BeJelita
Penjagaan Kecantikan Untuk Semua

6 Produk Toner Korea Terbaik Untuk Kulit Berminyak

0 750

Toner mempunyai peranan yang penting dalam skincare routine anda kerana ia boleh mengetatkan kulit, mengecilkan pori-pori besar, membantu mengawal pengeluaran minyak dan memulihkan keseimbangan pH pada kulit muka anda. Penggunaan toner juga merupakan salah satu tahap dalam 10 langkah penjagaan kulit ala-Korea.

Produk toner dikeluarkan oleh jenama kecantikan Korea dengan pelbagai bentuk dan fungsi yang dapat disesuaikan dengan jenis kulit terutamanya bagi anda yang memiliki kulit berminyak. Jika anda salah dalam memilih produk skincare akan menyebabkan penghasilan minyak pada muka akan bertambah dan boleh menimbulkan banyak masalah kulit muka lainnya. Berikut adalah enam pilihan produk toner korea terbaik untuk kulit berminyak pada tahun ini iaitu:

1. Etude House 10-in-1 House Wonder Pore Freshener

Toner ini membantu mengawal sebum, membersihkan dan mengetatkan pori-pori, menyeimbangkan tahap pH, melembapkan dan menjadikan kulit muka lebih bersih dan sihat. Ia juga boleh meningkatkan elastik dan mengurangkan kilat pada muka.

Tambahan pula, ia mengandungi ekstrak pepermint yang dapat memberikan sensasi dingin dan formulanya yang bebas daripada alergi. Kekurangan bagi produk ini adalah hanya untuk anda yang mempunyai kulit berminyak sahaja.

2. Benton Aloe BHA Skin Toner

Produk ini dirumus khas dengan bahan-bahan natural yang tidak mengandungi alkohol. Ia juga mengandungi sodium hyaluronate dan glycerin yang membantu memberikan kelembapan pada kulit muka. Bahan BHA Aloe Vera mampu menyingkirkan blackhead dan sel-sel kulit mati serta mampu untuk mengecilkan pori-pori besar.

3. Cosrx AHA/BHA Clarifying Treatment Toner

Toner ini mampu mengeksfoliasi, melembapkan, mencegah blackhead dan mengawal minyak yang berlebihan pada kulit muka. Ia juga mengandungi air epal dan ekstrak willow untuk menyihatkan, melembapkan dan memberikan vitamin yang penting ke kulit. Produk ini sangat sesuai untuk anda yang memiliki kulit berminyak.

4. Laneige Essential Power Skin Refiner Light

Laneige Essential Power Skin Refiner Light ini sangat baik untuk kulit yang kelihatan berkilat dan kering. Produk ini mampu melembapkan kulit muka anda sehingga ke bahagian dalam kulit. Ia juga mengandungi tekstur toner yang jenis pelembap, susu dan likat yang mana mapu melembapkan kulit yang kering secara perlaha-lahan. Air mineral di dalam toner ini mampu memberikan proses yang pantas bagi melembapkan kulit muka.

Bahan dervatif vitamin B3 yang terdapat di dalam produk ini menggalakkan kulit anda menjadi lembap di dalam kulit dan kekal matte di luar serta bertindak secara berkesan bagi menanggalkan sel-sel kulit mati pada kulit muka.

5. Missha Revolution Time the First Treatment Essence

Toner ini boleh mengurangkan kemerahan dan mengecilkan pori-pori besar, meratakan warna kulit, menjadikan kulit anda kelihatan lebih halus, cerah dan sihat serta tidak mudah berjerawat. Walau bagaimanapun, kekurangan daripada produk ini adalah anda harus menunggu beberapa minggu untuk melihat kesan dan khasiatnya.

6. Son & Park Beauty Water

Dengan menggunakan toner ini anda boleh mendapatkan lebih daripada exfoliator yang mana dapat melembapkan dan boleh menjadi makeup remover, toner dan beauty water hanya dalam satu botol sahaja. Sealain itu, toner ini juga boleh digunakan pada waktu pagi dan malam sebelum tidur mahupun bila-bila masa apabila anda ingin menyegarkan kulit muka anda. Ini merupakan salah satu produk pelbagai fungsi yang sangat baik dan berbaloi untuk digunakan.

Langgan emel kami
Daftar dan dapatkan kandungan premium terus ke emel anda!
Anda boleh henti langgan bila-bila masa dan jangan risau kami bebas SPAM.