BeJelita
Penjagaan Kecantikan Untuk Semua

5 Tips Memilih Foundation Yang Sesuai Untuk Kulit Muka

0 2,526

Jenis dan warna asas kulit setiap orang berbeza-beza. Jadi, setiap orang akan memerlukan jenis dan warna foundation yang berbeza-beza.

Hal ini kerana, jika anda tersalah dalam memilih jenis dan warna foundation, warna kulit muka akan kelihatan tidak merata, tanda-tanda hitam tidak akan tertutup dengan sempurna malah membuatkan kulit muka terlihat kusam dan munculnya jerawat.

Kenali terlebih dahulu jenis kulit anda, sama ada ianya normal, kering, atau berminyak. Selepas itu, perhatikan warna asas kulit muka anda. Dengan mengetahui jenis dan warna asas kulit muka akan memudahkan anda untuk memilih foundation yang betul. Berikut ialah 5 langkah atau cara memilih foundation yang paling sesuai untuk kulit muka iaitu:

1. Ketahui Jenis Kulit

Setiap orang mempunyai masalah kulit yang tersendiri seperti kulit normal, kering, berminyak, kombinasi, sensitif dan juga gabungan normal cenderung kering atau normal cenderung berminyak. Pada label produk foundation juga biasanya sudah dinyatakan yang mana lebih sesuai untuk kulit berminyak atau kulit berjerawat.

Ianya akan lebih memudahkan anda dalam memilih foundation yang betul. Walaupun keterangan tidak disenaraikan sekali pada label produk foundation, anda boleh bertanya tentang pemilihan jenis foundation kepada shop keeper atau beauty advisor yang ada semasa anda membeli foundation tersebut.

2. Kenali Warna Asas Kulit

Cara yang betul untuk memilih foundation adalah dengan mengetahui warna asas kulit anda, kerana ianya akan mempengaruhi warna foundation yang sesuai untuk anda. Warna asas tidak hanya ditentukan melalui warna kulit anda sahaja seperti lebih terang atau lebih gelap melainkan ianya dikategorikan menjadi tiga dengan warna pembuluh darah iaitu cool, warm dan neutral.

Bagi anda yang mempunyai pembuluh darah berwarna biru, warna asas kulit anda ialah cool dan bagi anda yang mempunyai pembuluh darah berwarna hijau pula, warna asas kulit anda ialah warm. Seterusnya, bagi anda yang mempunyai pembuluh darah yang berwarna biru mahupun hijau, warna asas kulit anda ialah neutral.

Kebiasaanya, jika anda terkena sinaran matahari, pemilik warna asas kulit cool akan kelihatan merah muda dan untuk pemilik warna asas kulit warm akan terlihat bronze.

3. Pemilihan Tekstur Foundation

Terdapat tekstur foundation yang padat, cecair, gel, cream dan powder. Ianya sangat berbeza sekali maka fungsinya pun turut berbeza jua. Berikut adalah fungsi-fungsi foundation tersebut:

  • Foundation padat

Foundation ini sangat sesuai untuk anda yang memiliki kulit yang berminyak. Klik di sini untuk mengetahui foundation yang sesuai bagi kulit berminyak.

  • Foundation cecair

Anda yang mempunyai kulit kering sangat sesuai untuk menggunakan foundation ini kerana ianya memberikan kesan yang melembapkan pada kulit muka. Tetapi, foundation cecair juga sesuai untuk kulit normal dan normal cenderung kering ataupun berminyak kerana formulasinya sangat ringan jika dibandingkan dengan tekstur foundation lainnya. Klik di sini untuk mengetahui foundation yang sesuai bagi kulit yang cenderung kering.

  • Foundation gel

Sangat sesuai untuk anda yang memiliki kulit kering dan normal cenderung kering kerana teksturnya yang agak serupa dengan foundation cecair. Foundation ini juga dapat digunakan untuk kulit yang berjerawat. Klik di sini untuk mengetahui foundation yang sesuai bagi kulit berjerawat.

  • Foundation cream

Bentuknya agak serupa dengan foundation padat tetapi teksturnya lebih ke arah creamy dan lembut. Tekstur foundation cream ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit dan kebiasaannya digunakan oleh anda yang telah mengalami tanda-tanda penuaan. Ianya sangat baik dalam menutupi tanda-tanda hitam pada kulit wajah.

  • Foundation powder

Inilah foundation yang agak serupa dengan bedak tabur hanya kerana kebolehan litupannya lebih baik daripada bedak. Ia turut sesuai untuk anda yang mempunyai kulit berminyak.

4. Pemilihan Warna Yang Paling Dekat Dengan Kulit Anda

Setelah mengenali warna asas kulit anda, adakah ianya cool, warm atau neutral, langkah seterusnya adalah memilih foundation dengan warna yang paling dekat dengan warna asas kulit anda. Jangan memilih foundation yang warnanya satu tingkat lebih gelap atau lebih cerah dari warna asas kulit anda, apatah lagi jika warnanya jauh lebih gelap atau terang.

Apabila anda memilih foundation yang warnanya jauh dengan warna asas kulit, Jika diaplikasikan pada kulit wajah, anda akan kelihatan berbelang dengan bahagian kulit anda yang lain seperti leher dan tangan.

Seperti rajah di atas, jika warna asas kulit anda ialah cool atau cenderung pucat maka pilihan warna foundation yang sesuai adalah yang memiliki shade warna pink sehingga merah. Sekiranya warna asas kulit anda ialah neutral, maka pilihan warna foundation yang sesuai adalah yang memiliki shade warna coklat natural, pilihan ini juga sesuai untuk kulit sawo matang.

Seterusnya, jika warna asas kulit anda ialah warm, maka pilihan warna foundation yang sesuai adalah yang memiliki shade warna kuning sehingga coklat muda, pilihan ini juga sesuai untuk anda yang mempunyai kulit gelap.

5. Cuba Terus Pada Kulit Muka Anda

Apabila anda pergi ke counter makeup di mall ataupun di kedai kosmetik lainnya, mereka akan menyediakan tester foundation dan biasanya anda akan cuba pada tangan. Hal ini kurang efektif kerana warna kulit tangan berbeza dengan warna kulit muka. Cara yang terbaik adalah mencuba foundation terus pada kulit muka anda.

Pertama sekali, anda perlu membersihkan makeup di sekitar pipi atau dagu. Selepas itu, sapukan foundation secukupnya pada pipi atau dagu yang telah dibersihkan dari makeup. Anda juga boleh bertanya kepada shop keeper atau lebih baik lagi bertanya kepada beauty advisor jika ada, mereka akan dapat membantu anda dalam memilih warna foundation yang paling tepat dan sesuai dengan warna asas kulit anda.

Inilah 5 cara untuk memilih foundation yang paling sesuai bagi kulit muka anda. Semoga cara dalam pemilihan foundation ini bermanfaat dan berfaedah untuk anda.

Langgan emel kami
Daftar dan dapatkan kandungan premium terus ke emel anda!
Anda boleh henti langgan bila-bila masa dan jangan risau kami bebas SPAM.