BeJelita
Penjagaan Kecantikan Untuk Semua

6 Pilihan Foundation Terbaik Di Watson 2018/2019

0 4,355

Dalam penggunaan makeup hari ini, foundation ialah komponen asas yang boleh dikatakan wajib untuk di gunakan setiap hari. Namun ramai dari wanita hari ini susah untuk memilih produk dan mempunyai budget yang terhad untuk item ini. Berikut adalah 5 pilihan foundation terbaik yang anda boleh dapatkan di watson iaitu:

1. Revlon ColourStay Makeup Pump

6 Pilihan Foundation Terbaik Di Watson 2018/2019 1

Foundation ini diperkaya dengan formula kawalan bebas minyak yang boleh memberikan hasil yang matte sehingga 24 jam. Ia juga mempunyai 22 warna yang cantik dan tahan lama serta semua cela dapat ditutup sepenuhnya dengan formula ringan yang tidak akan pudar.

Selain itu, ia juga dirumus khas dengan teknologi release time untuk kulit kombinasi atau berminyak agar penyerapan minyak pada muka dapat dikawal dan kulit sentiasa segar dan bersinar.

2. L’Oreal True Match Liquid Foundation

6 Pilihan Foundation Terbaik Di Watson 2018/2019 2

Produk ini mempunyai 9 warna yang boleh disesuaikan mengikut kepada tekstur dan tona kulit muka anda. Selain itu, ia mampu menghasilkan makeup yang lebih cantik dan memberikan kesan yang tidak cakey pada muka anda.

Foundation ini juga bebas minyak, tidak mempunyai wangian tambahan dan telah diuji oleh pakar dermatologi. Hasil akhir makeup anda akan tahan lama dan secara semulajadi memberikan penghidratan selama 24 jam pada kulit muka anda.

3. Silkygirl Skin Perfect Liquid Foundation

6 Pilihan Foundation Terbaik Di Watson 2018/2019 3

Silkygirl Skin Perfect Liquid Foundation ini mengandungi bahan nano seaweed plus vitamin E yang bertindak sebagai anti-oksidan terhadap radikal bebas yang melindungi kulit muka daripada garis-garis halus.

Selain itu, ia juga mengandungi SPF 30 dan PA+++ bagi melindungi kulit muka daripada sinaran UVA dan UVB yang sangat berbahaya. Kulit muka anda dapat dilindungi dengan sempurna kerana teksturnya yang ringan dan menjadikan warna kulit anda lebih sekata dan bebas cela.

4. Maybelline Dream Satin Skin Liquid Foundation

6 Pilihan Foundation Terbaik Di Watson 2018/2019 4

Foundation ini sangat baik untuk kulit kering kerana ia adalah sejenis cecair yang mempunyai litupan yang baik dan 100% sempurna pada kulit muka anda.

Selain itu, ia mempunyai perlindungan SPF 24 dan PA+++ yang mana dapat melembapkan muka sepanjang hari dan terasa ringan pada kulit muka anda. Ia juga mempunyai 6 jenis warna kulit yang boleh disesuaikan dengan warna kulit anda.

5. L’Oreal Make Up Designer Mat Magique Liquid Foundation

6 Pilihan Foundation Terbaik Di Watson 2018/2019 5

Produk L’Oreal Make Up Designer Mat Magique Liquid Foundation ini merupakan foundation yang memberikan anda kelihatan lebih segar sehingga 12 jam. Selain itu, ia tidak meninggalkan kesan minyak pada kulit muka anda dan menjadikan warna kulit anda lebih sekata tanpa kesan comot selapas menggunakannya.

Produk ini bertindak untuk menyerap ke dalam kulit muka anda dengan cepat dan memberikan hasil makeup yang sempurna dengan fungsinya yang mampu menutup parut atau bekas jerawat.

6. Maybelline Fit Me Matte + Poreless Foundation

6 Pilihan Foundation Terbaik Di Watson 2018/2019 6

Maybelline Fit Me Matte + Poreless Foundation ini terdiri daripada pelbagai tona warna yang mampu disesuaikan dengan tona warna kulit muka anda. Selain itu, ia boleh dijadikan sebagai pilihan yang tepat bagi anda yang mempunyai kulit normal dan kulit berminyak.

Walaupun sesetengah jenama foundation di luar sana mampu membesarkan pori-pori dan menyebabkan kulit berminyak tetapi produk ini mengandungi micro-powders yang berfungsi untuk memudarkan pori-pori dan menyerap minyak yang berlebihan pada kulit muka anda.

Langgan emel kami
Daftar dan dapatkan kandungan premium terus ke emel anda!
Anda boleh henti langgan bila-bila masa dan jangan risau kami bebas SPAM.