Utama Badan 5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 3 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin ketika melakukan pelbagai aktiviti luaran. Bagi mengatasi masalah tersebut, anda perlu kerap membersihkan rambut dengan menggunakan syampu yang betul. Artikel ini akan mencadangkan lima produk shampo terbaik untuk kulit kepala yang berminyak dan sangat berbaloi untuk anda cuba.

1. Innisfree My Hair Recipe Refreshing Shampoo

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019 1

Produk Innisfree My Hair Recipe Refreshing Shampoo ini tanpa silikon dan menggabungkan bahan-bahan yang sejuk serta menyegarkan untuk membersihkan kulit kepala yang berminyak dengan lebih mendalam. Ianya dirumus dengan bahan-bahan daripada jeju pine, cedar dan cypress trees yang dapat melegakan serta mengekalkan kulit kepala yang lebih sihat.

Selain itu, ia juga mengandungi wormmood yang membantu dalam menghalang rembesan sebum, melegakan kulit kepala dan rambut dengan adanya natural palm surfactant yang disediakan oleh jeju phytoncide complex.

2. Sebamed Oily Hair Shampoo

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019 2

Shampo ini dirumus khas untuk rambut yang berminyak dan kulit kepala yang terdedah kepada kelemumur. Ianya mengandungi piroctone olamine iaitu bahan aktif yang dapat menghilangkan kelemumur tanpa memberikan kerengsaan pada kulit kepala.

Bahkan juga ia mampu membersihkan rambut dan kulit kepala dengan lembut serta dapat  menstabilkan rembesan minyak yang terdapat pada kulit kepala anda. Produk ini telah diuji secara dermatologi dan bebas sabun serta alkali.

3. Good Virtues Co. Clarifying Hair & Scalp Shampoo

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019 3

Produk Good Virtues Co. Clarifying Hair & Scalp Shampoo ini diperkaya dengan organic habbatus sauda oil (organic black seed oil), botanical extracts of chamomile, rosemary dan sage yang mampu membersihkan, mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan, menjadikan rambut anda berasa ringan dan diperbaharui.

Tambahan pula, ia mengandungi formula pelindung yang juga dilengkapi dengan natural maca root extracts yang dapat menguatkan folikel rambut untuk mengurangkan penurunan rambut. Produk ini juga bebas daripada mineral oil, SLES, ALES, parabens, synthetic colourants dan tidak diuji ke atas haiwan.

4. Safi Shayla Kawalan Minyak

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019 4

Syampu Safi Shayla Kawalan Minyak ini mengandungi habbatus sauda dan citrus yang dapat membersihkan liang pori, menghilangkan lebihan minyak dan kotoran. Seterusnya, gabungan mentol yang mampu menyejuk, menyaman dan menyegarkan rambut anda. Dengan penggunaan yang berterusan, anda akan mendapatkan rambut yang lebih sihat bersama haruman yang mampu kekal sepanjang hari.

5. Klorane Nettle Shampoo ( Oily Hair )

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019 5

Klorane Nettle Shampoo ini dirumus khas dengan nettle extract yang mampu menghilangkan dan mengawal sebum yang berlebihan pada kulit kepala anda agar lebih bersih dan segar sepanjang hari. Produk ini telah diuji di bawah kawalan dermatologi dan sangat sesuai untuk anda yang mempunyai rambut berminyak.

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

8 Produk Scrub Muka Untuk Kulit Berminyak

Kulit berminyak ialah keadaan yang mana kelenjar sebum menghasilkan terlalu banyak minyak pada kulit muka. Hasilnya, kulit kelihatan lebih berkilat dan berkilau. Sebenarnya minyak...

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...