BeJelita
Penjagaan Kecantikan Untuk Semua

7 Produk Skincare Untuk Kulit Berjerawat

0 4,791

Penggunaan produk skincare sangat diperlukan bagi semua wanita sama ada mereka yang mempunyai kulit normal mahupun kulit berjerawat. Tetapi tentu sahaja ada sedikit perbezaan seperti menggunakan produk skincare yang bersesuaian dengan jenis kulit muka anda. Hal ini kerana dengan menggunakan produk skincare yang betul dapat membantu anda untuk mengawal pertumbuhan jerawat pada kulit muka. Berikut adalah tujuh produk skincare yang sangat berkesan untuk kulit berjerawat iaitu:

1. Cosrx Low pH Good Morning Gel Cleanser

Cosrx Low pH Good Morning Gel Cleanser ini mengandungi tea tree oil yang sangat berkesan dalam membersihkan muka daripada debu dan kotoran yang boleh menyebabkan pori-pori muka tersumbat. Selain itu, ia mempunyai formula yang ringan dengan membersihkan secara lembut pada kulit, menghilangkan sebum yang berlebihan, mengekalkan keseimbangan kulit dan memiliki pH yang rendah. Pencuci muka ini juga tidak akan membuatkan kulit muka anda menjadi lebih kering tetapi akan menjadikannya lebih kenyal dan lembap.

2. Neogen Bio-Peel Gauze Peeling Green Tea

Produk ini berbentuk exfoliating pad yang dapat menggabungkan chemical dan physical exfoliator. Ianya dapat menghilangkan sel-sel kulit mati dan membersihkan kulit muka dengan sangat efektif. Tambahan pula, ia diperkaya dengan bahan-bahan mineral dari teh hijau yang dapat membantu menyegarkan kulit walaupun menambah lembapan pada kulit muka anda. Ia juga tidak mengandungi bahan paraben dan sulfat.

3. Natural Pacific Fresh Herb Calendula Tincture

Natural Pacific Fresh Herb Calendula Tincture ialah toner yang dapat menyeimbangkan jumlah minyak dan air pada kulit jika anda menggunakannya secara rutin. Malah, ia mengandungi 90% calendula tincture yang dapat mempercepatkan penyembuhan jerawat pada muka. Dengan penggunaan yang berterusan, anda akan mendapatkan kulit muka yang lebih lembut dan berseri.

4. Benton Snail Bee High Content Lotion

Produk ini dirumus khas dengan bee venom dan willow bark extract yang boleh meningkatkan penghasilan kolagen pada kulit serta dapat melawan jerawat pada kulit muka. Bahkan juga, ia mengandungi niacinamide yang dapat membuatkan kulit kusam menjadi lebih cerah sempurna dan berseri. Ianya juga tidak mengandungi alkohol, sulfat dan paraben.

5. Hiruscar Anti Acne Serum

Hiruscar Anti Acne Serum ini mempunyai tekstur yang ringan, tidak melekit dan anti bakteria. Selain itu, ia dirumuskan dengan kompleks bahan aktif untuk mengetatkan pori-pori muka dan salicylic acid untuk menghilangkan sel-sel kulit mati pada permukaan kulit muka anda. Produk ini telah terbukti non-irritating, colorant free dan oil free. Ianya juga telah diuji non-comedogenic dan hypoallergenic.

6. Cnp Laboratory Mugener Ampule

Produk ini mengandungi ekstrak lendir siput yang sangat efektif dalam membantu mengurangkan kemerahan dan menenangkan kulit muka anda yang sensitif. Ianya kaya dengan glycosaminoglycans dan allatoin yang mampu menyembuhkan kulit yang bermasalah serta meningkatkan kadar regenerasi kulit bagi mengembalikan kulit kepada keadaan asalnya. Malah, ia dapat meningkatkan tahap penghidratan dalam kulit, membuatkan kulit lebih anjal dan menguatkan halangan semulajadi kulit terhadap faktor alam sekitar luaran.

7. Innisfree Tea Tree It’s Real Squeeze Sheet Mask

Innisfree Tea Tree It’s Real Squeeze Sheet Mask ini sangat sesuai untuk anda yang mempunyai masalah kulit berjerawat dan boleh dijadikan sebagai pilihan yang utama bagi penjagaan kulit anda. Hal ini kerana ia mengandungi tea tree yang mampu membuatkan kulit muka lebih bersih dan bebas jerawat. Tambahan pula, ia diperkaya dengan jeju green complex yang terdiri daripada teh hijau, tangerine, kaktus, daun camellia dan orkid yang sangat berkesan untuk membantu agar kulit kelihatan tetap sihat.

Langgan emel kami
Daftar dan dapatkan kandungan premium terus ke emel anda!
Anda boleh henti langgan bila-bila masa dan jangan risau kami bebas SPAM.