Utama Muka 6 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Kering 2019

6 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Kering 2019

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 3 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Salah satu masalah yang sering berlaku pada muka anda adalah kulit kering dan kusam. Hal ini kerana kelenjar minyak tidak dapat menghasilkan minyak yang dapat membantu menjaga kelembapan kulit. Jadi, anda dapat menggunakan pelembab muka khas untuk kulit kering bagi mengatasi masalah ini. Berikut adalah enam produk pelembab muka untuk kulit kering pada tahun ini iaitu:

1. Laneige White Dew Tone-up Cream

6 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Kering 2019 1

Laneige White Dew Tone-up Cream ini mengandungi ekstrak saururus chinensis yang merupakan bahan pencerah yang telah dipatenkan dengan teknologi pencerah terbaru yang dapat membantu mengurangkan bintik-bintik hitam dan warna kulit yang tidak sekata.

Selain itu, ia diperkaya dengan phyto sugar water yang dapat membuatkan kulit muka kelihatan lebih lembap dan cerah berseri sepanjang hari. Ianya juga dapat mencerahkan kulit secara lembut dan perlahan dengan ekstrak tumbuh-tumbuhan serta penyerapan yang meningkat dengan “tone-up puff“. Produk ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit dan telah melalui ujian hyper allergy¬†dengan kesan iritasi yang rendah.

2. Kiehl’s Ultra Facial Cream

6 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Kering 2019 2

Produk ini sangat berkesan dalam menjaga kelembapan kulit selama 24 jam. Selain itu, ia mampu memperbaiki kulit kering dan kasar dengan sangat cepat. Ianya juga akan menbantu mengurangkan kehilangan kelembapan kulit muka anda dan menyerap kelembapan daripada udara. Dengan penggunaan yang berterusan, anda akan mendapatkan kulit muka yang kelihatan lebih lembap, licin dan sihat sepanjang hari.

3. Cosrx Honey Ceramide Full Moisture Cream

6 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Kering 2019 3

Cosrx Honey Ceramide Full Moisture Cream ini diperkaya dengan manuka honey extract dan ceramide sebagai bahan utama yang dapat mencegah kehilangan kelembapan dan melindungi daripada kekeringan dengan meningkatkan kelembapan dan memulihkan kelembutan kulit. Dengan menggunakan produk ini secara kerap, anda akan mendapatkan hasil kulit yang lebih lembap, sihat dan berseri.

4. The Body Shop Vitamin E Intense Moisture Cream

6 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Kering 2019 4

Pelembab muka yang dirumus khas dengan vitamin E, plumping hyaluronic acid dan wheatgerm oil ini mampu melindungi dan mengunci kelembapan untuk penghidratan yang tahan lama. Selain itu, ia dapat membantu mengembalikan halangan kelembapan semulajadi kulit muka anda dan sangat sesuai untuk kulit yang sangat kering. Kulit muka anda akan kelihatan lebih lembap, halus dan berseri jika menggunakannya secara rutin.

5. Cetaphil Moisturizing Cream

6 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Kering 2019 5

Cetaphil Moisturizing Cream ini mengandungi bahan hygroscopic yang dapat membantu dalam melembapkan kulit dengan sangat efektif. Selain itu, ia boleh menghalang kehilangan kelembapan semulajadi kulit agar menjadi lebih lembap dan sihat. Produk ini juga sangat sesuai untuk kulit yang sangat kering, kronik dan sensitif serta tidak mengandungi fragrances, parabens atau lanolin.

6. St Ives Renewing Collagen & Elastin Moisturizer

6 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Kering 2019 6

St Ives Renewing Collagen & Elastin Moisturizer ini diperkaya dengan collagen dan elastin protein untuk membuatkan kulit muka kelihatan lebih lembut, halus dan berseri. Selain itu, ia juga mengandungi sunflower oil yang berfungsi untuk melembapkan kulit muka agar kelihatan lebih segar dan sihat. Dengan penggunaan yang kerap, anda akan mendapatkan kulit muka yang lembap, halus dan sihat sepanjang hari.

Baca Lagi: 6 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Berjerawat 2019

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...