Utama Make Up 7 Produk BB Cream Terbaik Untuk Setiap Jenis Kulit

7 Produk BB Cream Terbaik Untuk Setiap Jenis Kulit

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 4 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Beauty/blemish balms cream atau dikenali sebagai BB cream mempunyai tekstur yang lebih ringan daripada foundation dan tidak akan membuatkan kulit menjadi kering. Malah, ia mampu memberikan coverage yang baik dan akan menjadikan kulit muka kelihatan lebih natural sehinggakan sangat sesuai untuk digunakan setiap hari. Artikel ini akan mencadangkan tujuh produk BB cream terbaik untuk setiap jenis kulit pada tahun ini iaitu:

1. Smashbox Camera Ready BB Cream Broad Spectrum

7 Produk BB Cream Terbaik Untuk Setiap Jenis Kulit 1

Smashbox Camera Ready BB Cream Broad Spectrum ini diformulasikan dengan emollients, anti-ageing peptides dan optical pearl pigments yang dapat membuatkan kulit kelihatan lebih glowing, halus dan mampu mengekalkan kelembapan sambil mengawal kulit muka daripada berkilat.

Selain itu, ia mengandungi SPF 35 yang dapat melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB serta sangat sesuai untuk digunakan bagi kulit kombinasi dan berminyak. Bagi yang mempunyai kulit kering, anda perlu menggunakan pelembab terlebih dahulu. Produk ini hadir dengan enam pilihan warna iaitu fair, fair/light, light, light/medium, light/neutral dan medium/dark.

2. Dr.Jart+Dis A Pore Beauty Balm

7 Produk BB Cream Terbaik Untuk Setiap Jenis Kulit 2

BB cream ini diperkaya dengan ekstrak tanaman herba yang mampu mengurangkan sebum yang berlebihan dan membuatkan muka bebas minyak sepanjang hari. Selain itu, ia memiliki formula yang dapat menyamarkan pori-pori dan menutup kekurangan pada kulit muka anda.

Dengan SPF 30, ia dapat melindungi kulit dan menghalang daripada berlakunya penuaan yang disebabkan oleh sinaran matahari. Produk ini juga tidak mengandungi parabens, sulfates, phthalates dan sangat selamat untuk digunakan bagi semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

3. Innisfree Eco Natural Green Tea BB Cream

7 Produk BB Cream Terbaik Untuk Setiap Jenis Kulit 3

Innisfree Eco Natural Green Tea BB Cream ini berasal daripada Korea yang mengandungi 100% natural extracts yang dapat membuatkan kulit anda lebih sihat dan berseri. Selain itu, ia mempunyai green tea extracts yang mampu melembapkan dan mencerahkan kulit muka. Dengan menggunakan produk ini, anda akan mendapatkan kulit muka yang lebih halus, mulus dan glowing pada kulit normal yang cenderung kering.

4. The Body Shop Tea Tree Flawless BB Cream

7 Produk BB Cream Terbaik Untuk Setiap Jenis Kulit 4

Produk ini memiliki formula yang ringan dan teksturnya yang tidak melekit pada kulit. Selain itu, ia turut mengandungi tea tree oil yang berfungsi untuk mengurangkan keradangan jerawat, menyamarkan cela, tidak menyumbat pori-pori dan bebas kilat. The Body Shop Tea Tree Flawless BB Cream ini juga sangat sesuai untuk anda yang memiliki kulit berminyak dan berjerawat.

5. Rimmel BB Cream

7 Produk BB Cream Terbaik Untuk Setiap Jenis Kulit 5

Rimmel BB Cream ini mengandungi formula yang ringan, matte, selesa dan 100% natural finish. Selain itu, ia dapat menyamarkan pori-pori, warna kulit yang tidak sekata dan menghaluskan kulit. Ianya mampu membantu mencerahkan kulit dan melembapkan agar kulit muka anda kelihatan lebih halus dan flawless sepanjang hari. Dengan SPF 15, ia dapat melindungi kulit anda daripada sinaran matahari yang berbahaya. Produk ini didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu light, medium dan light/medium.

6. Silkygirl Magic BB Cream

7 Produk BB Cream Terbaik Untuk Setiap Jenis Kulit 6

BB cream ini mengandungi mineral powder, AHA natural daripada lima jenis ekstrak tumbuhan yang dapat mempercepatkan pembaharuan sel-sel kulit mati pada muka. Selain itu, ia mempunyai sodium hyaluronate dan vitamin E derivatives yang mampu melembapkan kulit muka anda agar lebih berseri dengan sempurna. Dengan dilengkapi SPF 30, ia dapat melindungi kulit anda daripada sinaran matahari yang berbahaya. Produk ini juga bebas minyak, pewangi dan tidak menimbulkan blackheads pada kulit muka.

7. Maybelline Clear Smooth BB Cream

7 Produk BB Cream Terbaik Untuk Setiap Jenis Kulit 7

Produk ini dapat membuatkan muka anda lebih berseri dan bebas kilat. Selain itu, ia dapat mencerahkan kulit, menghaluskan, melembapkan dan membuatkan warna kulit lebih sekata. Ianya mengandungi SPF 26 dan PA+++ yang dapat melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB. BB cream ini sangat sesuai untuk digunakan bagi semua jenis kulit. Dengan menggunakan produk ini, anda akan mendapatkan kulit muka yang lebih halus, cerah dan bebas minyak. Produk ini juga hadir dengan dua pilihan warna iaitu fresh dan natural.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

8 Produk Scrub Muka Untuk Kulit Berminyak

Kulit berminyak ialah keadaan yang mana kelenjar sebum menghasilkan terlalu banyak minyak pada kulit muka. Hasilnya, kulit kelihatan lebih berkilat dan berkilau. Sebenarnya minyak...

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...