Utama Muka 7 Cara Menghilangkan Bekas Jerawat Yang Hitam Dengan Mudah Dan Cepat

7 Cara Menghilangkan Bekas Jerawat Yang Hitam Dengan Mudah Dan Cepat

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 3 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Jerawat sering muncul pada bahagian kulit anda yang kerap berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Anda mungkin pernah mengalami masalah jerawat yang teruk disebabkan oleh jangkitan kuman seperti penyakit, alergik dan salah dalam melakukan penjagaan kulit muka. Oleh itu, jerawat yang teruk perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya parut yang berkekalan pada muka anda.

Petua Menghilangkan Bekas Jerawat Yang Hitam

1. Lemon

7 Cara Menghilangkan Bekas Jerawat Yang Hitam Dengan Mudah Dan Cepat 1

Lemon mengandungi alpha hydroxy acid (AHA) yang mampu untuk menghilangkan bekas jerawat ataupun parut jerawat. Selain itu, ia berfungsi untuk mempercepatkan proses penyembuhan dan pemulihan kulit. Caranya adalah dengan memotong buah lemon menjadi dua bahagian dan perah. Kemudian, sapukan air lemon pada bekas jerawat dan biarkan sehingga kering. Selepas itu, basuh muka anda dengan menggunakan air bersih. Lakukan rawatan ini setiap dua atau tiga hari sekali.

2. Tomato

7 Cara Menghilangkan Bekas Jerawat Yang Hitam Dengan Mudah Dan Cepat 2

Tomato mengandungi vitamin A dan C yang sangat baik untuk kulit muka anda. Ianya mampu untuk menegangkan kulit dan juga boleh menghilangkan bekas jerawat dengan cepat. Sediakan tomato dan hiris secara nipis-nipis. Kemudian, sapukan pada kawasan bekas jerawat dan biarkan selama lebih kurang 10-15 minit.

3. Lidah Buaya

7 Cara Menghilangkan Bekas Jerawat Yang Hitam Dengan Mudah Dan Cepat 3

Selain banyak digunakan sebagai bahan penjagaan rambut, lidah buaya ataupun aloevera ini juga sangat bermanfaat untuk menyihatkan kulit. Ia mengandungi bahan aloesin yang berfungsi untuk menghalang pembentukan melanin yang menyebabkan kulit menjadi gelap.

Caranya adalah dengan mengambil daun lidah buaya dan potong menjadi beberapa bahagian lalu kupas kulitnya. Kemudian, keluarkan dan ambil gel lidah buaya serta haluskan terlebih dahulu. Seterusnya, sapukan pada kulit muka anda dan biarkan selama lebih kurang 10-15 minit. Selepas itu, basuh muka dengan menggunakan air suam.

4. Baking Soda

7 Cara Menghilangkan Bekas Jerawat Yang Hitam Dengan Mudah Dan Cepat 4

Baking soda ini boleh digunakan sebagai cara untuk menghilangkan bekas jerawat kerana ia terdiri daripada natrium bikarbonat yang berfungsi untuk menghilangkan sel-sel kulit mati ketika digunakan sebagai scrub wash.

Caranya adalah dengan sediakan beberapa sudu teh baking soda, air secukupnya dan campurkan bahan tadi sehingga kental. Kemudian, sapukan pada kawasan bekas jerawat dan biarkan selama lebih kurang 2 minit. Selepas itu, basuh muka dengan air suam dan sapukan pelembap semulajadi seperti minyak kelapa atau minyak zaitun.

5. Madu

7 Cara Menghilangkan Bekas Jerawat Yang Hitam Dengan Mudah Dan Cepat 5

Madu boleh digunakan sebagai cara untuk menghilangkan bekas jerawat dengan mudah dan cepat. Hal ini kerana bahan semulajadi pada madu mempunyai banyak khasiatnya dan antibiotik yang dimilikinya mampu mencegah jangkitan yang menyebabkan radang pada jerawat. Sediakan madu tulen dan sapukan pada bekas jerawat anda. Kemudian, biarkan sehingga madu tersebut mengering dan basuh dengan menggunakan air suam.

6. Ais Batu

7 Cara Menghilangkan Bekas Jerawat Yang Hitam Dengan Mudah Dan Cepat 6

Anda boleh menggunakan ais batu sebagai salah satu cara untuk menghilangkan bekas jerawat secara semulajadi. Hal ini kerana ais batu yang sejuk mampu untuk mengecilkan pori-pori dan meningkatkan peredaran darah pada kulit muka anda. Caranya adalah dengan mengambil ais batu dari peti sejuk. Kemudian, sapukan ais batu pada kawasan bekas jerawat anda. Selepas itu, biarkan selama beberapa minit.

7. Timun

7 Cara Menghilangkan Bekas Jerawat Yang Hitam Dengan Mudah Dan Cepat 7

Timun mengandungi vitamin A, vitamin C dan magnesium yang sangat baik untuk kulit. Tambahan pula, ia mampu untuk melembapkan dan menghilangkan bekas jerawat pada muka. Caranya adalah dengan hiris timun secara nipis-nipis dengan secukupnya dan letakkan di atas kawasan bekas jerawat pada kulit muka anda. Kemudian, biarkan selama lebih kurang 30 minit. Selepas itu, basuh muka anda dengan menggunakan air sejuk.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...