula water-resistant yang tidak mudah luntur apabila terkena peluh ataupun air. Sunblock ini juga mengandungi vitamin E dan anti-oksidan bagi melindungi kulit daripada radikal bebas.

5. Biore UV Perfect face Milk SPF 50

7 Produk Sunblock/Sunscreen Muka Terbaik Di Malaysia 5

Biore UV Perfect face Milk SPF 50 ini mempunyai tekstur yang ringan, cair dan dapat mengawal minyak yang berlebihan pada kulit muka anda. Sunblock ini boleh menjadi penyelesaian untuk anda yang memiliki kulit berminyak. Selain itu, ia juga mampu membuatkan makeup anda tahan dengan lebih lama pada kulit muka.

6. Sunplay Skin Aqua UV Moisturizer Milk SPF 50

7 Produk Sunblock/Sunscreen Muka Terbaik Di Malaysia 6

Sunscreen ini mampu memberikan perlindungan UV yang tinggi terhadap sinaran UVA dan UVB pada kulit. Selain itu, ia mengandungi hyaluronic acid, collagen dan pro vitamin B5 yang berfungsi untuk melembapkan kulit, membantu meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan garis-garis halus pada kulit muka anda. Produk ini juga mengandungi bahan waterproof yang tidak mudah luntur ketika digunakan pada siang hari.

7. Neutrogena Sheer Zinc Dry-Touch Sunscreen Broad Spectrum SPF 50

7 Produk Sunblock/Sunscreen Muka Terbaik Di Malaysia 7

Neutrogena Sheer Zinc Dry-Touch Sunscreen Broad Spectrum SPF 50 ini diperbuat daripada zinc oxide semulajadi. Selain itu, ia dapat memberikan perlindungan daripada kerosakan kulit yang disebabkan oleh sinaran UVA dan UVB dengan formula yang bebas minyak. Produk ini juga tidak melekit dan sangat tahan terhadap peluh dan air selama 80 minit. Sunscreen ini bebas bahan pewangi, pewarna, paraben dan bahan kimia yang berbahaya serta sangat sesuai digunakan untuk anda yang memiliki kulit sensitif ataupun bermasalah.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...