Utama Badan 5 Tips Untuk Memilih Body Scrub

5 Tips Untuk Memilih Body Scrub

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 3 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Bagaimanakah anda memilih body scrub yang betul? Sebelum anda membeli satu ataupun dua botol body scrub, anda seharusnya perlu mengetahui tips yang betul untuk memilih lulur badan yang bersesuaian dengan kulit anda. Ini adalah tips untuk memilih body scrub iaitu:

1. Periksa Kandungan Pelembap

5 Tips Untuk Memilih Body Scrub 1

Pilihlah body scrub yang mengandungi bahan pelembap seperti minyak jojoba, shea butter dan mempunyai tekstur yang halus contohnya body scrub yang berasaskan gula.

Ia juga sangat selesa digosokkan ke kulit, dapat mencegah berlakunya iritasi dan kulit anda akan terasa lebih halus kerana kandungan pelembapnya yang tinggi. Selain itu, terdapat juga skrub yang dihasilkan khusus untuk kulit sensitif. Oleh itu, anda juga jangan lupa untuk memeriksa kandungan pelembapnya terlebih dahulu.

2. Pilihlah Produk Yang Mempunyai Aroma dan Sensasi Yang Menenangkan

5 Tips Untuk Memilih Body Scrub 2

Kebanyakan daripada anda bersemangat untuk membeli produk lulur badan tetapi hanya digunakan sekali sahaja yang mana hanya dijadikan hiasan di pinggir tab mandi setelah beberapa bulan tidak digunakan. Mengapa anda berhenti daripada menggunakan lulur badan? Ini kerana sebahagian besar daripada anda mengaku berasa kecewa dan bosan dengan aromanya.

Jadi, anda perlulah untuk memastikan memilih aroma yang anda sukai dan memiliki kesan menenangkan sebelum membeli produk body scrub tersebut. Selain itu, terdapat banyak produk lulur badan dengan harum dan khasiat yang menenangkan serta berbeza seperti wangi buah, bunga dan wangi coklat manis yang popular di pasaran bergantung kepada selera masing-masing. Dengan itu, penjagaan lulur badan di rumah anda akan menjadi lebih menyenangkan.

3. Memilih Butiran Body Scrub Yang Halus atau Kasar

5 Tips Untuk Memilih Body Scrub 3

Jika anda ingin menghaluskan bahagian kulit yang kasar dan gelap, anda mungkin akan menyukai tekstur yang kasar dari body scrub yang berasaskan garam. Namun, terdapat beberapa body scrub yang mempunyai butiran halus dan juga sangat kasar bergantung kepada kulit anda.

Bagi pemilik kulit sensitif, anda boleh memilih body scrub yang berasaskan gula dengan tekstur yang halus dan perlu memilih body scrub yang mudah larut dalam air panas yang mana tidak menyebabkan iritasi ketika digosokkan ke kulit.

Selain itu, anda perlu berhati-hati menggosok kulit badan dengan body scrub kerana menggosok terlalu kuat boleh menyebabkan luka dan pori-pori kulit akan tersumbat. Jadi, anda disarankan untuk menggosok dengan berhati-hati pada bahagian yang tertentu seperti tumit atau siku dengan gerakan memutar secara lembut.

4. Kemasan Dalam Bentuk Tube

5 Tips Untuk Memilih Body Scrub 4

Selain bosan dengan aromanya, ramai daripada anda yang membeli produk body scrub tetapi malas untuk menggunakannya lagi kerana alasan susah untuk diaplikasikan. Sesetengah produk body scrub dibungkus dalam botol atau balang yang biasanya diambil dengan jari atau menggunakan sudu yang biasanya disediakan dalam produk tersebut.

Selain itu, bagi sesetengah orang beranggapan bahawa ini tidak praktikal dan kurang bersih kerana menggunakan lulur badan dengan telapak tangan adalah sukar dan lebih cenderung untuk tidak dapat merata ke seluruh kulit anda.

Oleh itu, pilihlah produk body scrub yang dibungkus dalam bentuk tube. Kemasan ini menjadi kegemaran bagi kebanyakan orang dalam produk penjagaan kulit badan kerana praktikal dan cepat untuk digunakan. Bahagian kulit badan, kaki dan lengan anda boleh disapukan dengan mudah kerana body scrub dalam kemasan tube sebahagian besar berbentuk gel, maka memiliki tekstur yang lembut dan mudah untuk disapukan secara merata ke seluruh permukaan kulit.

5. Body Scrub Juga Boleh Melangsingkan Badan

5 Tips Untuk Memilih Body Scrub 5

Terdapat banyak body scrub yang mengandungi bahan tertentu untuk mengikis selulit dan melancarkan peredaran darah. Untuk anda yang ingin melangsingkan badan, anda boleh mengurut badan dengan body scrub jenis ini kerana mampu meluruhkan dan membakar lemak. Hal ini dianggap lebih baik daripada sauna atau mandi keringat yang mengalirkan banyak cecair badan.

Selain itu, melakukan urutan lulur akan melancarkan peredaran darah dan memberikan kesan menyejukkan badan. Ketika kesan menyejukkan badan berakhir, metabolisma akan meningkat dan mencegah pembentukan lemak di bawah kulit. Rajin melakukan body scrub akan membuat kulit anda mulus sekaligus menghilangkan selulit.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

8 Produk Scrub Muka Untuk Kulit Berminyak

Kulit berminyak ialah keadaan yang mana kelenjar sebum menghasilkan terlalu banyak minyak pada kulit muka. Hasilnya, kulit kelihatan lebih berkilat dan berkilau. Sebenarnya minyak...

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...