BeJelita
Penjagaan Kecantikan Untuk Semua

6 Pilihan Bedak Padat (Compact Powder) Yang Sesuai Untuk Kulit Kering

0 1,066

Bagi anda yang mempunyai kulit kering dengan menggunakan pelembap sahaja tidak mampu untuk mengatasi masalah kulit kering tersebut. Anda perlu memilih kosmetik yang sesuai dengan jenis kulit muka. Bagi menyelesaikan masalah kulit kering, artikel ini akan mencadangkan 10 pilihan bedak yang boleh menjadi pilihan utama bagi anda pada tahun ini.

1. Wet n Wild CoverAll Pressed Powder

6 Pilihan Bedak Padat (Compact Powder) Yang Sesuai Untuk Kulit Kering 1

Produk ini mengandungi antioksidan untuk melindungi kulit muka anda daripada debu pencemaran udara. Selain itu, ia juga turut dilengkapi dengan VisiBright Technology yang mana teknologi ini dapat memberikan coverage yang sempurna dan melembapkan kulit kering. Kulit kering dan kusam akan kelihatan lebih segar dan bermaya setelah anda menggunakan bedak ini pada muka.

2. Wardah Exclusive Two Way Cake

6 Pilihan Bedak Padat (Compact Powder) Yang Sesuai Untuk Kulit Kering 2

Wardah Exclusive Two Way Cake ini adalah bedak padat yang halus pada kulit dan bersifat non-comedogenic iaitu tidak menyumbat pori-pori pada kulit muka anda. Selain itu, ia juga turut dilengkapi dengan pelembap yang terdapat di dalamnya. Pelembap tersebut berasal daripada Jojoba Oil, Soybean Oil, Avocado Oil, Tocopherol dan Macademia Oil.

Produk ini bukan sahaja sesuai untuk kulit kering tetapi juga untuk kulit berminyak kerana mengandungi bahan oil-absorber untuk menyerap minyak yang berlebihan pada kulit muka anda.

3. Laura Mercier Smooth Finish Foundation Powder

6 Pilihan Bedak Padat (Compact Powder) Yang Sesuai Untuk Kulit Kering 3

Walaupun produk Laura Mercier Smooth Finish Foundation Powder ini mengandungi formula oil-free, ia sangat sesuai digunakan bagi anda yang mempunyai kulit kering kerana telah dilengkapi dengan vitamin E dan shea butter yang bertindak sebagai pelembap semulajadi.

Selain itu, ia juga boleh membantu melembapkan kulit yang kering dan menutup ketidaksempurnaan pada muka seperti bintik hitam dan garis-garis halus. Dengan formula ultra fine micronized, bedak ini boleh menjadikan warna kulit anda sekata dan tidak bertompok. Produk ini telah lulus ujian klinikal dan terbukti selamat untuk digunakan oleh pemilik kulit sensitif.

4. Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Powder

6 Pilihan Bedak Padat (Compact Powder) Yang Sesuai Untuk Kulit Kering 4

Produk ini mempunyai tekstur yang sangat lembut, memberikan coverage yang sempurna dan mesra pada kulit kering. Selain itu, ia dapat menyamarkan garis-garis halus, tidak cakey mahupun dusty dan sangat sesuai untuk anda yang mempunyai kulit kering. Produk ini juga mengandungi rose wax dan minyak almond yang boleh melembapkan kulit muka anda.

5. Pixy UV Whitening Two Way Cake Perfect Fit

6 Pilihan Bedak Padat (Compact Powder) Yang Sesuai Untuk Kulit Kering 5

Produk Pixy UV Whitening Two Way Cake Perfect Fit ini merupakan bedak yang sangat sesuai digunakan bagi anda yang mempunyai kulit kering. Hal ini kerana ia dapat melembapkan kulit muka anda yang kering.

Selain itu, ia juga memberikan kesan yang ringan dan natural pada muka serta tahan lama sepanjang hari. Produk ini mengandungi SPF 15 yang boleh melindungi muka anda daripada sinaran UVA dan UVB yang berbahaya pada kulit sekaligus dapat mencerahkan kulit muka anda.

6. Etude House Moistfull Collagen Essence-In Pact

6 Pilihan Bedak Padat (Compact Powder) Yang Sesuai Untuk Kulit Kering 6

Etude House Moistfull Collagen Essence-In Pact ini mengandungi kolagen dan memberikan coverage yang tinggi pada kulit muka anda. Tambahan pula, bedak ini bukan hanya menghaluskan dan melembutkan kulit anda sahaja tetapi juga merawatnya dengan baik. Produk ini sangat sesuai untuk anda yang mempunyai kulit berminyak.

7. Kevyn Aucoin The Celestial Powder

6 Pilihan Bedak Padat (Compact Powder) Yang Sesuai Untuk Kulit Kering 7

Bedak ini mengandungi shimmer yang mana dapat membuatkan kulit muka anda yang kusam kelihatan lebih glowing dan flawless sepanjang hari. Selain itu, produk ini sangat sesuai untuk semua jenis warna kulit dan yang paling penting tidak akan membuatkan kulit muka anda menjadi bertambah kering.

8. Shiseido Translucent Pressed Powder

6 Pilihan Bedak Padat (Compact Powder) Yang Sesuai Untuk Kulit Kering 8

Produk ini dapat membuatkan makeup anda tahan dengan lebih lama sepanjang hari. Selain itu, ia juga mampu menyamarkan tanda-tanda penuaan seperti garis-garis halus dan pori-pori besar pada kulit muka anda. Bedak ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Bagi kulit kering bedak ini akan berfungsi dengan cara membantu proses hydration kulit muka yang kering.

Langgan emel kami
Daftar dan dapatkan kandungan premium terus ke emel anda!
Anda boleh henti langgan bila-bila masa dan jangan risau kami bebas SPAM.