Utama Badan 7 Penyebab Perut Buncit Yang Anda Perlu Tahu

7 Penyebab Perut Buncit Yang Anda Perlu Tahu

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 3 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Perut buncit bukan sahaja dapat mengurangkan keyakinan diri seseorang tetapi ia juga sangat berbahaya terhadap kesihatan. Hal ini kerana terdapatnya pengumpulan lemak pada bahagian perut. Sebenarnya terdapat banyak sekali punca perut buncit. Perkara tersebut biasanya dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja. Artikel ini akan mencadangkan tujuh sebab perut buncit yang anda perlu tahu dan cuba untuk tidak melakukannya lagi.

Punca Perut Buncit

1. Pengambilan Gula Yang Terlalu Banyak

7 Penyebab Perut Buncit Yang Anda Perlu Tahu 1

Pengambilan gula dalam jumlah yang banyak bagi makanan dan minuman manis dapat menyebabkan perut buncit. Selain itu, bagi anda yang selalu mengambil gula dalam jumlah yang banyak juga sering dikaitkan dengan penyakit serius seperti diabetes, jantung, kanser dan obesiti.

2. Stres Yang Berlebihan

7 Penyebab Perut Buncit Yang Anda Perlu Tahu 2

Stres yang berlebihan tidak baik untuk kesihatan badan. Apabila anda sedang stres tubuh badan akan lebih banyak menghasilkan cortisol. Menurut penyelidikan, seseorang yang mempunyai tahap cortisol lebih tinggi akan cenderung memiliki saiz pinggang yang lebih besar. Selain itu, kebanyakan wanita yang mengalami stres akan makan dengan lebih banyak daripada biasa. Hal ini juga boleh menjadi salah satu penyebab kepada perut buncit.

3. Kurang Minum Air Kosong

7 Penyebab Perut Buncit Yang Anda Perlu Tahu 3

Adakah anda tahu bahawa rasa lapar bukan kerana kurang makan? Perut akan salah dalam menafsirkan rasa dahaga sebagai rasa lapar apabila keadaan badan anda kurang air. Badan yang mengalami dehidrasi akan menghantar isyarat yang mengelirukan dan bahagian ini biasanya dipanggil hypothalamus.

Hal ini akan menyebabkan rasa lapar sehingga anda akan mencari makanan ringan untuk mengunyah padahal anda hanya perlukan segelas air sahaja. Namun, meminum air kosong secara berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan kerana akan mengganggu organ badan anda terutamanya pada bahagian buah pinggang. Oleh itu, minumlah air kosong secukupnya sahaja.

4. Jadual Makanan Yang Tidak Teratur

7 Penyebab Perut Buncit Yang Anda Perlu Tahu 4

Jadual makan yang teruk adalah salah satu faktor yang menyebabkan perut buncit. Selain itu, ia dapat menyebakan rasa lapar yang berlebihan dan tidak terkawal sehingga anda makan dalam jumlah hidangan yang banyak. Perut anda akan menjadi buncit dan berat badan bertambah sekiranya perkara ini anda lakukan secara berterusan.

5. Jarang Melakukan Aktiviti Senaman

7 Penyebab Perut Buncit Yang Anda Perlu Tahu 5

Jarang melakukan aktiviti senaman adalah salah satu faktor utama yang menyebabkan perut buncit. Bersenam adalah sangat penting dan boleh membuatkan badan menjadi lebih kuat dan sihat. Selain itu, ia juga dapat membantu menghilangkan lemak yang terdapat pada bahagian badan anda.

6. Kurang Tidur

7 Penyebab Perut Buncit Yang Anda Perlu Tahu 6

Badan anda akan menghasilkan hormon leptin iaitu hormon yang mengawal rasa dahaga dan lapar pada waktu tidur. Apabila anda kurang tidur akan mengganggu penghasilan hormon leptin yang pada akhirnya akan membuatkan hormon tersebut menyimpan lebih banyak lemak pada perut.

Menurut penyelidikan, seseorang yang kurang tidur boleh menyebabkan proses pembakaran lemak pada perut menjadi perlahan. Selain itu, orang yang kurang tidur juga akan lebih cenderung menambahkan pengambilan makanan sebanyak 500 kalori pada keesokan harinya.

7. Kehadiran Bakteria Di Dalam Usus

7 Penyebab Perut Buncit Yang Anda Perlu Tahu 7

Menjaga kesihatan usus adalah sangat penting untuk mengekalkan sistem imunisasi yang sihat agar dapat mengelak daripada penyakit. Hal ini kerana terdapat banyak jenis bakteria yang hidup dalam usus anda terutamanya pada usus besar.

Menurut penyelidikan, orang gemuk cenderung mempunyai jumlah bakteria firmicutes yang lebih banyak pada usus daripada orang yang mempunyai berat badan normal. Selain itu, ia juga menunjukkan bahawa jenis bakteria tersebut dapat meningkatkan jumlah kalori yang diserap daripada makanan sehingga mampu menaikkan berat badan termasuklah lemak pada perut.

Baca Lagi: 12 Cara Mengecilkan Perut Buncit Dengan Cepat Dan Efektif

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...