Utama Muka 7 Cara Menghilangkan Blackhead Pada Kulit Muka

7 Cara Menghilangkan Blackhead Pada Kulit Muka

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 4 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Sebelum anda mengatasi masalah blackhead ini, anda haruslah mengetahui apa itu blackhead dan penyebab terjadinya blackhead pada kulit muka.

Apa Itu Blackhead?

7 Cara Menghilangkan Blackhead Pada Kulit Muka 1

Blackhead adalah sebum yang tersumbat pada pori-pori kemudian bercampur dengan bakteria dan sel-sel kulit mati. Hal ini kerana blackhead berada di lapisan atas permukaan kulit dan ketika terkena udara akan berlakunya proses oksidasi yang menyebabkan warnanya menjadi hitam.

Sebaceous filaments pula adalah tempat saluran sebum yang mengeluarkan kelenjar minyak semulajadi pada kulit muka. Sesetengah orang yang mengalami kulit berminyak kadang-kadang akan kelihatan muncul di kawasan yang sama seperti mana blackhead iaitu di kawasan hidung, dagu, pipi dan dahi pada muka.

Selain itu, sebaceous filaments akan selalu berada di kawasan dalam kulit anda yang bentuknya seperti rambut yang nipis dan sesetengah orang pula muncul berupa bentuk seperti bintik. Inilah perbezaan yang ketara sekali yang mana kalau blackhead bentuknya seperti bintik-bintik hitam disebabkan pengumpulan kelenjar minyak yang berlebihan.

Sebaceous filament lebih kepada hasil semulajadi ke atas kulit wajah yang mana bentuknya lebih kepada warna kulit dan coklat. Tambahan pula, sebaceous filament tidak dapat dihilangkan dan berbeza dengan blackhead yang boleh dihilangkan dengan rutin penjagaan kulit yang teratur.

Cara Menghilangkan Bintik Hitam

1. Double cleansing

7 Cara Menghilangkan Blackhead Pada Kulit Muka 2

Pastikan selalu membersihkan kulit muka setelah seharian menggunakan makeup kerana debu, kotaran, sisa-sisa makeup dan minyak yang berlebihan boleh menyebabkan pori-pori anda tersumbat.

Seterusnya, masalah seperti blackhead, whitehead dan pengumpulan sel-sel kulit mati boleh diatasi dengan proses pembersihan yang sempurna iaitu double cleansing.

2. Menggunakan produk yang mengandungi salicylic acid (BHA)

7 Cara Menghilangkan Blackhead Pada Kulit Muka 3

Salicylic acid berfungsi untuk membersihkan kotoran daripada pori-pori selain boleh larut dalam minyak semasa mengaplikasikannya ke kulit muka. Hal ini kerana ia boleh masuk ke dalam pori-pori anda sekaligus boleh menghilangkan kotoran serta minyak yang berlebihan di kawasan kulit muka.

Produk cleanser yang mengandungi salicylic acid boleh digunakan tetapi lebih baik sekiranya menggunakan toner yang mengandungi bahan itu kerana ia boleh melekat pada kulit muka anda dengan lebih lama berbanding dengan produk cleanser. Produk yang disarankan iaitu Cosrx One Simple Pimple Clear Pad.

3. Menghilangkan sel-sel kulit mati

7 Cara Menghilangkan Blackhead Pada Kulit Muka 4

Pastikan setiap minggu anda menggunakan produk exfoliating misalnya dalam penggunaan produk skrub pada kulit muka secara rutin.

Hal ini kerana blackhead terbentuk apabila sebum berlebihan dan pengumpulan sel-sel kulit mati pada muka. Jadi, masalah ini dapat diatasi dengan mengeksfoliasi kulit muka anda setiap minggu secara rutin.

4. Menggunakan masker yang mengandungi clay atau lumpur semulajadi.

7 Cara Menghilangkan Blackhead Pada Kulit Muka 5

Produk clay mask ini sememangnya khas ditujukan kepada pemilik kulit berminyak yang berfungsi untuk menyerap lebihan minyak daripada pori-pori dengan sangat efektif dan mampu membersihkan pori-pori pada permukaan kulit muka anda.

Produk yang disarankan iaitu The Body Shop Himalayan Charcoal Purifying Glow Mask dan Goodal Black Charcoal Mask Sparkling Clear.

5. Meskipun kulit berminyak tetap harus menggunakan moisturizer

7 Cara Menghilangkan Blackhead Pada Kulit Muka 6

Sesetengah orang berfikir yang kulit berminyak tidak perlu menggunakan moisturizer kerana akan membuatkan kulit mereka lebih berminyak namun perkara ini adalah salah sama sekali.

Jika kulit anda kurang kelembapan boleh menyebabkan muka menghasilkan lebih banyak minyak dan akan mendatangkan masalah seperti blackhead. Produk yang disarankan iaitu Kanebo Fresh Day Cream SPF 15 dan Goodal Waterest Water Cream.

6. Menggunakan cleansing brush

7 Cara Menghilangkan Blackhead Pada Kulit Muka 7

Walaupun secara rutin telah melakukan penjagaan kulit seperti yang disebutkan diatas tetapi masih terdapat lagi beberapa blackhead yang muncul, hal ini boleh diselesaikan dengan menggunakan cleansing brush.

Jangan menggunakan cleansing brush setiap hari memadai dengan melakukan sekali seminggu sahaja kerana ia boleh menyebabkan iritasi pada kulit. Produk yang disarankan iaitu Clarisonic dan berus gigi yang lembut.

7. Pergilah ke doktor kulit atau skin clinic

7 Cara Menghilangkan Blackhead Pada Kulit Muka 8

Jika terdapat blackhead yang teruk dan agak susah untuk dihilangkan meskipun telah mengaplikasikan tips yang telah disebutkan seperti diatas lalu anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor kulit bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Hal ini kerana mereka lebih arif dan mempunyai teknik-teknik yang tertentu untuk merawatnya. Jangan anda melakukannya sendiri di rumah kerana dikhuatiri akan menjadi lebih teruk lagi.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

8 Produk Scrub Muka Untuk Kulit Berminyak

Kulit berminyak ialah keadaan yang mana kelenjar sebum menghasilkan terlalu banyak minyak pada kulit muka. Hasilnya, kulit kelihatan lebih berkilat dan berkilau. Sebenarnya minyak...

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...