Utama Muka 6 Produk Cleansing Oil Terbaik Di Malaysia

6 Produk Cleansing Oil Terbaik Di Malaysia

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 3 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Pemilihan pencuci muka yang betul bukanlah suatu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi terdapat beberapa jenis pencuci muka di pasaran pada hari ini. Antara jenis pencuci muka tersebut adalah facial foammilk cleansergel cleanser dan cleansing oil. Produk cleansing oil ini belum banyak lagi digunakan sebagai pencuci muka terutamanya bagi pemilik kulit berminyak.

Hal ini kerana bahan cleansing oil yang berasaskan minyak ditakuti dapat membuatkan kulit muka semakin berminyak. Tetapi, hal ini adalah tidak benar sama sekali kerana cleansing oil sebenarnya dapat menghilangkan makeup sehingga ke bahagian dalam dan sangat selamat digunakan untuk kulit berminyak tanpa membuatkan kulit muka menjadi kering. Artikel ini akan mencadangkan enam pilihan cleansing oil terbaik di Malaysia pada tahun ini.

1. Laneige Perfect Pore Cleansing Oil

6 Produk Cleansing Oil Terbaik Di Malaysia 1

Laneige Perfect Pore Cleansing Oil ini mengandungi bahan seperti minyak kelapa tulen yang boleh menghilangkan makeup yang agak berat dan waterproof. Selain itu, ia juga mengandungi ekstrak mugwort yang boleh membersihkan pori-pori muka, menghilangkan minyak yang berlebihan dan blackheads pada kulit muka anda.

2. The Body Shop Camomile Silky Cleansing Oil

6 Produk Cleansing Oil Terbaik Di Malaysia 2

Bagi yang memiliki kulit berminyak, anda boleh menggunakan cleansing oil yang berasaskan minyak tumbuh-tumbuhan. Selain itu, ia juga diperbuat daripada bunga camomile dan aromanya lembut dengan tekstur yang lebih cair. Produk ini juga tidak melekit pada muka, sangat sesuai digunakan untuk kulit berminyak dan mampu menghilangkan makeup dengan baik sehingga kulit muka lebih bersih dan segar.

3. Shu Uemura Porefinist Anti-Shine Fresh Cleansing Oil

6 Produk Cleansing Oil Terbaik Di Malaysia 3

Shu Uemura Porefinist Anti-Shine Fresh Cleansing Oil ini mempunyai aroma yang fresh dan boleh membersihkan kulit muka dengan baik sehingga ke dalam pori-pori muka terutamanya makeup yang tidak boleh dibersihkan dengan air secara langsung. Formulanya juga tidak akan membuatkan muka anda melekit selepas dibersihkan. Hasilnya kulit muka akan lebih halus dan lembap.

4. The Face Shop Rice Water Bright Cleansing Light Oil

6 Produk Cleansing Oil Terbaik Di Malaysia 4

Produk ini mempunyai tekstur yang cair dan ringan ketika digunakan pada kulit muka anda. Ianya mengandungi rice bran oil yang sangat baik sebagai antioksidan, vitamin B dan E. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan keanjalan, melembutkan dan melembapkan kulit muka. Bahan jojoba oil di dalam produk ini sangat bermanfaat sebagai anti-radang dan dapat mencegah jerawat daripada tumbuh lagi.

5. Hada Labo Super Hyaluronic Acid Moisturizing Cleansing Oil

6 Produk Cleansing Oil Terbaik Di Malaysia 5

Hada Labo Super Hyaluronic Acid Moisturizing Cleansing Oil ini mengandungi hyaluronic acid yang dapat melembapkan dan melembutkan kulit. Selain itu, ia juga mengandungi improved hyaluronic acid, high purity olive oil yang mampu melembapkan dua kali lebih daripada hyaluronic acid biasa dan dapat menghilangkan sisa makeup tanpa menyebabkan berlakunya iritasi pada kulit. Dengan penggunaan yang berterusan, anda akan mendapatkan kulit muka yang lebih bersih, lembut dan halus pada kulit muka anda.

6. Biore Cleansing Oil

6 Produk Cleansing Oil Terbaik Di Malaysia 6

Biore Cleansing Oil ini berasaskan minyak dan sangat berkesan dalam menghilangkan sisa makeup waterproof, debu serta kotoran yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat. Selain itu, ia mengandungi formula yang lembut dan tidak menyumbat pori-pori pada kulit muka anda. Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda tidak perlu risau menggunakan produk ini kerana ia selamat digunakan untuk semua jenis kulit dan tidak menyebabkan berlakunya iritasi serta kesan kering malah akan memberikan kelembapan secara semulajadi.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

8 Produk Scrub Muka Untuk Kulit Berminyak

Kulit berminyak ialah keadaan yang mana kelenjar sebum menghasilkan terlalu banyak minyak pada kulit muka. Hasilnya, kulit kelihatan lebih berkilat dan berkilau. Sebenarnya minyak...

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...