Utama Muka 5 Produk Skincare Untuk Kulit Kering

5 Produk Skincare Untuk Kulit Kering

Artikel ini mengambil masa lebih kurang 3 minit pembacaan. Share untuk memudahkan anda menanda artikel ini untuk bacaan akan datang.

Terdapat dua punca kulit muka menjadi kering iaitu kekurangan penghasilan minyak semulajadi dan air pada kulit. Bagi yang memiliki kulit kering, anda perlu memilih produk skincare yang dapat membantu dalam melembapkan kulit muka anda. Berikut adalah lima produk skincare untuk kulit kering pada tahun ini iaitu:

1. Naruko Rose & Botanic HA Aqua Cubic Hydrator

5 Produk Skincare Untuk Kulit Kering 1

Naruko Rose & Botanic HA Aqua Cubic Hydrator ini merupakan produk yang berasal dari Taiwan. Ianya mampu meningkatkan kelembapan kulit, mencegah daripada kulit kering, mampu mengecilkan pori-pori, mengekalkan kelembapan kulit, mencegah kulit daripada kedutan dan menjaga kesihatan kulit muka anda. Produk ini juga telah diuji oleh pakar dermatologi dan tidak mengandungi bahan paraben.

2. Kiehl’s Ultra Facial Cream

5 Produk Skincare Untuk Kulit Kering 2

Kiehl’s Ultra Facial Cream ini merupakan produk yang sangat efektif dalam menjaga kelembapan kulit muka selama 24 jam. Selain itu, ia dapat memperbaiki kulit kering dan kasar dengan sangat cepat. Anda juga tidak perlu risau tentang muka yang terlalu berminyak kerana produk ini akan menjaga keseimbangan kadar kelembapan kulit muka anda.

3. The Body Shop Vitamin E Gentle Face Wash

5 Produk Skincare Untuk Kulit Kering 3

Produk ini mengandungi vitamin E yang berfungsi sebagai pelembap muka semulajadi. Selain itu, ia dapat menghilangkan kotoran dan sisa solekan muka dengan baik. Pencuci muka ini juga sangat ringan dan selamat untuk digunakan bagi anda yang mempunyai kulit kering. Dengan penggunaan secara teratur, kulit muka anda akan terasa lebih halus, lembut dan sihat.

4. The Face Shop Real Nature Olive Mask

5 Produk Skincare Untuk Kulit Kering 4

Masker ini mengandungi olive extract yang memberikan kelembapan secara menyeluruh pada kawasan kulit muka. Selain itu, ia juga mampu menghaluskan kulit kering yang kasar pada muka anda. Dengan menggunakan produk ini selama 20 minit setiap satu kali dalam seminggu, anda akan mendapatkan kulit muka yang lebih halus dan lembap.

5. Innisfree The Green Tea Seed Serum

5 Produk Skincare Untuk Kulit Kering 5

Serum ini mengandungi green tea seed dari pulau Jeju, Korea Selatan yang mampu memberikan kelembapan pada kulit muka anda. Selain itu, ia dapat menjaga dan melindungi kadar air dalam kulit agar lebih lembap. Produk ini juga mengandungi amino acids sebagai bahan pelembap tambahan dan dapat memberikan khasiat pada kulit sehinggakan kulit muka anda tidak lagi menjadi kering serta kelihatan lebih sihat. Dengan penggunaan secara teratur, anda akan mendapatkan kulit yang sihat, cantik dan lembap sepanjang hari.

Baca Lagi: 5 Produk Skincare Untuk Kulit Berminyak

Nak Dapatkan Kemaskini PREMIUM ke Emel Anda?

Sertai bersama 10,000 pengguna lain yang menerima tips-tips kecantikan PREMIUM setiap minggu. Langgan SEKARANG!

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
Avatar
Miss Faz
Pengarang sepenuh masa di BeJelita.com. Minat untuk berkongsi tips kecantikan dan mendidik wanita untuk menjadi lebih berkeyakinan serta sentiasa tampil cantik.

TINGGALKAN KOMEN UNTUK ARTIKEL INI

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mesti Baca

8 Produk Scrub Muka Untuk Kulit Berminyak

Kulit berminyak ialah keadaan yang mana kelenjar sebum menghasilkan terlalu banyak minyak pada kulit muka. Hasilnya, kulit kelihatan lebih berkilat dan berkilau. Sebenarnya minyak...

10 Produk Scrub Muka Terbaik Untuk Kulit Yang Flawless dan Cantik

Scrub muka adalah produk pengelupasan kulit (exfoliation) yang direka khusus untuk digunakan pada muka. Ia berfungsi bagi menghapuskan sel-sel kulit mati dan kulit kusam...

18 Produk Shampo Terbaik Untuk Kelemumur 2019

Biasanya masalah kelemumur ini sering berlaku tidak kiralah perempuan mahupun lelaki. Ia sangat mudah terkena bagi anda yang memiliki kulit kepala berminyak, pemilihan syampu...

5 Shampo Terbaik Untuk Atasi Rambut Berminyak 2019

Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala akan menyebabkan pelbagai masalah pada rambut. Hal ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin...

11 Produk Pelembab Muka Untuk Kulit Sensitif 2019

Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Sekiranya anda salah dalam memilih produk kecantikan akan menyebabkan kulit muka menjadi...