Utama Make Up 7 Pilihan Primer Makeup Terbaik 2018/2019

7 Pilihan Primer Makeup Terbaik 2018/2019

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 3 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Penggunaan makeup adalah perkara rutin yang perlu anda lakukan setiap hari. Makeup juga boleh membantu agar penampilan anda kelihatan lebih segar dan dapat menutupi kekurangan pada kulit muka. Setiap orang mempunyai keadaan kulit yang berbeza-beza. Perkara ini banyak dipengaruhi oleh gaya hidup, faktor genetik dan tempat tinggal anda.

Keadaan kulit yang berbeza ini boleh menyebabkan penggunaan makeup anda kurang sempurna. Salah satu caranya adalah dengan menggunakan primer atau base makeup. Primer atau base makeup merupakan langkah paling awal sebelum anda menggunakan makeup. Artikel ini mencadangkan tujuh pilihan produk primer makeup terbaik pada tahun ini.

1. e.l.f. Studio Blemish Control Primer

7 Pilihan Primer Makeup Terbaik 2018/2019 1

Jika anda lihat daripada packaging produk ini kelihatan berwarna hijau tetapi sebenarnya ia berwarna putih. Ia juga sangat sesuai untuk anda yang memiliki kulit berjerawat. Hal ini kerana ia mengandungi salicylic acid sebanyak 2% dan tea tree extract. Selain itu, produk ini juga sentiasa menjaga kelembapan kulit muka anda kerana terdapat vitamin E di dalamnya.

2. Monistat Complete Care Chafing Relief Powder Gel

7 Pilihan Primer Makeup Terbaik 2018/2019 2

Pada mulanya Monistat Complete Care Chafing Relief Powder Gel adalah produk rawatan yang bertujuan untuk membantu mengurangkan masalah kulit yang selalunya mengalami geseran seperti kawasan lipatan dan mengelakkan berlakunya iritasi pada kulit. Walau bagaimanapun, produk ini ternyata juga sangat baik sebagai primer atau base makeup anda. Di samping itu, primer ini mempunyai bahan silikon sebanyak 1.2% yang boleh memberikan kesan licin dan halus ketika digunakan. Ia juga sangat sesuai bagi kulit sensitif kerana tidak akan mengandungi bahan yang boleh menimbulkan alahan pada kulit muka anda.

3. Smashbox Photo Finish Primer Water

7 Pilihan Primer Makeup Terbaik 2018/2019 3

Sekiranya anda menginginkan cara yang senang dalam menggunakan primer, Smashbox Photo Finish Primer Water ini boleh menjadi pilihan terbaik anda. Ia juga berfungsi untuk melembapkan kulit yang kering dan fresh sebelum menggunakan makeup. Hanya satu semburan sahaja anda sudah boleh merasai hasilnya. Anda juga boleh menyimpan primer ini di dalam peti sejuk untuk sensasi yang lebih segar.

4. Benefit The POREfessional Face Primer

7 Pilihan Primer Makeup Terbaik 2018/2019 4

Primer ini akan memberikan hasil yang matte pada kulit muka anda. Anda juga boleh menggunakan produk ini sebagai primer atau touch up pada kawasan kulit muka yang berminyak selepas beberapa jam penggunaan. Selain itu, ia juga boleh memudarkan pori-pori besar dan garis halus pada muka dengan baik jika anda menggunakannya.

5. NYX Professional Makeup Shine Killer

7 Pilihan Primer Makeup Terbaik 2018/2019 5

Bagi anda yang menggemari brand daripada NYX ini, ia mempunyai banyak jenis primer yang boleh menjadi pilihan terbaik anda. Anda juga boleh menggunakan dengan atau tanpa foundation jika anda hanya menginginkan kesan anti-kilap. Formulanya sangat efektif dalam menyerap minyak yang berlebihan dan memberikan kesan flawless matte pada makeup anda. Produk ini juga sangat sesuai untuk anda yang memiliki kulit berminyak.

6. Too Faced Primed & Poreless Primer

7 Pilihan Primer Makeup Terbaik 2018/2019 6

Produk ini mengandungi vitamin A dan C, ekstrak buah mulberry, retinol, menyahtoksik kulit, memudarkan bintik-bintik hitam dan pori-pori pada kulit muka anda. Dengan formula 100% bebas minyak, primer ini sangat ideal untuk pemilik kulit kombinasi dan dapat mengatasi masalah pigmentasi pada kulit muka anda.

7. Urban Decay Pore Perfecting Complexion Primer Potion

7 Pilihan Primer Makeup Terbaik 2018/2019 7

Produk ini berasaskan bahan silikon yang mana tidak mengandungi paraben dan vegan. Ia juga mengandungi olive oil untuk memberikan khasiat pada muka anda dan memiliki tekstur krim yang sangat ringan dan silky sehingga lebih sesuai digunakan oleh pemilik kulit berminyak. Selain itu, hasil akhir yang ditawarkan produk ini adalah soft-matte seperti hasil airbrush dan kulit muka anda yang berminyak akan kelihatan lebih kering serta segar.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...