Utama Badan 5 Tips Mengilatkan Kuku Tangan Dan Kaki Dengan Bahan-bahan Semulajadi Yang Boleh...

5 Tips Mengilatkan Kuku Tangan Dan Kaki Dengan Bahan-bahan Semulajadi Yang Boleh Dilakukan Di Rumah

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 3 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Kuku menjadi salah satu bahagian penting dalam tubuh badan yang berfungsi untuk melindungi tangan dan kaki. Dengan menjaga kuku secara semulajadi akan membuatkan penampilan anda secara keseluruhan menjadi lebih memukau dan boleh meningkatkan keyakinan diri. Kuku sangat mudah terdedah kepada pelbagai masalah seperti kuku yang mudah pecah dan warna yang kusam.

Oleh itu, terdapat banyak bahan-bahan semulajadi yang berfungsi untuk menjaga kesihatan kuku anda agar kelihatan bersih dan berkilat. Berikut adalah sepuluh tips mengilatkan kuku tangan dan kaki anda secara semulajadi tanpa perlu ke spa iaitu:

1. Lidah Buaya

5 Tips Mengilatkan Kuku Tangan Dan Kaki Dengan Bahan-bahan Semulajadi Yang Boleh Dilakukan Di Rumah 1

Kelebihan lidah buaya atau aloevera yang dapat mencantikkan diri sememangnya sangat luar biasa. Sekiranya sebelum ini anda mengetahui bahawa lidah buaya sangat baik untuk menjaga kesihatan rambut tetapi ia juga dapat menjadikan kuku anda berkilat secara semulajadi.

Sediakan gel lidah buaya yang masih segar. Kemudian, sapukan gel lidah buaya pada kuku tangan dan kaki. Biarkan selama lebih kurang 15-30 minit supaya gel tersebut dapat membuatkan kuku anda kelihatan berkilat. Selepas itu, basuh kuku tangan dan kaki anda dengan menggunakan air suam.

2. Lemon

5 Tips Mengilatkan Kuku Tangan Dan Kaki Dengan Bahan-bahan Semulajadi Yang Boleh Dilakukan Di Rumah 2

Lemon mempunyai bahan asid yang tinggi untuk mengilatkan kuku anda. Bahkan juga lemon adalah bahan semulajadi yang tidak akan merosakkan kuku anda. Perah air lemon dalam satu bekas lalu rendamkan kuku tangan dan kaki anda di dalam bekas tersebut selama lebih kurang 15-30 minit. Air lemon tersebut akan dapat mengilatkan kuku anda secara sedikit demi sedikit.

3. Ubat Gigi

5 Tips Mengilatkan Kuku Tangan Dan Kaki Dengan Bahan-bahan Semulajadi Yang Boleh Dilakukan Di Rumah 3

Ubat gigi mengandungi peroksida yang merupakan bahan untuk membersihkan dan memutihkan gigi. Dengan menggunakan ubat gigi kuku anda akan kelihatan lebih bersih dan berkilat. Anda perlu menggunakan ubat gigi berwarna putih dan bukan yang bertekstur gel.

Sapukan ubat gigi pada kuku dan biarkan selama lebih kurang 10 minit. Kemudian, basuh kuku tangan dan kaki dengan menggunakan air. Lakukan rawatan ini 2-3 kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang diinginkan.

4. Serbuk Penaik

5 Tips Mengilatkan Kuku Tangan Dan Kaki Dengan Bahan-bahan Semulajadi Yang Boleh Dilakukan Di Rumah 4

Serbuk penaik atau baking powder adalah bahan yang dapat membantu anda untuk memutihkan pakaian. Tetapi, tahukah anda bahawa baking powder juga boleh merawat kuku anda agar kelihatan lebih berkilat. Cubalah ia untuk mengilatkan kuku tangan dan kaki anda.

Caranya adalah sangat mudah kerana anda hanya perlu membuat paste baking powder yang sedikit kental dengan campuran air. Anda perlu mencelupkan jari-jari anda ke dalam bekas yang berisi paste baking powder selama lebih kurang 15 minit. Kemudian, basuh jari-jari anda dengan menggunakan air yang bersih. Cara ini sangat berkesan apabila anda melakukannya 3 kali seminggu.

5. Cuka

5 Tips Mengilatkan Kuku Tangan Dan Kaki Dengan Bahan-bahan Semulajadi Yang Boleh Dilakukan Di Rumah 5

Kelebihan cuka adalah dapat membuatkan kuku anda menjadi berkilat secara semulajadi. Bahan asid yang sangat tinggi di dalam cuka akan membuatkan kuku anda kelihatan berkilat.

Sediakan bekas yang berisi air suam dan tuangkan beberapa titis cuka ke dalam bekas tersebut. Kemudian, rendamkan jari-jari anda di dalam bekas tersebut selama lebih kurang 10 minit. Selepas itu, basuh dengan air bersih. Lakukan rawatan ini setiap 2-3 hari sekali untuk mendapatkan hasil yang lebih cepat.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...

16 Cara Berkesan Untuk Mengatasi Keputihan Pada Faraj Anda

Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Walaupun ramai yang mengadu mengalami masalah ini semasa hamil tidak kurang...