Utama Muka 6 Produk Serum Muka Terbaik Di Watson

6 Produk Serum Muka Terbaik Di Watson

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 3 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Serum muka merupakan penyelesaian bagi masalah kulit muka seperti jerawat, pori-pori besar, kedutan, kulit kering, kulit kasar, kulit kusam, warna kulit tidak sekata dan pelbagai masalah kulit muka yang lainnya. Ianya juga sangat baik dalam mencerahkan, melembapkan, mengawal minyak, menghilangkan sel-sel kulit mati, membuatkan kulit muka lebih halus, lembut dan cantik. Jadi, terdapat banyak pilihan produk serum muka terbaik di watson yang boleh dijadikan sebagai pilihan utama anda.

6 Pilihan Serum Muka Terbaik

Artikel ini akan mencadangkan enam produk serum muka terbaik di watson pada tahun ini iaitu:

1. Garnier Sakura White Pinkish Radiance Ultimate Serum

6 Produk Serum Muka Terbaik Di Watson 1

Serum muka ini mengandungi 5000 kapsul pencerah yang berfungsi untuk mencerahkan kulit dan membuatkan kulit muka anda menjadi lebih halus dan merona. Selain itu, ia dapat membuatkan warna kulit lebih sekata, lembut dan licin. Produk ini juga dapat menghilangkan garis-garis halus pada muka dan memastikan kulit lebih tegang agar kelihatan lebih muda.

2. Nano White Intensive Brightening Serum

6 Produk Serum Muka Terbaik Di Watson 2

Nano White Intensive Brightening Serum ini sangat berkesan dalam menghilangkan bintik hitam yang degil, membuatkan warna kulit lebih sekata dan mengurangkan penghasilan melanin. Ia mengandungi teknologi nano, omega white-c dan ekstrak semulajadi untuk mencerahkan kulit yang kusam. Produk ini juga sangat sesuai untuk semua jenis kulit dan dapat mencerahkan kulit dengan hanya tiga kali penggunaan.

3. Bio-Essence Bio-Energy Snail Secretion Repair Serum

6 Produk Serum Muka Terbaik Di Watson 3

Produk ini mengandungi kolagen yang dapat membantu melindungi kulit dan melambatkan proses penuaan pada kulit muka. Selain itu, ia mampu memperbaiki kulit dan membantu melindungi kulit daripada pencemaran. Serum ini juga dapat membantu mengawal minyak yang berlebihan pada muka dan memberikan khasiat yang secukupnya untuk kulit muka anda supaya lebih bersih, lembut serta licin.

4. Olay Regenerist Micro-Sculpting Serum

6 Produk Serum Muka Terbaik Di Watson 4

Produk Olay Regenerist Micro-Sculpting Serum ini mengandungi formula tidak berminyak dan dapat menggantikan sel-sel kulit mati pada kulit muka. Tambahan pula, ia mampu mengetatkan kulit dan mudah untuk diserap oleh kulit muka anda. Formula anti-aging bagi serum ini juga dapat melembapkan kulit dan mengurangkan garis-garis halus serta kedutan pada muka anda dalam masa dua minggu sahaja. Produk ini sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.

5. Cosmoderm Luminous Pearl Brightening Night Serum

6 Produk Serum Muka Terbaik Di Watson 5

Serum muka ini mengandungi kolagen, apple stem cellrosehip seed oilaloe vera dan bahan-bahan yang kaya dengan anti-oksidan bagi membantu dalam menggantikan sel-sel kulit mati pada kulit muka anda. Selain itu, ia dapat mencerahkan kulit supaya kelihatan lebih cerah, muda, lembut dan licin dengan penggunaan yang kerap. Produk ini juga menggunakan bahan yang selamat dan sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.

6. Garnier Light Complete White Speed Super Essence

6 Produk Serum Muka Terbaik Di Watson 6

Garnier Light Complete White Speed Super Essence ini mengandungi vitamin C yang berfungsi untuk mencerahkan kulit muka dalam hanya enam hari sahaja. Selain itu, ia dapat memberikan kesan segar, mengawal minyak yang berlebihan dan menghilangkan cela pada kulit muka anda. Dengan teknologi mikro, serum ini mudah diserap ke dalam lapisan kulit yang paling dalam.

Baca Lagi: 10 Produk Serum Muka Terbaik Di Malaysia

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...