Utama Muka 7 Produk Serum Muka Untuk Kulit Berminyak

7 Produk Serum Muka Untuk Kulit Berminyak

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 3 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Serum muka merupakan salah satu produk kecantikan yang boleh membantu dalam mengawal kadar minyak pada muka dan menjaga kesihatan kulit. Selain itu, anda perlu memilih serum muka dengan bahan oil control supaya kulit anda tidak menjadi semakin berminyak.

Anda juga perlu menggunakan produk serum muka yang mempunyai tekstur lembut dan ringan seperti tekstur gel yang lebih mudah diserap oleh kulit dan tidak membuatkan kulit semakin berminyak dan melekit. Artikel ini akan mencadangkan tujuh produk serum muka untuk kulit berminyak pada tahun ini iaitu:

1. Benton Snail Bee High Content Essence

7 Produk Serum Muka Untuk Kulit Berminyak 1

Benton Snail Bee High Content Essence ini mempunyai tekstur gel yang jernih dan sangat mudah untuk meresap ke dalam kulit. Ianya mengandungi niacinamide, glycerin dan penapisan lendir siput yang dapat menghaluskan kulit dan membuatkan kulit muka anda lebih mulus. Selain itu, ia juga mengandungi bahan aloevera yang dapat melembapkan kulit anda dan menenangkan kulit muka yang meradang. Produk ini sangat sesuai untuk anda yang memiliki kulit sensitif kerana ia tidak mengandungi bahan pewarna dan pewangi.

2. Innisfree The Green Tea Seed Serum

7 Produk Serum Muka Untuk Kulit Berminyak 2

Serum muka ini mengandungi ekstrak green tea yang dapat memberikan kesan menenangkan pada kulit anda yang berminyak. Selain itu, ia memiliki tekstur yang mudah menyerap dan mampu memberikan kulit muka anda lebih lembap tanpa membuatkannya menjadi semakin berminyak. Produk ini selamat untuk digunakan kerana tidak akan menyebabkan timbulnya jerawat atau membuatkan kulit muka menjadi iritasi.

3. The Face Shop Jeju Volcanic Lava

7 Produk Serum Muka Untuk Kulit Berminyak 3

The Face Shop Jeju Volcanic Lava ini mengandungi jeju volcanic ash yang mampu menyerap minyak yang berlebihan sehingga muka anda tidak akan melekit dan berminyak. Selain itu, ia dapat membantu dalam mengecilkan pori-pori muka dan menjaga kelembapan pada kulit muka. Produk ini juga dapat membuatkan kulit muka anda lebih sihat, halus dan kenyal.

4. Fresh Rose Deep Hydration Face

7 Produk Serum Muka Untuk Kulit Berminyak 4

Produk Fresh Rose Deep Hydration Face ini mengandungi rose water dan rose flower oil yang dapat membantu melembapkan kulit. Serum muka ini akan memberikan khasiat pada kulit sehingga tekstur kulit muka anda menjadi lebih halus. Selain itu, ia dapat membuatkan kulit kelihatan lebih cerah dari hari demi hari. Produk ini juga sangat sesuai untuk semua jenis kulit.

5. Estee Lauder Advanced Night Repair Synchronized

7 Produk Serum Muka Untuk Kulit Berminyak 5

Serum muka ini dilengkapi dengan teknologi ChronoluxCB™ yang dapat mengurangkan dan memperbaiki tanda-tanda penuaan pada kulit muka seperti garis-garis halus, kedutan, kusam, kering serta warna kulit yang tidak sekata. Selain itu, produk ini juga sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif.

6. Laneige Fresh Calming Serum

7 Produk Serum Muka Untuk Kulit Berminyak 6

Produk ini memiliki tekstur gel yang berwarna jernih dan ringan serta tidak akan membuatkan kulit muka anda menjadi semakin berminyak dan berkilat. Selain itu, ia mengandungi deep sea water dan ekstrak buah laici asli yang dapat mengekalkan kelembapan semulajadi pada kulit muka anda. Produk ini juga sangat sesuai untuk pemilik kulit sensitif kerana ia telah lulus dalam ujian hypoallergenic.

7. Paula’s Choice Skin Balancing Super Antioxidant Concentrate Serum With Retinol

7 Produk Serum Muka Untuk Kulit Berminyak 7

Paula’s Choice Skin Balancing Super Antioxidant Concentrate Serum with Retinol ini mengandungi retinol yang berfungsi sebagai anti-aging. Selain itu, ia diperkaya dengan antioksidan yang mampu melindungi kulit muka anda daripada bahaya radikal bebas.

Dengan penggunaan serum ini, kulit muka anda akan kelihatan lebih matte kerana minyak pada kulit menjadi seimbang. Anda boleh menggunakannya sebagai pengganti makeup primer untuk hasil makeup yang lebih tahan lama. Serum ini juga sangat selamat untuk digunakan ke seluruh muka dan leher termasuk kawasan kulit yang lembut seperti kawasan kulit pada sekitar mata.

Baca Lagi: 6 Cara Menggunakan Serum Muka Dengan Betul

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...