BeJelita
Penjagaan Kecantikan Untuk Semua

5 Produk Skincare Untuk Kulit Berminyak

0 373

Bagi yang memiliki kulit berminyak, anda masih boleh menjaga muka dengan menggunakan produk skincare yang khusus untuk kulit berminyak tanpa perlu melakukan rawatan muka yang mahal. Terdapat banyak produk skincare yang berkualiti dan anda boleh pilih mengikut jenis kulit muka. Artikel ini akan mencadangkan sepuluh produk skincare untuk kulit berminyak pada tahun ini iaitu:

1. The Face Shop Jeju Volcanic Lava Pore Serum

Serum muka ini mengandungi bahan jeju volcanic ash dari pulau Jeju di Korea yang berfungsi untuk menyerap lebihan minyak sehingga muka anda tidak melekit dan berkilat. Selain itu, ia juga mampu menjaga kelembapan kulit dan membantu mengecilkan pori-pori pada kulit muka anda. Dengan penggunaan teratur, anda boleh mendapatkan kulit muka yang lembut, cantik dan halus seperti yang diinginkan.

2. Kiehl’s Calendula Herbal Extract Alcohol-Free Toner

Kiehl’s Calendula Herbal Extract Alcohol-free Toner ini diperbuat daripada kelopak bunga calendula yang berfungsi untuk menenangkan kulit muka dan bebas alkohol. Selain itu, ia juga sangat berkesan dalam mengatasi kulit berminyak dan kulit sensitif.

3. The Body Shop Tea Tree Skin Clearing Facial Wash

Produk ini bukan sahaja mampu membersihkan kulit muka secara mendalam tetapi ia juga dapat melembutkan dan membuatkan kulit muka anda lebih cerah serta sihat. Selain itu, ia mengandungi bahan semulajadi iaitu tea tree yang sangat berkesan bagi menghilangkan jerawat dan mengatasi masalah minyak yang berlebihan pada muka. Bagi yang memiliki kulit sensitif, anda tidak perlu risau kerana produk pencuci muka yang berasaskan gel ini diperbuat daripada bahan semulajadi yang selamat untuk kulit.

4. Loreal Paris UV Perfect Aqua Essence City UV Mist SPF 50 PA++++

Loreal Paris UV Perfect Aqua Essence City UV Mist ini hadir dalam bentuk spray dan bebas alkohol. Dengan SPF 50 PA++++, ia dapat melindungi kulit anda daripada sinaran matahari. Selain itu, ia mengandungi bahan sweatproof yang tidak mudah luntur disebabkan peluh dan tahan lama selama 12 jam ketika anda melakukan aktiviti luaran. Ianya sangat sesuai untuk kulit berminyak. Produk ini juga mampu melembapkan kulit, tidak melekit dan sangat mudah untuk digunakan selepas makeup.

5. Olay Total Effect 7 in One Day Cream Gentle

Produk ini mampu melawan tujuh tanda penuaan pada kulit seperti garis-garis halus, kedutan, kulit kering, kulit kusam, warna kulit yang tidak sekata, bintik hitam, pori-pori yang membesar dan tekstur kulit yang kasar. Ianya sangat sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya bagi anda yang mempunyai kulit berminyak mahupun kulit kering. Anda akan mendapatkan kulit muka yang lebih muda dan berseri dengan menggunakan pelembap dua kali sehari secara teratur.

Baca Lagi: 5 Produk Skincare Untuk Kulit Kering

Langgan emel kami
Daftar dan dapatkan kandungan premium terus ke emel anda!
Anda boleh henti langgan bila-bila masa dan jangan risau kami bebas SPAM.