Utama Muka 6 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Berjerawat 2019

6 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Berjerawat 2019

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 3 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Moisturizer biasanya berfungsi untuk melembapkan kulit, mengawal minyak yang berlebihan, memberikan khasiat pada kulit dan menjaga kulit muka daripada kekeringan. Bagi yang memiliki kulit berjerawat, anda selama ini beranggapan bahawa anda tidak perlu menggunakan moisturizer kerana akan membuatkan kulit muka menjadi semakin berminyak dan menyebabkan munculnya jerawat yang lebih teruk.

Sebenarnya moisturizer wajib digunakan oleh semua jenis kulit termasuk kulit berjerawat kerana ia dapat membantu dalam mengawal minyak yang berlebihan pada muka dan juga membantu memperbaiki masalah jerawat anda. Jadi, anda perlu memilih moisturizer yang bersifat oil-free dan non-comedogenic. Berikut adalah enam pilihan produk pelembab muka untuk kulit berjerawat iaitu:

1. The Body Shop Tea Tree Mattifying Lotion

6 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Berjerawat 2019 1Produk ini memiliki formula yang ringan dan mudah meresap pada kulit. Ia mampu mencegah pertumbuhan bakteria yang dapat menyebabkan masalah jerawat dan meredakan jerawat yang terdapat pada kulit muka. Selain itu, ia dapat melembapkan kulit dan tidak menyumbat pori-pori pada muka anda. Produk ini juga dapat merangsang pembentukan tisu kulit yang rosak disebabkan oleh jerawat. Dengan penggunaan yang kerap, anda akan mendapatkan tekstur kulit yang lebih halus dan tidak berasa melekit pada kulit muka.

2. Burt’s Bees Anti-Blemish Daily Moisturizing Lotion

6 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Berjerawat 2019 2

Burt’s Bees Anti-Blemish Daily Moisturizing Lotion ini dirumuskan khas dengan lemongrass, witch hazel, goldenseal dan hops yang dapat membantu meredakan iritasi pada kulit dengan membuatkan kulit kelihatan lebih halus, licin dan sihat.

Bahkan juga ia mengandungi formula yang ringan, non-comedogenic dan telah terbukti secara klinikal dapat membantu mengawal minyak yang berlebihan dan melindungi daripada cacat cela tanpa berlakunya iritasi pada kulit muka anda. Produk ini sangat sesuai untuk anda yang memiliki kulit berjerawat dan telah diuji secara dermatologi.

3. The Face Shop A-Clean All Control Moisturizer

6 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Berjerawat 2019 3

Pelembab ini memberikan keseimbangan diantara minyak dan kelembapan kulit untuk mengurangkan rembesan sebum. Tambahan pula, ia mengandungi linolenic acid, CNP anti-irritant complex, NMF complex dan niacinamide yang mampu mengeluarkan lapisan sel-sel kulit mati yang terkumpul untuk mengawal rembesan sebum, menenangkan kulit, menyediakan penghidratan yang banyak kepada kulit dan mengawal rembesan sebum. Produk ini juga sangat sesuai untuk anda yang memiliki kulit berjerawat dan berminyak.

4. OXY Acne Control Moisturizer

6 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Berjerawat 2019 4

OXY Acne Control Moisturizer ini diperkaya dengan apple, chamomile dan aloe extract yang dapat menjaga kulit agar lebih lembut dan lembap. Ia dapat melawan jerawat dan mengawal minyak yang berlebihan pada kulit muka anda. Selain itu, ia mampu membantu mencerahkan bekas jerawat, bintik hitam, melembapkan kulit dan mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit.

Produk ini juga mengandungi SPF 15 PA+ yang dapat melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya. Dengan penggunaan yang berterusan, anda akan mendapatkan kulit muka yang lebih bersih, halus dan sihat sepanjang hari.

5. Clinique Anti-Blemish Solutions All-Over Clearing Treatment

6 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Berjerawat 2019 5

Produk ini memiliki formula yang ringan, non-acnegenic, oil free dan dapat mengurangkan cacat cela pada kulit muka. Ia membantu merawat jerawat yang sedia ada dan mencegah jerawat daripada tumbuh lagi. Seterusnya, ia dapat membantu mengawal minyak yang berlebihan, mengurangkan kemerahan dan kekeringan pada kulit muka anda. Ianya juga diformulasikan khas untuk kulit yang berjerawat dan bebas parabens, phthalates dan fragrance.

6. Nuteen Acne Away Lotion

6 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Berjerawat 2019 6

Nuteen Acne Away Lotion ini dapat mengawal rembesan minyak dan mampu melembapkan kulit. Selain itu, ia boleh mencegah jerawat, mengetatkan pori-pori dan mengawal kilatan pada kulit muka anda. Produk ini juga mengandungi SPF 25 untuk memberikan perlindungan daripada sinaran UV yang berbahaya sepanjang hari. Dengan penggunaan yang kerap, anda akan memperolehi kulit muka yang bersih, halus dan bebas kilat.

Baca Lagi: 8 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Berminyak 2018/2019

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...