Utama Make Up 7 Pilihan Bedak Tabur Terbaik Untuk Kulit Kering

7 Pilihan Bedak Tabur Terbaik Untuk Kulit Kering

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 3 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Bedak tabur bukan hanya sesuai untuk kulit berminyak atau berjerawat sahaja tetapi ia juga sangat sesuai untuk anda yang memiliki kulit kering. Tambahan pula, bahan formula pada bedak tabur untuk kulit berminyak atau berjerawat adalah berbeza daripada bedak tabur untuk kulit kering. Ianya boleh menjadi penyelesaian bagi anda yang tidak suka menggunakan bedak padat atau compact powder. Berikut adalah sepuluh pilihan bedak tabur yang berkualiti untuk kulit kering pada tahun ini iaitu:

1. Shiseido Translucent Loose Powder

7 Pilihan Bedak Tabur Terbaik Untuk Kulit Kering 1

Kulit muka akan kelihatan lebih halus dan mulus sekiranya anda menggunakan Shiseido Translucent Loose Powder. Selain itu, ia juga boleh menyamarkan pori-pori muka dan melembapkan kulit muka. Tekstur kulit yang kering dan kasar dapat menjadi lebih lembut selepas anda menggunakan bedak ini.

2. Holika Holika Naked Face Foundation Powder

7 Pilihan Bedak Tabur Terbaik Untuk Kulit Kering 2

Produk Holika Holika Naked Face Foundation Powder ini mengandungi foundation sehinggakan anda tidak perlu lagi menggunakan foundation sebelum bedak. Selain itu, ia mampu menjaga kelembapan kulit sepanjang hari dan sangat sesuai untuk anda yang memiliki kulit kering. Produk ini juga tahan lama pada muka dan akan membuatkan solekan anda kelihatan lebih sempurna.

3. Laura Mercier Loose Setting Powder

7 Pilihan Bedak Tabur Terbaik Untuk Kulit Kering 3

Laura Mercier Loose Setting Powder ini memiliki tekstur yang ringan dan mudah untuk di blend pada muka. Selain itu, ia dapat menutup bintik hitam pada muka dengan baik dan menyerap minyak yang berlebihan tanpa membuatkan kulit muka menjadi kering. Produk ini juga dapat membuatkan makeup anda tahan dengan lebih lama selama 6 jam.

4. Nars Soft Velvet Loose Powder

7 Pilihan Bedak Tabur Terbaik Untuk Kulit Kering 4

Bedak tabur ini memberikan kesan yang segar, lembut dan selesa pada kulit muka anda. Kulit muka tidak akan bertambah kering ketika anda menggunakan bedak ini. Tambahan pula, ia diperkaya dengan vitamin A, C dan E yang berfungsi sebagai antioksidan untuk melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Produk ini juga boleh menutup pelbagai kekurangan yang ada pada kulit muka anda. Terdapat lapan pilihan warna yang boleh disesuaikan dengan warna kulit anda iaitu snow, flesh, desert, eden, beach, mountain, heat dan valley.

5. Smashbox HALO Hydrating Perfecting Powder

7 Pilihan Bedak Tabur Terbaik Untuk Kulit Kering 5

Smashbox HALO Hydrating Perfecting Powder ini membantu melembapkan kulit yang kering untuk mencegah daripada munculnya tanda-tanda penuaan pada kulit muka. Produk ini diformulasikan daripada emas tulen, 48 mineral, 11 asid amino dan peptida yang berfungsi sebagai anti-penuaan.

Selain itu, ia juga akan membuatkan kulit muka anda kelihatan lebih glowing secara semulajadi tanpa cakey. Produk ini hadir dengan enam pilihan warna iaitu fair, fair/light, light, light/medium, medium dan medium/dark.

6. RCMA The Original No Color Loose Powder

7 Pilihan Bedak Tabur Terbaik Untuk Kulit Kering 6

Produk ini merupakan bedak tabur yang tidak mengandungi pewarna untuk kulit kering. Selain itu, ia akan membuatkan kulit muka anda kelihatan lebih segar dan glowing tanpa mengubah warna kulit anda.

Bedak ini sangat sesuai bagi pemilik kulit kering yang berwarna cerah. Anda perlu mengaplikasikan foundation terlebih dahulu sebelum menggunakan bedak ini untuk mengunci foundation tanpa membuatkan kulit muka menjadi kering.

7. e.l.f Studio High Definition Powder Translucent

7 Pilihan Bedak Tabur Terbaik Untuk Kulit Kering 7

Produk e.l.f Studio High Definition Powder Translucent ini hadir dalam bentuk jar, mempunyai puff yang sangat lembut, tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal tetapi jika anda ingin menggunakan berus juga disarankan. Selain itu, ia memiliki tekstur yang sangat halus dan lembut yang mana boleh membuatkan kulit muka anda menjadi lebih flawless dan glowing.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

8 Produk Scrub Muka Untuk Kulit Berminyak

Kulit berminyak ialah keadaan yang mana kelenjar sebum menghasilkan terlalu banyak minyak pada kulit muka. Hasilnya, kulit kelihatan lebih berkilat dan berkilau. Sebenarnya minyak...

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...