BeJelita
Penjagaan Kecantikan Untuk Semua

7 Produk Pencuci Muka Terbaik Di Malaysia 2018/2019

0 1,182

Bagi anda yang ingin memiliki kulit cantik dan sihat, anda memerlukan rutin penjagaan kulit muka yang terbaik untuk kulit muka anda yang mana selalunya bermula dengan membasuh muka setiap hari. Hal ini kerana penggunaan pencuci muka yang tidak sesuai pada jenis kulit muka anda akan menyebabkan ketidakselesaan, jangkitan kuman, alergic dan lain-lain lagi. Berikut adalah 10 pilihan produk pencuci muka (First Cleanser) yang terbaik pada tahun ini iaitu:

1. Cetaphil Gentle Skin Cleanser

7 Produk Pencuci Muka Terbaik Di Malaysia 2018/2019 1

Produk ini sangat terkenal di kalangan wanita yang mempunyai kulit sensitif. Pencuci muka yang lembut dan bebas sabun ini menggunakan formula yang ringan dan melegakan kulit ketika ia dibersihkan. Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini sangat sesuai untuk menjaga kulit anda supaya kekal sihat.

2. Fresh Soy Face Cleanser

7 Produk Pencuci Muka Terbaik Di Malaysia 2018/2019 2

Produk ini boleh membersihkan kotoran mahupun sisa-sisa makeup pada kulit muka anda. Ia juga tidak akan menyebabkan pengelupasan kulit dan boleh menjaga kelembapan kulit muka anda. Produk ini adalah penyelesaian yang tepat untuk kulit kering dan kusam.

Selain itu, pemilik kulit muka yang sensitif juga boleh menggunakan pencuci ini. Ia mengandungi bahan seperti asid amino protein soya yang boleh menjadikan kulit anda lebih elastik dan sihat.

3. The Body Shop Aloe Foaming Facial Wash

7 Produk Pencuci Muka Terbaik Di Malaysia 2018/2019 3

Pencuci muka ini memiliki tekstur foam dan soap-free tetapi masih boleh menanggalkan kotoran, solekan dan debu setiap hari dengan lembut. Ia juga mengandungi Community Trade Aloe Vera daripada Guatemala yang mana boleh menenangkan dan memberikan kadar air pada kulit muka anda.

Bahkan juga, pencuci ini digabungkan dengan Community Trade Organic Babassu Oil dari Brazil yang non-greasy oil (minyak yang tidak melekit) yang mana boleh melembutkan kulit sehingga menghasilkan kulit yang lembap, tidak menyebabkan kekeringan dan memperbaiki kekenyalan pada kulit. Pencuci muka untuk kulit sensitif ini telah diuji secara dermatologi dan dibuktikan secara klinikal.

4. Kiehl’s Calendula Deep Cleansing Foaming Facial Wash

7 Produk Pencuci Muka Terbaik Di Malaysia 2018/2019 4

Kiehl’s Facial Wash ini mengandungi ekstrak bunga Calendula dan tumbuh-tumbuhan herbal yang mana berfungsi untuk membersihkan kulit secara sempurna. Ia juga mengandungi gliserin yang bermanfaat dalam mengembalikan kesegaran kulit dan menghilangkan lebihan minyak pada muka anda.

Selain itu, kelebihan daripada pencuci ini adalah ekstrak bunga Calendula yang memberikan kesan menyejukkan pada kulit. Rasai kesejukannya dan dapatkan kulit bersih yang sempurna dengan anda menggunakan produk ini.

5. Hada Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating Face Wash

7 Produk Pencuci Muka Terbaik Di Malaysia 2018/2019 5

Produk ini mengandungi Hyaluronic Acid yang mana berfungsi untuk memberikan kelembapan sehingga dua kali ganda kerana mengandungi sebanyak enam liter air. Ia juga mampu dalam menambahkan kelembapan pada muka anda bagi meningkatkan kembali tekstur kulit dan mengelakkan kekeringan agar kulit muka anda kekal lembut dan lembap.

6. Garnier Light Complete Super Foam

7 Produk Pencuci Muka Terbaik Di Malaysia 2018/2019 6

Pencuci ini mengandungi ekstrak Moringa, lemon dan vitamin CG yang sangat efektif dalam mengeluarkan kotoran daripada pori-pori muka seperti partikel karbon, debu, kotoran, asap kenderaan, sel-sel kulit mati dan lebihan minyak pada muka anda. Lebih-lebih lagi ia boleh membersihkan kulit muka sehingga ke dalam sepuluh lapisan kulit yang boleh menjadikan kulit lebih bersih dan cerah sekata.

7. Sebamed Clear Face Cleansing Bar

7 Produk Pencuci Muka Terbaik Di Malaysia 2018/2019 7

Salah satu pencuci muka terbaik yang berbentuk bar ialah Sebamed Clear Face Cleansing Bar. Formulanya 100% bebas sabun, tidak mengandungi soda dan alkali serta sangat sesuai untuk anda yang memiliki kulit sensitif. Selain boleh membersihkan kulit, ia juga mengandungi minyak gandum, vitamin dan asid amino yang berfungsi untuk memberikan khasiat kepada kulit dan menjaga nilai PH 5,5 sehingga menjadikan kulit anda kelihatan lebih bersih dan cerah.

Baca Lagi: 10 Pilihan Pencuci Muka Terbaik Di Watson 2018

Langgan emel kami
Daftar dan dapatkan kandungan premium terus ke emel anda!
Anda boleh henti langgan bila-bila masa dan jangan risau kami bebas SPAM.