Utama Make Up 7 Produk CC Cream Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless

7 Produk CC Cream Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 4 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

CC Cream bukan sahaja berfungsi sebagai base makeup tetapi juga sebagai color correcting yang dapat membuatkan warna kulit anda menjadi sekata. Krim ini kaya dengan partikel yang mencerahkan untuk hasil yang lebih licin dan glowing. Artikel ini akan mencadangkan tujuh produk CC Cream terbaik untuk kulit yang lebih sempurna dan flawless sepanjang hari.

1. It Cosmetics Your Skin But Better CC+ Cream with SPF 50+

7 Produk CC Cream Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless 1

CC Cream ini mengandungi hydrolyzed collagen, peptides, niacin, hyaluronic acid, antioksidan dan vitamin yang mampu membuatkan kulit muka anda kelihatan lebih sempurna. Ianya dapat memberikan kelembapan pada kulit yang telah diuji secara klinikal.

Seterusnya, ia dapat menyamarkan ketidaksempurnaan pada muka dengan sempurna disebabkan memiliki coverage yang tinggi. Ia memiliki SPF 50+ yang dapat melindungi kulit anda daripada sinaran matahari yang berbahaya. Produk ini juga sangat sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya bagi anda yang memiliki kulit kering.

2. Clinique Moisture Surge CC Cream Hydrating Colour Corrector Broad Spectrum SPF 30

7 Produk CC Cream Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless 2

Clinique Moisture Surge CC Cream Hydrating Colour Corrector Broad Spectrum SPF 30 ini mengandungi pelembap yang bebas minyak dan sangat sesuai untuk kulit yang berminyak. Selain itu, ia dapat menyamarkan pelbagai masalah kulit seperti kemerahan, kusam dan warna kulit yang kelihatan pucat. Ianya memiliki SPF 30 yang dapat melindungi kulit anda daripada sinaran UV. Bagi pemilik kulit sensitif, anda boleh menggunakannya kerana formula yang ringan dan tidak mengandungi paraben, fragrance dan phthalates.

3. Bourjois 1,2,3 Perfect CC Cream

7 Produk CC Cream Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless 3

CC Cream ini diperkaya dengan camellia sinensis leaf extract yang dapat memberikan manfaat antioksidan dan membantu melawan kerosakan pada kulit. Ianya bebas minyak dan mampu menyamarkan ketidaksempurnaan pada kulit muka anda.

Malah, ia memiliki tiga pigmen warna iaitu oren, hijau dan putih yang dapat menyamarkan tanda-tanda kulit yang letih, kemerahan serta bintik hitam. Ia dilengkapi dengan SPF 15 yang dapat melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB. Produk ini juga sangat sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya bagi kulit berjerawat dan kombinasi.

4. Chanel CC Cream Super Active Complete Correction SPF 50

7 Produk CC Cream Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless 4

Chanel CC Cream Super Active Complete Correction SPF 50 ini mempunyai tekstur yang sangat ringan dan mengandungi murunga plum fruit extract dan hyaluronic acid yang kaya dengan antioksidan, melembapkan serta membantu melawan radikal bebas pada kulit. Ianya mampu menyamarkan bintik hitam, lingkaran hitam dan kemerahan pada kulit muka anda.

Tambahan pula, ia dapat mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti garis-garis halus dan kedutan pada muka selepas satu bulan penggunaan. Produk ini juga mengandungi SPF 50 yang dapat melindungi kulit daripada sinaran UV dan boleh digunakan untuk semua jenis kulit walaupun kulit sensitif.

5. Tony Moly Pure Aura CC Cream

7 Produk CC Cream Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless 5

CC Cream ini mengandungi sambucus nigra flower dan centella asiatica extract yang berfungsi sebagai anti-inflammatory pada kulit. Selain itu, ia mampu memberikan coverage yang sheer dan natural. Dilengkapi dengan SPF 30 dan PA++ yang dapat melindungi kulit muka anda daripada sinaran matahari yang berbahaya. Produk ini juga sangat sesuai untuk pemilik kulit yang cenderung kering.

6. Etude House CC Cream

7 Produk CC Cream Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless 6

Etude House CC Cream ini memiliki lapan formula skincare dan makeup dalam satu produk. Tambahan pula, ia dapat melembapkan, menyamarkan cacat cela dan melindungi kulit muka daripada kerosakan. Produk ini mengandungi SPF 30 dan PA++ yang dapat melindungi kulit muka anda daripada sinaran UVA dan UVB.

7. Olay Total Effects 7 in One Pore Minimizing CC Cream

7 Produk CC Cream Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless 7

CC Cream ini dirumus khas dengan vitaniacin complex yang mengandungi vitamin E, B5 dan B3. Ianya dapat menyamarkan pori-pori, melawan tujuh tanda-tanda penuaan dan membantu menghilangkan sel-sel kulit mati secara semulajadi. Selain itu, ia dilengkapi dengan SPF 15 yang dapat melindungi kulit muka anda daripada sinaran UV. Produk ini juga bebas minyak, tidak menyumbat pori-pori dan sangat sesuai untuk digunakan oleh semua jenis kulit.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

8 Produk Scrub Muka Untuk Kulit Berminyak

Kulit berminyak ialah keadaan yang mana kelenjar sebum menghasilkan terlalu banyak minyak pada kulit muka. Hasilnya, kulit kelihatan lebih berkilat dan berkilau. Sebenarnya minyak...

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...