Utama Make Up 6 Tips Memilih Foundation Untuk Kulit Berminyak

6 Tips Memilih Foundation Untuk Kulit Berminyak

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 3 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Bagi menghindari foundation yang mudah luntur dan tidak tahan lama, berikut adalah bagaimana cara-cara untuk memilih foundation yang tepat bagi kulit berminyak.

1. Jenis foundation

6 Tips Memilih Foundation Untuk Kulit Berminyak 1

Bagi anda yang menginginkan solekan yang ringan, anda boleh memilih foundation yang mempunyai tekstur dalam bentuk bedak. Ianya sangat sesuai untuk anda yang mempunyai kulit berminyak kerana boleh menyerap minyak yang berlebihan pada kulit muka. Sebaliknya, jika anda menginginkan solekan yang tahan lama, anda boleh memilih foundation cair yang berasaskan air khusus untuk kulit berminyak.

2. Penggunaan air membuat foundation tahan lebih lama

6 Tips Memilih Foundation Untuk Kulit Berminyak 2

Terdapat dua cara untuk mengaplikasikan foundation, iaitu dengan cara menggunakan air dan tanpa air. Pengaplikasian menggunakan air adalah dengan semburan atau membasahkan sponge dengan sedikit air kemudian, digunakan untuk meratakan foundation pada kulit muka anda.

Foundation yang diaplikasikan dengan menggunakan sedikit air, hasilnya akan melekat lebih kuat dan menyatu dengan kulit muka. Kaedah ini sangat menguntungkan terutama sewaktu cuaca panas dan penghasilan sebum yang meningkat.

Akan tetapi, pengaplikasian tanpa menggunakan air juga tidak masalah. Jadi, gunakanlah foundation yang sesuai dengan keinginan anda!

3. Foundation untuk retouching

6 Tips Memilih Foundation Untuk Kulit Berminyak 3

Foundation yang digunakan untuk retouching adalah yang berbentuk serbuk yang mana serupa seperti bedak. Penggunaannya pun sama seperti bedak iaitu dengan menggunakan berus atau sponge.

Ianya sangat mudah dan ringan semasa digunakan dan boleh menyerap minyak pada kulit muka tetapi sewaktu cuaca sangat panas dan penghasilan sebum meningkat ia akan lebih mudah luntur.

4. Liquid foundation dengan mengandungi pelembap

6 Tips Memilih Foundation Untuk Kulit Berminyak 4

Walaupun sama-sama memiliki kulit berminyak, tidak semestinya semua orang mempunyai kualiti kulit yang sama. Pada awal remaja sehingga berusia dua puluhan tidak akan menjadi masalah jika anda memilih foundation yang fokus hanya untuk menangani sebum. Namun, memilih foundation yang juga mengandungi pelembap merupakan hal yang penting.

Sekalipun anda memiliki kulit berminyak di akhir umur dua puluhan kulit muka bahagian dalam anda akan mengalami kekeringan. Ini kerana keadaan yang mana sebum atau minyak sudah banyak dikeluarkan daripada kulit muka. Bagi mengatasinya anda boleh memilih liquid foundation dengan tambahan kandungan pelembanya.

Hal ini juga berlaku bagi anda yang mempunyai kulit berminyak di area T-Zone. Sekiranya anda ingin makeup yang tahan lama semasa menggunakan liquid foundation, anda perlu mengunci makeup anda dengan menggunakan bedak tabur pada area T-Zone.

5. Hindari foundation krim yang mengandungi banyak minyak

6 Tips Memilih Foundation Untuk Kulit Berminyak 5

Foundation berbentuk krim mempunyai daya tahan yang kuat. Tetapi, jika anda mempunyai kulit berminyak berhati-hati dalam memilih foundation dengan jenis ini. Pilihlah foundation krim yang berasaskan air (water-based) kerana jika anda memilihnya dengan bahan yang mengandungi minyak (oil-based), maka solekan anda akan cepat luntur.

6. Pemilihan yang sesuai dengan warna kulit

6 Tips Memilih Foundation Untuk Kulit Berminyak 6

Pemilihan warna foundation adalah sangat penting dan pilihlah warna yang dekat dengan warna kulit anda. Sekiranya anda menggunakan foundation yang tidak sesuai dengan warna kulit anda, maka hasil yang kelihatan menjadi tidak natural.

Semasa memilih warna foundation, cuba untuk sapu ia dibahagian di antara kulit muka dan leher serta jangan sapu di tangan kerana warna kulit tangan berbeza dengan kulit muka.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...