Utama Muka 6 Cara Menggunakan Serum Muka Dengan Betul

6 Cara Menggunakan Serum Muka Dengan Betul

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 5 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Serum dikenali dengan kebaikannya yang dapat menyamarkan bintik hitam, menghilangkan garis halus, kedutan, meremajakan kulit, melembapkan dan menyihatkan kulit sehingga mampu meratakan warna kulit.

Sesetengah orang memberikan tumpuan yang lebih pada makeup tetapi tidak terlalu mementingkan penjagaan kulit. Hal ini jika dibiarkan dan tidak dirawat dari sekarang akan menyebabkan kulit muka anda mengalami banyak masalah dan agak susah untuk memperbaikinya kelak. Oleh itu, gunakanlah serum muka dengan seawal mungkin.

Anda tidak boleh merasa yang anda masih muda dan disebabkan itu anda tidak memerlukan serum. Kulit muka memerlukan serum seperti mana badan anda memerlukan vitamin. Jadi, gunakanlah serum mulai daripada sekarang dan ketahuilah 6 tips untuk menggunakan serum muka dengan betul supaya kebaikan yang anda perolehi lebih maksimum. Berikut adalah tips untuk menggunakan serum dengan betul iaitu:

1. Bersihkan Kulit Muka

6 Cara Menggunakan Serum Muka Dengan Betul 1

Biasanya tekstur serum lebih cair ataupun menyerupai jelly dan sangat berbeza dengan kebanyakan pelembap muka dipasaran yang berbentuk krim. Jadi, anda harus mengetahui bagaimana cara-cara untuk menggunakan serum yang teksturnya lebih ke arah liquid.

Sebelum menggunakan serum anda wajib untuk membasuh muka terlebih dahulu kerana muka anda haruslah berada dalam keadaan yang bersih daripada makeup dan kotoran agar serum dapat meresap dengan lebih sempurna ke dalam kulit.

2. Keringkan Kulit Muka

6 Cara Menggunakan Serum Muka Dengan Betul 2

Anda perlu mengeringkan muka anda setelah membasuh muka. Gunakan tuala yang mempunyai tekstur lembut dengan gerakan tekap ataupun boleh juga mengelap ke atas. Tetapi, anda perlu biarkan muka dalam keadaan yang lembap dan tidak 100% kering.

Keadaan muka yang lembap dapat menjadikan serum berfungsi dengan lebih baik kerana kulit yang lembap dapat menyerap produk skincare 10 kali lebih berkesan daripada kulit kering. Jadi, pastikan muka anda dalam keadaan yang lembap semasa menggunakan serum muka.

3. Gunakan Serum Secukupnya

6 Cara Menggunakan Serum Muka Dengan Betul 3

Langkah seterusnya adalah dengan menggunakan serum secukupnya. Sekiranya serum anda berbentuk foam atau krim anda boleh menggunakannya daripada hujung jari telunjung ataupun jari telunjuk dan juga jari tengah. Tambahan pula, jika serum anda mempunyai bentuk oil dan terdapat pipet pada kemasannya anda boleh tuangkannya pada telapak tangan ataupun dititiskan pada muka.

Jika serum Anda berbentuk oil dan terdapat pipet pada kemasannya, maka Anda bisa menuangkannya pada telapak tangan atau pun langsung diteteskan pada wajah. Biasanya tiga tetes (pada dahi dan kedua pipi) sudah cukup. Jangan sekali-kali mengaplikasikan serum dengan bantuan alat lain seperti kapas atau kuas, ya. Penggunaan tangan untuk mengaplikasikan serum dapat membuat serum meresap lebih baik ke dalam kulit.

4. Ratakan Serum Ke Seluruh Muka

6 Cara Menggunakan Serum Muka Dengan Betul 4

Tips menggunakan serum muka yang selanjutnya adalah meratakan serum ke seluruh muka anda. Gosokkan serum dengan lembut menggunakan dua jari anda iaitu jari tengah dan jari telunjuk. Selain itu, lakukan gerakan memutar dan ke arah atas.

5. Urutkan Muka Dengan Lembut

6 Cara Menggunakan Serum Muka Dengan Betul 5

Mengurut atau melakukan massage muka akan menjadi lebih sedap sekiranya dilakukan oleh orang lain. Tetapi, jika anda melakukannya sendiri di rumah anda boleh mengikuti 8 gerakan berikut ini:

Gerakan 1

Tekan pipi kanan dengan jari-jari tangan kanan lalu tarik jari anda ke atas sehingga ke kening dan ulangi sebanyak 3 kali. Selain itu, lakukan perkara yang sama pada pipi kiri kerana gerakan ini dapat membantu serum menyerap dengan lebih baik dan menjadikan muka anda lebih cerah serta krim yang anda gunakan kemudian juga akan lebih terserap dengan baik.

Gerakan 2

Letakkan kedua-dua tangan pada kening anda lalu tekan dengan lembut jari-jari anda dari kening terus bergerak ke dagu kerana gerakan ini berfungsi untuk merehatkan otot muka anda sehingga muka yang begitu letih dapat dihilangkan.

Gerakan 3

Gerakan massage yang berikutnya adalah dengan meletakkan kedua-dua telapak tangan di kedua-dua sisi hidung iaitu 4 jari di pipi dan 1 ibu jari di bawah rahang. Kemudian, tekan dan gosok kawasan tersebut sambil sedikit ditekan serta gerakkan tangan anda ke arah luar atas. Selain itu, lakukan juga pada leher anda kerana gerakan ini dapat membantu meremajakan sel-sel kulit dan menjadikan kulit muka lebih cerah.

Gerakan 4

Urut dengan gerakan memutar pada kawasan pipi yang berdekatan hidung dengan dua jari anda. Selepas itu, tekan dan tarik kawasan tersebut sehingga ke mata dan hujung kening. Selain itu, ulangi gerakan tersebut sebanyak 4 kali kerana gerakan ini jika dilakukan dengan rutin dapat menghilangkan garis-garis halus dan kedutan.

Gerakan 5

Letakkan jari tengah dan telunjuk pada kedua-dua sebelah bibir kanan dan kiri anda dan tekan serta lakukan sedikit urutan ke arah atas. Setelah itu, tarik kawasan tersebut dan urut sehingga berdekatan dengan telinga anda serta lakukan sebanyak 4 kali gerakan. Langkah ini dapat merangsang pertumbuhan sel-sel kulit baru dan membuat peredaran darah menjadi lancar.

Gerakan 6

Gerakan kali ini sangat baik untuk anda yang sering berasa pening. Tekan bahagian sisi luar batang hidung dengan kedua-dua jari anda lalu tekan dengan lembut dan urut ke arah atas, terus ke kawasan mata, dahi dan berakhir di bahagian sisi kanan kiri dahi. Selain dapat menghilangkan rasa sakit kepala, gerakan ini juga dapat membebaskan anda daripada kulit kusam.

Gerakan 7

Gerakan yang ini pulak adalah sangat senang untuk dilakukan kerana anda hanya perlu mengurut kening dengan jari-jari anda. Selain itu, ia dapat membantu melancarkan peredaran darah dan dapat menjadikan muka anda lebih berseri.

Gerakan 8

Gerakan yang terakhir adalah dengan menekan bahagian tengah-tengah dahi dan bahagian bawah telinga. Selain itu, lakukan ia selama 10 saat kerana dapat menjadikan otot muka lebih segar.

6. Tepukkan Dengan Telapak Tangan Pada Muka

6 Cara Menggunakan Serum Muka Dengan Betul 6

Tips untuk menggunakan serum muka yang terakhir adalah dengan menepukkan telapak tangan anda pada muka. Pertama sekali, gosokkan terlebih dahulu pada telapak tangan anda supaya lebih panas kerana bertujuan untuk mengalirkan suhu panas pada muka anda.

Setelah itu, tekan seluruh permukaan muka anda dengan telapak tangan sehingga merasa tidak panas lagi dan ulangi gerakan ini beberapa kali. Selain itu, anda juga boleh memberikan tumpuan pada kawasan dahi ataupun pipi sahaja selama anda mengulangi gerakan tersebut.

Oleh itu, anda perlu ingat untuk menggunakan serum sedikit sahaja setiap kali penggunaan iaitu 1 sehingga 3 titis serum sudah memadai untuk sekali penggunaan. Hal ini kerana serum diperbuat daripada bahan-bahan yang mengandungi kepekatan tinggi sehingga anda tidak memerlukannya dalam sukatan yang banyak.

Dengan itu, jangan lupa untuk menggunakan pelembap muka kerana serum bukannya pelembap muka yang mana serum tidak boleh melembapkan muka seperti pelembap. Gunakanlah pelembap 5 minit setelah anda selesai menggunakan serum.

Baca Lagi: 6 Produk Serum Muka Terbaik Di Watson

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...