BeJelita
Penjagaan Kecantikan Untuk Semua

7 Cara Menghilangkan Kelemumur Secara Semulajadi

0 1,842

Kelemumur dan rambut gugur adalah masalah yang sangat banyak dialami oleh wanita mahupun lelaki. Munculnya kelemumur dan rambut gugur akan menyebabkan penampilan diri anda terganggu. Oleh itu, sangat penting untuk anda mengetahui cara-cara untuk menghilangkan kelemumur dan rambut yang gugur.

Dengan munculnya kelemumur dan rambut gugur merupakan petanda bahawa kulit kepala anda dalam keadaan yang tidak sihat. Kelemumur menimbulkan rasa gatal di kepala sehingga anda kerap kali menggaru untuk mengurangkan rasa gatal tersebut.

Menggaru kulit kepala boleh melemahkan akar rambut sehingga rambut menjadi gugur. Apabila pembentukan kelemumur berlaku folikel rambut akan tertutup yang mana boleh merencatkan pertumbuhan rambut. Berikut adalah tujuh cara menghilangkan kelemumur secara semulajadi.

Penyebab Kelemumur

Terdapat beberapa sebab munculnya kelemumur iaitu:

  1. Adanya kulat yang tumbuh di kulit kepala.
  2. Jarang membersihkan rambut.
  3. Penggunaan produk styling rambut yang berlebihan.
  4. Cuaca yang sejuk dan kering.
  5. Kulit kepala yang sangat berminyak.

Selain sebab-sebab di atas, terdapat juga beberapa sebab rambut gugur iaitu:

  1. Munculnya kelemumur.
  2. Faktor hormon.
  3. Demam yang terlalu panas.
  4. Gangguan sistem imunisasi badan.

Cara Untuk Menghilangkan Kelemumur

1. Lemon

7 Cara Menghilangkan Kelemumur Secara Semulajadi 1

Lemon ini mengandungi bahan asid yang mana dapat membantu untuk menghilangkan kelemumur. Cara-caranya adalah cukup mudah iaitu sediakan dua sudu makan air lemon, satu sudu teh dan satu cawan air.

Aplikasikan dua sudu makan air lemon ke kulit kepala sambil diurut-urut. Kemudian biarkan dalam lebih kurang satu minit. Setelah itu, campurkan satu sudu teh jus lemon dengan air. Lalu basuhlah rambut anda dengan air campuran jus lemon tersebut.

2. Garam

7 Cara Menghilangkan Kelemumur Secara Semulajadi 2

Kebiasaannya garam digunakan sebagai perasa pada makanan dan ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur pada rambut anda.

Cara-cara penggunaannya adalah sediakan tiga sudu makan garam atau secukupnya, kemudian urut lembut ke kulit kepala anda yang setengah basah sambil diurut-urut. Lakukan selama lebih kurang tiga minit. Seterusnya basuh rambut anda atau syampu seperti biasanya.

3. Minyak kelapa

7 Cara Menghilangkan Kelemumur Secara Semulajadi 3

Minyak kelapa berguna untuk menghilangkan dan juga menghapuskan kelemumur yang degil. Cara-caranya adalah cukup mudah iaitu dengan menggunakan minyak kelapa sebagai minyak urut kulit kepala sebelum anda tidur.

Balut kepala anda dengan tuala yang telah direndamkan dengan air suam selama beberapa saat sehingga minyak kelapa benar-benar boleh meresap ke kulit kepala anda. Seterusnya basuhlah rambut anda sehingga bersih.

4. Baking soda

7 Cara Menghilangkan Kelemumur Secara Semulajadi 4

Baking soda boleh anda gunakan untuk menghilangkan kelemumur. Cara-caranya adalah rambut anda perlu dalam keadaan basah, kemudian gosokkan baking soda ke kulit kepala anda. Biarkan beberapa saat, kemudian basuh sehingga bersih tanpa menggunakan syampu.

5. Makanan yang sihat

7 Cara Menghilangkan Kelemumur Secara Semulajadi 5

Sememangnya tidak pelik jika makanan yang sihat akan menyihatkan rambut dan juga seluruh badan anda. Makanan yang baik untuk menghilangkan kelemumur dan mengatasi masalah rambut gugur adalah sayuran hijau yang baik untuk kesihatan rambut dan juga kulit.

Pengambilan minyak ikan akan membantu untuk mengurangkan kelemumur dan mencegahnya daripada muncul kembali. Selain itu, makanan yang mengandungi protein dapat mengurangkan jumlah kelemumur dan mengatasi masalah rambut gugur.

6. Lidah buaya

7 Cara Menghilangkan Kelemumur Secara Semulajadi 6

Lidah buaya ini bermanfaat untuk menghilangkan kelemumur pada rambut anda. Cara-cara menggunakannya adalah sediakan gel lidah buaya lalu usapkan ke kulit kepala anda secara menyeluruh sebelum anda syampu rambut lebih kurang 15 minit. Kemudian basuh rambut anda seperti biasa.

7. Jeruk nipis

7 Cara Menghilangkan Kelemumur Secara Semulajadi 7

Jeruk nipis ini juga dapat digunakan untuk menghilangkan kelemumur. Cara-caranya adalah sediakan jeruk nipis secukupnya, lalu usapkan saja pada kulit kepala anda. Lakukan sambil diurut-urut sehingga air jeruk nipis tadi benar-benar meresap di kulit kepala anda. Kemudian biarkan dalam beberapa saat dan basuh sehingga bersih.

Langgan emel kami
Daftar dan dapatkan kandungan premium terus ke emel anda!
Anda boleh henti langgan bila-bila masa dan jangan risau kami bebas SPAM.