BeJelita
Penjagaan Kecantikan Untuk Semua

7 Produk Micellar Water Terbaik Di Malaysia

0 1,298

Anda sudah tentu sukakan makeup dan ingin mencuba pelbagai skincare product yang baru dalam dunia kecantikan. Selepas menggunakan makeup, anda jangan sesekali lupa untuk menggunakan micellar water bagi membersihkan muka dengan betul dan bersih kerana ia mampu mencegah tumbuhnya jerawat pada kulit muka anda. Berikut adalah tujuh produk micellar water yang terbaik di Malaysia pada tahun ini iaitu:

1. Maybelline Micellar Water

Maybelline Micellar Water ini mempunyai formula yang berasaskan air yang dapat membersihkan kulit muka secara lembut. Selain itu, ia mampu menghilangkan sisa-sisa makeup, membersihkan muka, mengecilkan pori-pori dan melembapkan kulit muka anda. Produk ini juga tidak mengandungi minyak, alcohol dan fragrance serta selamat untuk digunakan bagi semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Ianya telah diuji secara dermatologically dan opthalmologically.

2. Guerlain Eau De Beaute Micellar Cleansing Water

Guerlain Eau De Beaute Micellar Cleansing Water ini diperkaya dengan nigella oil yang dapat membersihkan kulit dan melembapkan muka. Selain itu, ia juga mampu menghilangkan sisa-sisa makeup, debu dan kotoran yang melekat pada kulit muka anda. Dengan micellar water ini, anda akan mendapatkan kulit muka yang bersih, cantik dan lembap selepas penggunaannya.

3. Caudalie Micellar Cleansing Water

Produk ini mengandungi organic grape water, organic chamomile extract dan plant glycerin yang dapat melembapkan, melembutkan kulit, mengurangkan sensitiviti dan kemerahan serta menenangkan kulit muka. Tambahan pula, ia dapat membantu menghilangkan minyak, sisa makeup, kotoran dan membersihkan kulit tanpa mengeringkan kulit muka anda. Anda juga boleh menggunakannya setiap hari pada waktu pagi dan petang dengan pad kapas serta tidak perlu di bilas.

4. Garnier Pure Active Micellar Cleansing Water

Garnier Pure Active Micellar Cleansing Water ini mampu membersihkan kulit dan menghilangkan sisa-sisa makeup pada kulit muka. Selain itu, ia dapat menghilangkan kotoran dan mengawal minyak yang berlebihan pada muka anda. Produk ini sangat sesuai untuk kulit kombinasi dan berminyak. Ianya juga tidak mengandungi perfume dan alcohol serta telah diuji oleh pakar dermotologi sehingga selamat untuk digunakan setiap hari.

5. Nivea Pearl White MicellAIR Oxygen Boost

Produk ini dapat menghilangkan semua jenis makeup walaupun pada kawasan mata tanpa membuatkan kulit berasa melekit dan berminyak. Selain itu, ia mampu membersihkan secara mendalam sementara melembapkan dan menyegarkan kulit dengan pembersihan yang berkesan tetapi ringan serta tidak meninggalkan sisa kotoran pada kulit muka anda. Micellar water ini tidak mengandungi colourants, perfume, alcohol, parabens dan silicone serta sangat sesuai untuk kulit normal mahupun kombinasi.

6. Safi Micellar Water Rose

Safi Micellar Water Rose ini diformulasikan dengan 100% bahan aktif semulajadi ros yang dapat menanggalkan solekan dengan satu sapuan, mengecilkan pori-pori dan mengurangkan kulit muka daripada berkilat. Dengan menggunakan micellar water ini, anda akan mendapatkan kulit muka yang segar dan berseri. Produk ini juga telah diuji secara dermatologi dan tidak mengandungi SLES/SLS, alcohol, mineral oil, paraben, colorants dan propylene glycol.

7. Loreal Micellar Water 3-In-1 Refreshing

Produk ini dirumus khas dengan botanical extracts, rosemary extracts dan french rose extracts yang dapat menenangkan kulit, melembapkan muka, menyegarkan dan melembutkan kulit. Tambahan pula, ia mampu membersihkan kulit, menghilangkan sisa-sisa makeup, kotoran dan minyak tanpa mengeringkan kulit muka anda.

Langgan emel kami
Daftar dan dapatkan kandungan premium terus ke emel anda!
Anda boleh henti langgan bila-bila masa dan jangan risau kami bebas SPAM.